Resepi Dari Dapur Yang Mudah Menggunakan Lemon

Tahukah anda bahawa pengambilan air lemon di waktu pagi telah lama wujud dalam ilmu perubatan Ayurveda iaitu sejak 5000 tahun yang lalu? Seperti yang dibincangkan sebelum ini berkenaan dengan khasiat buah lemon, di sini ingin saya kongsikan sedikit cara paling mudah untuk mengoptimumkan khasiat buah lemon hanya dari rumah untuk kesihatan seisi keluarga. Jom amalkan tips mudah ini untuk kesihatan yang lebih baik.

jus lemon

Resepi Mudah Untuk Manfaat Buah Lemon Secara Optimum

1.Jus Lemon + Madu + Halia

jus lemon madu

**Untuk Melegakan batuk dan selsema

Ambil sedikit halia, dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis. Begitu juga dengan lemon, dibersihkan dan dihiris nipis kemudian kedua bahan tadi dimasukkan ke dalam baling yang tertutup. Tuang madu kedalam balang tersebut dan simpan di dalam peti sejuk. Bahan-bahan tadi akan menjadi pekat seperti agar-agar dan tahan selama 2 hingga 3 bulan didalam peti sejuk.

Cara Penggunaan:
Masukkan satu sudu madu ini kedalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk dan sakit tekak anda sembuh.

2. Jus Lemon + Timun + Pudina

air-detox-untuk-kurus-dan-sihat

** Bertindak sebagai detox untuk menurunkan berat badan

Sebiji lemon dan 1 biji timun saiz sederhana dihiris nipis, 10-12 helai daun pudina serta 2 liter air dicampurkan dan disimpan semalaman di dalam peti sejuk. Ia merupakan air detox paling mudah untuk menurunkan berat dan juga baik untuk kulit. Minum setiap pagi sehingga seminggu dan lihat hasilnya. Selamat mencuba.

3. Lemon + Kayu Manis + Madu

Khasiat-Teh-Kayu-Manis

** Untuk masalah sendi, athsma, tekanan darah tinggi, ulser, batuk dan angin dalam badan.

Panaskan 3 cawan air sehingga menggelegak kemudian masukkan ke dalam gelas. Masukkan kira-kira 1 ruas ibu jari kayu manis ke dalam cawan dan biarkan sehingga 5 minit. Kemudian hiris buah lemon dan perah jusnya. Biarkan selama lebih kurang 2 minit kemudian tambah 3 sudu madu dan air yang dikenali sebagai Teh Kayu Manis dan lemon yang terkenal di negara Indonesia ini sedia dinikmati.

4. Jus Lemon + Tembikai

lemon tembikai

** Bagus diamalkan bagi mereka yang menghidapi masalah buah pinggang dan saluran kencing.

Bahan-bahannya adalah lebih kurang 300 gram tembikai, 5 sudu jus perahan lemon, 2 sudu madu, air secukupnya dan ketulan ais mengikut citarasa anda.

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali ketulan ais dan kisar sehingga halus. Tambah air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu pekat. Masukkan ke dalam gelas dan tambah ketulan ais mengikut citarasa anda. Jus tembikai lemon sedia disajikan dan dinikmati.

5.  Jus Lemon + Halia + Madu

HALIA MADU

** Sama seperti di atas cuma penyediaannya sahaja berbeza. Sesuai diamalkan dalam cuaca panas dan kering untuk kekal segar.

Gunakan 1-2 biji lemon, 1 inci halia dihiris nipis dan 10 sudu madu. Air secukupnya dan tambahkan ketulan ais secukup rasa. Ia pastim menyegarkan!

Kandungan vitamin C yang tinggi pada lemon juice ginger akan menyegarkan tekak di siang hari serta bagus pula untuk memperbaiki masalah pencernaan. Selain itu, lemon ginger juice juga sangat bagus untuk mengatasi masalah kesehatan kulit, rambut, serta gusi.

6. Cinch Tea + Lemon

shaklee-cinch-tea-energy-source-weight-loss

*meningkatkan metabolism, perangsang tenaga semulajadi, kaya dengan anti oksida serta membantu dalam menurunkan berat badan dengan sihat dan selamat, anti radang, melindungi jantung, mengurangkan rasa lesu, letih dan mengantuk serta mengawal selera makan.

1 sachet Cinch Energy Tea Mix dicampur sengan sedikit perahan lemon bersama 6-8oz air. Boleh diminum panas mahupun sejuk. KLIK DISINI untuk info lanjt mengenai Cinch Energy Mix Tea yang pastinya membuatkan anda jatuh cinta dengan hasilnya.

Resepi yang diberikan kesemuanya boleh disediakan hanya dari dapur anda. Sekiranya anda mengetahui khasiat sebenar buah lemon pasti anda tidak ketinggalan untuk mencuba sesuatu yang menarik ini. Selamat mencuba dan memperoleh kesihata yang berkekalan.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge