Risiko Apabila Air Ketuban Berkurangan dan Berlebihan

Air ketuban mempunyai fungsi yang sangat penting terutamanya kepada bayi dalam kandungan. Selain daripada bertindak sebagai pelindung kepada bayi dalam kandungan, ia juga melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan . Sekiranga tali pusat kering, ia boleh menyebabkan tali pusat mengecut dan menyekat aliran oksegen kepada janin.

Selain itu, air ketuban tuga menjadi sumber nutrient kepada bayi dalam kandungan, membolehkan bayi bergerak, membantu perkembangan sistem pencernaan janin, sistem otot dan tulang serta sistem pernafasan.

air ketuban imej

Selain itu , air ketuban juga menjadi ‘penghawa dingin’ kepada janin. Selaput dan cairan ketuban juga bertindak sebagai penghalang jangkitan virus. Air ketuban juga berperanan untuk memudahkan proses bersalin apabila ia dipecahkan menjelang kelahiran.

Namun begitu air ketuban boleh mendatangkan risiko kepada janin jika kuantitinya berlebihan (polihydramnion/hidramnion) atau berkurang (oligohidramnion) Ia boleh membawa kepada kelahiran pramatang dan kematian janin dalam kandungan.

Kuantiti air ketuban yang normal pada usia kehamilan 33 minggu ialah sekitar 1 hingga 1.5 liter sahaja dan ia akan beransur kurang sehingga kehamilan genap 40 minggu. Jadi, jika sukatan air ketuban mencecah 3 hingga 5 liter semasa usia kandungan 22 minggu, itu bermakna ia sudah melebihi daripada jumlah ideal.

Manakala sebarang jumlah yang kurang daripada 1.5 liter adalah berkurangan daripada keperluan janin dan risikonnya sama seperti terlebih air ketuban.

Apakah Risiko Jika Air Ketuban Berlebihan?

mencegah-emboli-air-ketuban-oleh-Hamil-SegiEmpat

Ia boleh menyebabkan regangan kepada rahim yang merangsang kontraksi awal sebelum waktumya. Ia juga menekan diafragma ibu sehingga sukar untuk bernafas.Selain itu iu juga terdedah kepada bahaya tekanan darah tinggi.

Lebih membimbangkan kemungkinan berlaku kelahiran pramatang atau jnin lemas di dalam rahim sehingga membawa kepada kematian dalam kandungan.

Apakah Tanda-tanda Air Ketuban Berlebihan?

  • Kandungan membesar dengan cepat walaupun usia kehamilan masih muda.
  • Pertambahan lingkaran perut dan tinggi rahim terlihat begitu cepat.
  • Lapisan kulit pecah sehingga Nampak urat-urat di permukaan perut.
  • Sesak nafas
  • Denyutan jantung janin kedengaran jauh atau perlahan.

Apakah Punca Air Ketuban Berlebihan?

Ada kelainan pada janin yang menyebabkan cairan ketuban bertakung, seperti hidrosefalus, atresia saluran pencernaan, kelainan ginjal dan saluran kencing kongenital.

Ia juga boleh disebabkan saluran pencernaan janin tersumbat dan menyempit sehingga tidak mampu menelan ketuban. Kehamilan kembar juga menjadi salah satu faktornya kerana ada dua janin yang menghasilkan air ketuban.

Ibu hamil yang menghidap diabetis juga boleh mendorong kepada masalah.

Bagaimana Pula Dengan Masalah Air Ketuban Berkurangan?

ketu4

Dilaporkan 8% daripada ibu hamil mengalami masalah air ketuban berkurangan. Antara factor penyebabnya ialah bayi dalam kandungan mengalami gangguan pertumbuhan, kelainan ginjal pada janin sehingga ia membantutkan penghasilan air ketuban dan kehamilan lebih bulan.

Faktor kesihatan si ibu juga turut mempengaruhi di mana ibu yang mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis dan pembekuan darah juga boleh menjadi punca kurangnya penghasilan air ketuban.

Risikonya amat tinggi jika kekurangan air ketuban berlaku papda awal kehamilan. Ia boleh menyebabkan bayi cacat, keguguran , kelahiran pramatang atau janin meninggal. JIka ia terjadi pada trimester kedua pula, kekurangan air ketuban boleh mengganggu boleh mengganggu perkembangan janin.

Kelahirn Secara Pembedahan

Kelahirn Secara Pembedahan

Sekiranya air ketuban kurang berlaku menjelang kelahiran, ia akan menigkatkan risiko komplikasi seperti tidak merasa kontraksi atau kontraksi tidak berkesan. Ia juga menyebabkan ibu mengambil masa yang lama untuk melahirkan. Dalam keadaan tertentu, doktor akan menasihatkan agar bersalin secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa bayi dan ibu.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu digalakkan makan makanan bergizi serta banyakkan minum aie serta dapatkan nasihat doktor.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge