Shaklee Effect : Kesan Shaklee Dalam Kehidupan Saya

Alhamdulillah, sudah setahun saya dan suami bersama Shaklee dan pelbagai halangan dan cabaran yang kami lalui. Pada mulanya, saya mencuba pelbagai jenis bisnes kecil kecilan hanya untuk membantu kewangan keluarga dan akhirnya saya temui apa yang saya cari selama ini. Ya, saya lebih cenderung ke arah berkongsi mengenai kesihatan dan seronok melihat orang lain sihat. Yang lebih membuatkan saya seronok dan bersemangat apabila suami saya turun memberi galakan, sokongan dan bantuan sekiranya diperlukan dalam memudahkan urusan harian saya. InsyaAllah saya akan terus gigih dalam meneruskan perjuangan saya bersama Shaklee.

wajah

Pembakar semangat a.k.a my heroes

Kesan Shaklee Dalam Kehidupan

 Nikmat Kesihatan

 Syukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah s.w.t, bukan hanya kepada saya, malah kepada keluarga, rakan-rakan dan pelanggan. Apa yang membuatkan saya paling teruja apabila setiap kali pulang ke kampung, mak saya kelihatan semakin cergas dan ceria. Syukur, Allah memakbulkan doa saya agar mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Tidak kurang juga mesej positif dari kawan-kawan yang kembali sihat setelah mengamalkan produk Shaklee.

Silaturrahim

kembara

Kembara Ilmu menemukan kami

 Saya tidak pernah menyangka dengan penglibatan saya di dalam Shaklee, saya memperoleh sahabat di seluruh Malaysia. Walaupun hanya di alam maya, tetapi ukhuwah yang terjalin bagaikan sebuah keluarga. Perjumpaan sekali sekala di majlis-majlis Shaklee sahaja yang menemukan sebahagian daripada kami tetapi aura nya bagaikan sudah bersahabat lebih 10 tahun. Perkongsian ilmu yang tidak pernah jemu-jemu membuatkan saya sangat teruja dan jatuh cinta.

 Motivasi

Selain menjalankan bisnes Shaklee dan merubah diri sendiri, saya termotivasi dengan ramai SID lain yang turut merasakan perubahan besar dalam hidup mereka.Bukan sahaja dari sudut income, malah dari sudut kualiti masa bersama keluarga, ukhuwah mereka dengan keluarga, persahabatan tanpa sempadan dan banyak lagi. Dari suri rumah tanpa pendapatan, kini mampu menjana sehingga 4 angka hanya dengan membantu orang lain untuk kekal sihat.

Nikmat Memberi

rezeki jaminan

 Seseorang pernah berkata kepada saya, semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang kita akan perolehi. Apa yang kita perolehi tu dalam pelbagai bentuk yang kadang kala sesuatu yang tidak dijangka.Alhamdulillah, seperti yang saya katakan sebelum ini, dengan Shaklee saya mampu membantu menambah kewangan keluarga dan memberi lebih kepada mak saya di kampong bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah memberikan produk kesihatan yang berkualiti kepadanya. Nikmat sebenar apabila melihat mak saya kembali sihat dan ceria.

 Alhamdulillah kini saya sudah bergelar Senior Supervisor dan akan terus pandang ke hadapan untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Bermula dengan income pertama bersama Shaklee RM102, saya berazam untuk terus berusaha sehingga ke peringkat Master Coordinator seperti leader-leader yang lain,membawa mak saya mengerjakan umrah dan melancong ke serata bumi Allah percuma bersama Shaklee.InsyAllah.

kolohuhu

 Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge