Seminggu Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selamat menjalani kursus National Workshop On Application Of Radiotracer & Sealed Source Techniques On Sediments Transport Investigation And Coastal Management selama seminggu di Kuala Terengganu. Jangan pening-pening baca tajuk kursus ye, hihihi. Apa khabar pengunjung setia Healthy Vita Garden? Seminggu yang sangat mengujakan, lagi-lagi apabila berpeluang membawa keluarga untuk sama-sama bercuti di Kuala Terengganu. Apa yang penting, tidak putus-putus berdoa agar selamat pergi dan pulang disamping diberikan kesihatan yang baik ketika berada di sana.

Kali ketiga saya berpeluang ke Terengganu, memang suatu pengalaman indah buat saya yang jarang sekali dapat ke sana. Setiap petang selepas tamat sahaja kursus, saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu sambil mencari makanan-makanan yang menjadi trade mark Negeri Terengganu. Disamping itu, saya tidak melepaskan peluang untuk membawa anak saya untuk bermain pantai yang sangat cantik di Chendering.

WT

So hari ni saya bukan nak berkongsi mengenai kursus saya tetapi ingin berkongsi mengenai keindahan Negeri Terengganu dan bercadang untuk kembali ke sana, InsyaAllah. Saya Bertolak dari Putrajaya pada hari Ahad 8 Jun, ‘selepas subuh’ iaitu jam 12 tengah hari. Selepas subuh sangat kan? Mengemas dah checking barang bersama pembantu kecil memang mencabar. Ini bagi memastikan bekalan makanan, pakaian, ubat-ubatan, keperluan anak selama seminggu adalah mencukupi. Alhamdulillan jam 7.00 petang kami sampai di hotel penginapan, Felda Recidence Kuala Terengganu. Rupanya kami sama hotel dengan pasukan bola sepak Negeri Selangor. Malangnya, seorang pemain pun saya tidak kenal.

 

smpi

Yeayyy!! Kami dan sampai…

 

Sampai je di bilik 909, Syahmi Isyraf adalah yang paling excited. Masuk ke bilik, terus explore segenap ruang, laci dan almari.

 

Mama, saya nak order makanan boleh?

Mama, saya nak order makanan boleh?

geledah

Hobi saya mengemas barang!!

 

Selepas makan malam, kami keluar menghirup udara malam di sekitar hotel. Terdapat taman permainan dan sedikit hiasan lampu seperti di I-City Shah Alam, cantik dan indah. Jalan-jalan kemuadian kembali ke bilik hotel, esoknya (Isnin) saya mula berkursus.

 

playground

Malam Isnin semua peserta kursus dijemput untuk Dinner yang disediakan oleh pihak hotel bertemakan makanan ‘grill’. Alhamdulillah, rezeki lagi.

 

grill

Menu Dinner Tema Grill

grill 2

Hari Selasa kursus seperti biasa tamat jam 5.00 petang. Selepas itu saya dan keluarga bergegas mencari satar. Teringin rasanya untuk merasa satar buatan Terengganu sehingga kami ‘sesat’ ke Pantai Pandak, Chendering. Bukan satar sahaja kami dapat, tapi Syahmi Isyraf kali pertama dapat bermain pantai. Melihat si kecil yang sangat teruja, kami bercadang untuk datang semula ke Pantai Pandak untuk mandi manda.

excited

Kali pertama bertemu pantai

Seperti yang dijanjikan, selepas tamat kursus,Pantai Pandak kami datang!! Saya dan Syahmi Isyraf turun dahulu sementara suami mengganti seluar untuk terjun sama. Syahmi Isyraf langsung tidak menoleh belakang apabila melihat air. Kali ni kami siap-siap beli makanan untuk ke pantai. Hampir sejam berada di sana, kami mula beransur pulang memandangkan hari hampir senja. Melihat anak dan suami keletihan bermain air, kami hanya makan malam di hotel sahaja malam.

lalalaaaaaa

Tak sempat tunggu ayah sampai…

 

Hari Rabu kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel kerana semasa saya berkursus, suami sudah membawa si kecil berjalan-jalan di Pasar Payang dean sekitar Kuala Terengganu.

 

wave glider

Majlis Perasmian Wave Glider

 

Hari Khamis saya mewakili agensi saya menghadiri Majlis Perasmian Wave Glider di Universiti Malaysia Terengganu (UMP). Pada sesi petang, saya kembali berkursus tetapi lebih kepada aktiviti luar. Kami di bawa mengenali lebih banyak lagi khazanah dan tempat menarik di Negeri Terengganu. Pada waktu malam pula, sekali lagi hotel mengadakan makan malam dan kali ini bertemakan makanan ‘steam boat’.

 

_MG_1670

Steamboat!!

Hari Jumaat adalah hari penutup. Segala perbincangan dan persoalan sepanjang kursus dibentang dan diulas oleh pakar yang dijemput Khas dari Agensi Nuklear Malaysia dan KEARI, Korea. Alhamdulillah, minggu yang sangat menarik. Tak terasa kepenatan berada di sana.

 

_MG_1422

Semua Pakar dan peserta yang terlibat

Jam 12 tengah hari kami mula berangkat pulang ke Putrajaya. Singgah solat dan singgah makan di Kuala Dungun, kami meneruskan perjalanan. Setelah 4 jam, baru tersedar kami berpatah balik ke Kuala Terengganu. Jam 4 petang, kembali mencari haluan asal tetapi terjumpa jalan lagi 100Km ke Kuantan. Kami mengambil keputusan untuk terus ke kampong halaman saya di Muadzam Shah. Alhamdulillah selamat sampai di rumah mak jam 9.00 malam. Maka berhujung minggu lah kami di rumah mak. Siap mencuci semua pakaian semasa di Terengganu, kami kembali ke Putrajaya pada hari Ahad selepas makan tengah hari.

pilah

Pulang ke pangkal jalan!!

Jalan sesak teruk di Kuala Pilah. Perjalanan yang sepatutnya hanya 3 jam, memakan masa 5 jam setengah. Selamat sampai di rumah sebelum maghrib. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. Hari Isnin adalah hari bekerja seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge