Sunat Bayi Perempuan 7 Bulan Di Klinik Syifa, Bangi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, anak kedua saya dikurniakan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada 10 November 2014.Oleh itu antara perkara yang perlu difikirkan awal adalah sunat/khitan bayi perempuan. Ada yang sunat semasa dalam pantang, ada yang menunggu selepas pantang dan tidak kurangnya selepas usia 6 bulan dan ke atas. Syukur bayi perempuan saya selamat bersunat ketika berusia 7 bulan di KLINIK SYIFA, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

nurul

Apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman saya mengenai khatan bayi perempuan. Selepas melahirkan lagi Saya sudah memikirkan mengenai khatan, tetapi memandangkan bayi saya menghidap prolong jaundice, niat untuk khatan tu terbantut sehingga saya pulang berpantang di Putrajaya. Hari demi hari,lepas habis pantang, bila dah mula bekerja, saya makin resah sebab bayi dah mencecah 6 bulan teetapi belum bersunat.

Balik dari kursus di Pulau Pinang, kami membawa si abang ke Klinik Syifa, Bandar Baru Bangi sebab telinga Syahmi Isyraf ada taik telinga keras. Terus bertanyakan mengenai khatan bayi perempuan. Alhamdulillah, staff Klinik Syifa sangat mesra dan menyarankan kami datang untuk sunat bayi pada hari isnin 15 Jun 2015. Klinik ini hanya menerima bayi 6 bulan ke atas sahaja untuk di khatan.

selfie dulu dgn mama!

selfie dulu dgn mama!

Pagi Isnin saya bersiap membawa Nurul Izzah untuk khatan, hati gementar risau Nurul Izzah melalak nanti sebab saya seorang sahaja membawa Nurul Izzah kerana suami bekerja. Klinik Syifa sangat selesa, Nurul Izzah seronok tunggu giliran siap merayap meniarap di kerusi coklat.Dekosari dalaman yang cantik dan menenangkan, sempat lagi Izzah breastfeed  dengan tenang.Tak lama menunggu, nama Nurul Izzah dipanggil.

deko

Cuak juga saya letak Nurul Izzah di katil, tolong doktor pegang Nurul Izzah, risau dia meronta nanti. Alhamdulillah, proses khitan berjalan lancar dan paling best, Nurul Izzah tak menangis langsung. Staff klinik yang mesra dan comel-comel terus ambil Nurul Izzah dibawa main. Ok, mama tunggu di luar.

main

Sekejap je khatan bayi perempuan ni. Habis hilang gemuruh, gementar mama. Tak mahal pun, khatan bayi perempuan di Klinik Syifa hanya RM40 sahaja. Sangat berbaloi dengan staff yang mesra dan baik-baik. Doktor pun ramah. Saya tak ingt nama doktor yang khatan Nurul Izzah tu sebab sekejap sangat proses nya. Terima kasih Klinik Syifa, layanan anda memang superb! Ok, Izzah nak balik & tidur!

tdo

Untuk mengetahui hukum lebih lanjut  mengenai khitan bayi perempuan, boleh KLIK SINI.

Jika ingin mendapatkan rawatan di klinik ini,very recommended.

Klinik Syifa, 
Alamat : 25A, Jalan 3/69, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
No. tel : 03-8920 4025
Boleh datang atau hubungi klinik sekiranya ada sebarang pertanyaan.
Artikel menarik untuk Dibaca:

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

2 comments for “Sunat Bayi Perempuan 7 Bulan Di Klinik Syifa, Bangi

  1. f July, 2015 at 6:21 pm

    proses khatan untuk bayi perempuan lebih mudah berbanding anak lelaki ..
    mrhanafi recently posted…Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu TerbongkarMy Profile

  2. Mohamed
    f October, 2016 at 2:35 am

    Keep up the good work. Lot of benefits of sunat perempuan. See:http://asiffhussein.com/2015/04/02/female-circumcision-the-hidden-truth/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge