Susu Ibu TANPA GST

Ada Ke Susu Untuk Bayi Yang Bebas GST?

Jawapannya tentulah ADA.

Kalau dulu bila hampir je tarikh 1 April, orang akan terfikir kepada tarikh April Fool. Tapi kini 1 April merupakan tarikh di mana negara kita secara rasminya akan melancarkan GST iaitu Goods And Service Tax. Dengan itu, kita haruslah menguruskan segalanya perkara dengan baik dan teliti bukan sahaja hal rumah tangga, perihal anak-anak, malah kewangan juga perlu dititik beratkan. Walau apa pun yang bakal ditempuhi, kita perlu tenang dan hadapi dengan bijak.

GST

Berita gembira kepada ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan anak. Walaupun perjalanannya yang sangat mencabar tetapi ia berbaloi-baloi bukan? Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang berjaya menyusu anak sehingga sekurang-kurangnya untuk 6 bulan dan sebolehnya sehingga anak mencecah 2 tahun. Namun begitu, ia bukan 1 diskriminasi kepada ibu yang tidak mempunyai rezeki untuk menyusukan anak atas pelbagai masalah yang tidak diduga.

Sememangnya wanita merupakan insan yang sangat hebat dan istimewa. Kenapa saya cakap wanita ni hebat? Selain menyusukan anak , wanita mampu buat pelbagai kerja lain dalam satu masa, jaga anak, basuh baju, sidai kain, masak, kemas rumah mop lantai. Fuhhh, pendek kata, wanita memang superb! Kalau tak percaya jom tonton video wanita hebat ini.

Kelebihan Susu Ibu

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Antara kelebihan susu ibu ialah:

Titisan Emas

gold

Baru-baru ini telah menjadi viral mengenai imbasan imej susu ibu di bawah mikroskop di mana ia kelihatan seperti leburan emas yang sangat cantik. Maka benarlah susu ibu digelar titisan emas yang sangat banyak nutrisi serta manfaat kepada bayi.Selain meningkatkan tahap imunisasi dan daya tahan badan terhadap jangkitan penyakit, susu ibu juga membantu perkembangan otak dan saraf bayi.

Percuma dan Menjimatkan

jimat

Susu ibu dikurniakan khas bagi bayi baru lahir dan ianya adalah percuma. Yang paling menarik, apabila bayi hendak menyusu, anda boleh teru sahaja bagi sambil baring. Tak perlu gerak suami untuk bancuh susu, so suami boleh la reward isteri dengan belikan breastpump lagi-lagi kepada isteri yang bekerja.

Tidak Boleh Ditiru

perbandingan

Pelbagai lambakan jenama susu bayi di pasaran tetapi dengan kecanggihan sains kini masih belum mampu menandingi khasiat susu ibu. Dikaji dari pelbagai aspek, ternyata susu ciptaan Allah ini sememangnya hebat.

Pelbagai Jenis,Pelbagai Rasa

Sejak dari awal kelahiran, susu ibu bermula dari fasa kolostrum dan merubah menjadi susu matang selepas 5-7 hari kelahiran. Susu matang berupa foremilk dan hindmilk yang mempunyai khasiat yang tersendiri. Rasa susu pula sentiasa berubah-ubah bergantung kepada pemakanan ibu. Awesome!

Mengeratkan Hubungan

bonding

Semasa menyusu, bayi akan berasa selesa dan selamat di dalam pelukan ibu. Bagi ibu yang bekerja, malam adalah masa yang sangat berkualiti untuk anda bersama bayi anda. Namun begitu, memeluk anak semasa ia menyusu walaupun menggunakan botol (susu formula) merupakan terapi bagi anak untuk menjadi lebih tenang.

Menurunkan Berat Badan

Setiap sesi penyusuan mampu membakar kira-kira 500 kalori. Pasti ibu-ibu suka mendengarnya bukan? Selain itu ia juga membantu mengecutkan rahim agar ibu selepas bersalin tidak lagi buncit. Ini adalah salah satu rahsia terbaik penyusuan susu ibu. Percaya ke tak, jom tabik spring kat mak anak 3 ni. Turun 20 kilo habaq hang! Wow!

Sangat menarik bukan? Namun begitu, susu merudum amat membimbangkan tidak kira anda bekerja mahupun surirumah. Pengendalian stok susu yang efektif adalah penting bagi memastikan keperluan susu untuk bayi adalah mencukupi. Jadual pam susu yang konsisten amat membantu dalam mengekalkan penghasilan susu ibu. Yang penting, anda perlu ada azam yang tinggi, tekad dan bersemangat untuk meneruskan penyusuan susu ibu yang bukan sahaja baik untuk bayi tetapi banyak juga manfaat terhadap ibu.

Bagi mengelakkan kita dari bergantung pada susu formula, yang akan kena GST, apa kata kita mantapkan penghasilan susu IBU, sebab ianya percuma dan bebas GST. Bila bayi nak susu, boleh terus bagi sambil baring. Itulah kehebatan susu ibu yang bebas dari segala cukai dan GST.

2 comments for “Susu Ibu TANPA GST

  1. f March, 2015 at 3:49 pm

    Susu ibu amat bernilai harganya seperti titisan emas. Alhamdulillah, anak-anak Mek ila juga dapat menikmati susu tanpa GST ini sepanjang 2 tahun kelahiran mereka. Syukur sangat!
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…9 Tips Untuk Ibu Hamil Tidur Lebih LenaMy Profile

  2. f March, 2015 at 1:18 am

    Kena kuat mentalbdan fizikal nak hadap april fool 2015… Syukur dpt lg bf adwa bulan april genap 1tahun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge