Sijil Halal Shaklee 2014

Akhir-akhir ini rancak diperkatakan isu halal haramnya produk Shaklee. Alhamdulillah semakin ramai pengguna yang prihatin dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan setiap produk yang diambil adalah halal dan suci. Seiring dengan peredaran zaman di mana terlalu banyak produk yang diragui status halalnya walaupun sudah terang lagi bersuluh terdapat logo HALAL.

Di bawah adalah sijil halal bagi produk Shaklee yang telah dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA).

sijil halal

 

Apa itu ISA?

Ramai yang meragui apabila status halal produk Shaklee bukan dari JAKIM. Sebenarnya ramai yang tidak faham konsep pengiktirafan sijil halal. ISA merupakan sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.

Bagaimana? JAKIM sentiasa memantau setiap prosedur dalam pemprosesan, bahan serta ujikaji yang dijalankan oleh Shaklee. Memiliki sijil halal bukan suatu perkara yang mudah di mana badan yang mengeluarkan sijil halal akan sentiasa memantau aktiviti pengilang supaya mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sijil halal ditarik serta merta.

Untuk pengetahuan pengguna, status halal dari USA dan Kanada adalah antara yang paling sukar unutk mendapat pengiktirafan. Oleh itu,apabila Shaklee mendapat sijil halal ISA,maka sepatutnya ia bukan lagi suatu keraguan.

Kepada semua pengguna Shaklee,diharap agar tidak lagi was-was dengan produk Shaklee. Selamat menikmati kehidupan yang lebih sikat. Pilihan di tangan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.