Di luar sana masih ramai menanti atau mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan mereka dalam berumahtangga. Tidak dinafikan bahawa dalam zaman moden dengan arus pembangunan yang kian pesat, tahap kesuburan semakin merosot. Jika dahulu apabila sesebuah rumahtangga masih belum dikurniakan zuriat, maka sang isteri dikatakan mandul atau tidak subur. Tetapi tahukah anda, 30% dari kaun lelaki mempunyai masalah kesuburan, sama peratusannya dengan kaum wanita.
Oleh itu,apabila bercakap mengenai zuriat,bukan sahaja wanita yang perlu berusaha untuk meningkatkan tahap kesuburan malahan tahap kesuburan lelaki turut memainkan peranan penting. Walaupun sperma yang dikeluarkan berjumlah jutaan tetapi hanya lebih kurang 200 sahaja yang mampu mencapai telur di saluran fallopio dan hanya satu yang akan bersatu.
Punca Masalah Ketidaksuburan Lelaki
Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin.Jom kenali sifat-sifat sperma:
Antara punca masalah kesuburan lelaki ialah:
1) Kelainan Genetik. Ia disebut sebagai gangguan genetic di mana terdapat kelainan pada kromosom seks seperti cystic fibrosis,yang terjadi kepada sindrom klinefelter.
2) Gangguan Hormon. Hormon bertindak untuk merangsang kelenjar pituitary bagi merangsang testis dalam proses penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti. Gangguan hormon mampu mengganggu tahap kesuburan lelaki.
3)Varikokel.Varikokel adalah pembesaran abnormal pembuluh darah vena di kantung testis. Ia selalunya dapat dikesan melalui benjolan pada bahagian atas buah zakar sebelah kiri.
4) Saluran Sperma Tersumbat. Hal ini terjadi sejak lahir apabila saluran sperma tidak terbentuk dengan sempurna. Selain itu, jangkitan bakteria dari hubungan seksual juga antara punca saluran sperma tersumbat.
5) Mati Pucuk. Untuk menghasilkan ereksi, penis memerlukan aliran darah yg cukup. Penyakit pembuluh darah boleh menyebabkan mati pucuk. Kerosakan saraf juga mampu menyumbang kepada mati pucuk.
6) Merokok. Merokok menambahkan lagi risiko kemandulan dan menyebabkan kegagalan untuk ereksi serta mati pucuk. Nikotin menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan kurang efisyen, termasuk di pembuluh darah dan alat kelamin.
7) Pengambilan Minuman Beralkohol. Alkohol dalam jumlah besar dapat menurunkan kadar hormon testoteron sehingga mengganggu penghasilan sperma.
8) Kesan radiasi. Radiasi akan memberikan kesan negatif terhadap jumlah dan kualiti sperma. Selain itu sperma yang terkena radiasi akan menjadi kurang aktif sekaligus akan merendahkan potensi untuk persenyawaan.
9) Pengaruh Ubat. Beberapa jenis ubat mampu mempengaruhi tahap kesuburan. Antaranya seperti antibiotic, ubat tahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon.
Ketahui Tips meningkatkan Tahap Kesuburan Lelaki
1. Mengurangkan Pendedahan Kepada Risiko Yang Menyebabkan Masalah Kesuburan
- Elakkan dari memakai seluar dan seluar dalam yang ketat. Ia mengganggu kualiti sperma dan penghasilan sperma.
- Jauhi radiasi, sinaran-x atau racun serangga. Gunakan pakaian dan kelengkapan yang sesuai bagi mengelakkan sebarang risiko.
- Pastikan sekitar alat sulit berada pada suhu normal. Elakkan dudu terlalu lama atau bersauna kerana suhu yang tinggi pada alat sulit mampu mengganggu penghasilan sperma.
2. Makan Makanan Untuk Mampu Menambah Kesuburan
- Elakkan makanan yang mengganggu tahap kesuburan. Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh, minuman beralkohol dan daging merah. Pilih diet yang sihat dari sumber makanan laut, buah buahan dan makanan yang tinggi serat .
- Pilih makanan yang tinggi anti-oksida. Pilih sayur-sayuran pelbagai warna kerana makanan anti oksida mampu meningkatkan kualiti sperma.
- Pengambilan vitamin setiap hari. Vitamin yang mengandungi zinc dan selenium adalah bagus untuk kesihtan sperma manakala vitamin yang mengandungi vitamin C dan E mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki.
3. Kekalkan Gaya Hidup Sihat
- Berhenti merokok. Tahukah anda, tembakau mampu menurunkan kadar penghasilan sperma (low sperm count)
- Kendalikan stress anda dengan baik
- Kurangkan pengambilan kafein dan alcohol. Hal ini kerana bahan ini bnoleh merendahkan paras hormone lelaki (testosteron).
- Kawal berat badan anda.
- Elakkan penggunaan dadah.
Tingkatkan Kesuburan dan Kekalkan Kesihatan Secara Semulajadi
Sebenarnya, masalah masalah kesuburan ini ada penyelesaiannya dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat.
Sekiranya kita mengalami masalah kesuburan, segera mendapatkan nasihat doktor agar lebih cepat untuk anda mendapatkan rawatan dan berikhtiar.
Sekiranya anda merupakan perokok tegar, anda sudah boleh mengurangkan pengambilan rokok. Merokok mampu merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan:
- Mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma
- Menjadikan sperma kurang aktif
Selain itu, saya sangat manggalakkan (highly recommended) untuk anda mengambil supplement seperti di bawah bagi meningkatkan tahap kesuburan lelaki:
CoQ-Trol, Vitamin E Dan Vitalea Bantu Tingkatkan Kesuburan Anda!
Vitamin Kesuburan Lelaki #1. CoQ-Trol Plus
Semakin berusia, penghasilan CoQ10 dalam tubuh akan menjadi semakin perlahan. Oleh itu, tubuh akan efektif untuk melindungi sel sperma dari rosak akibat serangan radikal bebas.
Hal ini akan menurunkan kuantiti, kualiti serta mobiliti sperma sekaligus menurunkan tahap kesuburan.
- Meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma.
- Pengambilan supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan lelaki
- Terdapat kajian yang melibatkan 690 lelaki tidak subur yang menerima tambahan selenium dan vitamin e untuk sekurang-kurangnya 100 hari.Hasil kajian mendapati :52% – Meningkatkan mobiliti sperma dan morfologi
37% – Kehamilan secara spontan -ini berlaku kepada isteri mereka
11% – tiada keputusan – kemungkinan mereka mempunyai masalah lain.
Vitamin Kesuburan Lelaki #2. Vitalea Iron Formula
- Vitalea merupakan multivitamin yang membekalkan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh.
- Vitalea mengandungi zinc yang sangat penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma.
- Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.
Pesanan Ikhlas Dari Saya Buat Anda Yang Mengalami Masalah Kesuburan.
Anak merupakan anugerah dan sememangnya amat didambakan oleh pasangan yang berumahtangga. Namun begitu, ujian setiap orang adalah berbeza. Apa yang penting adalah sentiasa berdoa dan tidak berputus asa untuk berusaha.
Masalah kesuburan kini amat meruncing terutamanya kepada pasangan yang berkahwin di usia 30an. Kesuburan akan merudum secara drastik seiring dengan peningkatan usia. Apa yang boleh anda lakukan, amalkan pemakanan serta cara hidup yang sihat.
Nak tahu tentang Set Kesuburan Suami Isteri ? KLIK SINI
Buatlah keputusan yang tepat sekarang demi untuk kehidupan yang lebih sihat di kemudian hari!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin
1 comment for “Set Shaklee Untuk Masalah Kesuburan Lelaki”