Senarai Breast Pump Terbaik, Murah dan Berbaloi-baloi

Breast pump kini sememangnya menjadi keperluan memandangkan wanita sekarang multitasking. Tidak mengira anda seorang wanita bekerjaya mahupun suri rumah sepenuh masa. Mahu atau tidak, untuk penyusuan bayi sepenuhnya, anda memerlukan breast pump, ruang untuk storage dan kelengkapan untuk pengurusan EBM. Oleh itu, jom kita lihat jenis-jenis breast pump yang terbaik, murah dan berbaloi-baloi.

susu-ibu-perahan-breast-milk

Berdasarkan riview dari pelbagai sumber, terdapa pelbagai jenis breast pump yang berada di pasaran kini untuk kemudahan ibu-ibu. Namun bagi saya, harga yang mahal dan sistem yang canggih tidak semestinya menentukan ia adalah breast pump terbaik bagi anda. Oleh itu, ibu-ibu perlu bijak untuk menentukan keperluan , kesesuaian, dan keselesaan anda untuk sesi mengepam susu di rumah mahupun di tempat kerja. Mari kita lihat antara jenama yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu di luar sana.

1. Medela

Medela merupakan jenama yang cukup popular di kalangan ibu menyusu. Walaupun harganya agak mahal, tetapi performance nya membuatkan ramai ibu-ibu mencintai jenama ini dan spare part mudah untuk dicari. Kebanyakan review memang berpuas hati dengan medela.

medela-freestyle-breastpump

Medela Freestyle

Antara model yang popular:

  • Medela Freestyle (Double Electric)
  • Medela Harmoni (Manual)
  • Medela Swing (Single Electric)
  • Medela Swing Maxi (Double Electric)
  • Medela Mini Electric

2. Philips Avent

Kebanyakan review berpuas hati dengan pam manual avent yang tidak sakit dan suction yang lembut seakan-akan suction bayi. Saya juga pengguna Avent manual, hasil tuaian memuaskan. Memang happy togather dengan Avent manual. Harga dalam RM165 di pasaran. Layari laman web Philips Avent Malaysia untuk info lanjut.

pam avent

Antara model Philip Avent Breast Pump:

  • Philips AVENT Manual Breast Pump
  • Philips AVENT Single and Twin Electronic Breast Pumps

3. Tommie Tippee

Pam Tommie Tippee sangatlah comel, kecil, simple, mudah dan flexible. Mudah dibawa ke mana-mana sebab pam eletrik Tommie Tippee boleh juga menggunakan bateri.

tommieAntara Model Tommie Tippee Breast Pump:

  • Tommee Tippee Single Manual Breast Pump
  • Tommee Tippee Single Electric Breast Pump.

4. Unimom

Menurut kebanyakan review mengatakan jenama unimom antara breat pump yang tidak begitu mahal harganya. Mempunyai 7 level suction, senyap dan sangat lembut mimik suction bayi.

unimom- forte

Antara Model Unimom:

  • Unimom Allegro
  • Unimom Forte
  • Unimom Mezzo

5. Rumble Tuff

Pam ni boleh digunakan secara manual, menggunakan bateri dan elektrik. Ia juga oleh digunakan secara single pumping dan double pumping.  Kebanyakan review mengatakan breast pump ini agak bising.

RTCiri-ciri lain Rumble Tuff:

  • Motor yang kecil,ringan dan comel.
  • Part mudah ditanggal dan dipasang semula
  • Stimulation session selama 2 minit dan suction level sehingga 8.
  • Rumble Tuff Duo electric breast pump & Rumble Tuff Manual breast pump.

6. Lacte Breast Pump

Mata memang rambang bila tengok breast pump Lacte Duet. Melihat sendiri demo di Butik Ibu Menyusu, breast pump ini sangat senyap dan suction yang lembut. Kebanyakan review berpuas hati dengan jenama ini. Ciri Heavy Duty nya sangat menepati citarasa saya yang mengepam 4 hingga 5 kali sehari. Dan sekarang ia adalah sahabat breastfeeding saya yang sangat membantu dalam menuai titisan emas untuk bayi saya. I love it!!

LacteAntara Jenis Lacte Breast Pump:

  • Lacte Duet Electric Breast Pump
  • Lacte Solo Electric Breast Pump

7. EveLove Breastpump

Eve Love merupakan jenama breast pump dari Malaysia yang tidak kurang hebatnya dengan jenama luar negara. Kebanyakan review mengatakan berpuas hati dengan jenama ini yang seakan-akan madela tetapi dengan harga yang belih berbaloi-baloi. Breast Pump Evelove sangat comel, senyap, suction yang lemah lembut dan tidak menyakitkan. Boleh rujuk website rasmi Evelove untuk info lanjut.

Lily Box & Parts

Antara Jenis Eve Love Breast Pump:

  • Evelove Flexi Double Breast Pump (Discontinued)
  • Evelove Lily Double Breast Pump
  • Evelove Sassy Single Breast Pump
  • Evelove Manual Breast pump

8. Autumnz Breastpump

Menurut review pengguna Autumnz Breastpump, selain harganya yang berpatutan dan tidak begitu mahal, motor nya sangat ringan dan senyap. Suction yang agak kuat dan tetapi level suction boleh dilaras mengiokut keselesaan.

autumnz-double-pump-with-pump-3dAntara jenis Autumnz breastpump:

  • Autumnz Passion Breastpump
  • Autumnz Mervel Single Electric Breastpump
  • Autumnz Bliss Single Electric Breastpump
  • Autumnz Ultimate Double Electric Breastpump
  • Autumnz Joy Manual Breastpump

9. Pureen

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah menggunakan Pureen Battery Operated Breastpump, sedikit tidak berpuas hati dengan produk ini. Motornya agak bising dan penggunaan bateri yang banyak, Suction yang agak kuat tetapi boleh dilaras mengikut keselesaan. Hanya pendapat saya, namun ia terpulang ibu-ibu untuk membuat pilihan.

Pureen_Battery_O_4fa89b3c1d836

Antara Jenis Breastpump Pureen

  • Pureen Single Battery Operation  Breastpump
  • Pureen Manual Breastpump
  • Pureen Single Battery Operation with Adapter  Breastpump

10. Snow Bear

Menurut pandangan pengguna breastpump ini, ia amat selesa dan harganya yang berpatutan. Mempunyai pasrts yang mudah dibuka dan mudah dipasang semula, ia tiada masalah backflow. Motor yuang kecil dan ringan serta mempunyai kualiti material yang solid dan durable.

snow

Snow Bear Single Advanced Electric Breast Pump

Ciri-Ciri Lain:

  • Automatic suck-release-cycle
  • 3-level of suction mode
  • Let down yang cepat
  • Suction kuat dan tak sakit
  • Cepat mengosongkan payudara
  • Portable dan mudah dibawa kemana-mana
  • Boleh menggunakan bateri 4xA

11. Spectra

Spectra M1 adalah double breast pump yg sangat kompak, kecil dan ringan. Ia juga dilengkapi dengan built in rechargeable battery seperti Medela Freestyle. Motornya juga senyap sebesar telapak tangan amat sesuai untuk wanita bekerjaya. Harda seunit dalam RM480 untuk single breastpump adn anda boleh add on lagi 1 corong untuk menjadikannya sebagai double breastpump.

spectra

Antara Jenis Spectra Breastpump:

  • Spectra DEW 300
  • Spectra DEW 350
  • Spectra 3 Electric Breastpump
  • Spectra M1 Double Breastpump
  • Spectra S1 Single Breastpump
  • Spectra Handy Manual.

Terdapat pelbagai lagi jenama dan model breastpump yang boleh ibu-ibu pilih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, breastpump terbaik bukanlah yang paling mahal tetapi ia mampu membantu ibu-ibu dalam usaha mengepam susu secara optimum kerana yang terbaik adalah mulut bayi itu sendiri. Selain itu, bonus untuk ibu-ibu iaitu menggunakan tangan! Ibu-ibu boleh menggunakan teknik mammet untuk let down susu tetapi agak memenatkan.

Namun begitu, ibu menyusu perlulah berada di dalam keadaan tenang dan perlu mengelak dari tekanan untuk memastikan penghasilan susu yang memberangsangkan. Sokongan daripada suami dan orang di sekeliling amatlah perlu. Untuk merangsang penghasilan susu, ibu-ibu juga boleh mendapatkan Set Penyusuan Shaklee. Ia bukan sahaja membantu penghasilan susu malah menjadikan ibu-ibu lebih tenang, cergas dan bertenaga.

Jom tonton video kisah betapa gigihnya ibu ini menyusukan BAYI PRAMATANGnya..

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Anda masih tercari-cari dan buntu untuk memilih set yang sesuai untuk anda dan bajet anda? Hubungi saya segera untuk mendapatkan khidmat nasihat ekslusif. Anda bertanya, saya menjawab! Atau KLIK ikon di bawah untuk membuat pesanan terus dan kedai dibuka 24jam!!

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge