Statistik Penduduk Malaysia Sempena Hari Statistik Sedunia 2015

Alhamdulillah selamat pagi semua. Semoga pagi isnin kita bermula dengan keceriaan. Tahukah anda 20 Oktober 2015, kita akan  menyambut Hari Statistik Sedunia 2015. Hari Statistik Sedunia telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sesi keempat puluhnya untuk disambut pada 20 Oktober 2010 (20-10-2010). Sambutan ini diadakan sebagai suatu acara untuk mengiktiraf sumbangan Ahli Statistik di seluruh dunia, terutama dalam pengurusan statistik rasmi di setiap negara berdasarkan asas-asas perkhidmatan, integriti dan profesionalism.

Untitled-1Di sini ingin saya kongsikan sedikit infografik mengenai statistik penduduk di negara kita Malaysia.

image001

Kepadatan Penduduk Setiap Negeri

image002

Peningkatan Jumlah Penduduk Sejak 1970

image004

Jangka Hayat Penduduk

image009

Paras Urbanisasi

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang sumbangan statistik rasmi yang berasaskan teras perkhidmatan, integriti dan profesionalisme. Statistik Rasmi merujuk kepada statistik yang dikeluarkan agensi yang bertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan penggubal dasar untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, data yang telus dan berhemah amat membantu dalam merialisasikan impian negara seiring mencapai wawasan 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge