Punca-punca Masalah Kesuburan Lelaki dan Wanita

Assalamualaikum..

Masalah kesuburan merupakan antara sebab yang mengancam keharmonian rumahtangga. Masalah kesuburan terjadi akibat gangguan kepada system reproduksi wanita dan kurangnya penghasilan sperma yang berkualiti  bagi kaum lelaki.Berdasarkan kajian, wanita menyumbang 30% kepada masalah kesuburan. 30% oleh kaum lelaki dan 40% berpunca dari kedua-duanya.

Masalah kesuburan perlu diambil perhatian serius sekiranya pasangan sudah mendirikan rumahtangga melebihi 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jiha hal ini terjadi,pasangan perlu segera mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dan melakukan rawatan yang sewajarnya. Berikut adalah beberapa masalah kesuburan yang terjadi kepada wanita mahupun lelaki:

tidak subur

Punca masalah Kesuburan Lelaki

  • Kelainan Genetik

Hal ini juga disebut sebagai gangguan genetic di mana terdapat kelainan pada kromosom seks seperti cystic fibrosis,yang terjadi kepada sindrom klinefelter.

  • Gangguan Hormon.

Hormon bertindak bagi merangsang kelenjar pituitary bagi merangsang testis untuk menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti. Gangguan hormon jelas mengganggu tahap kesuburan lelaki.

  • Varikokel.

Varikokel adalah pembesaran abnormal pembuluh darah vena di kantung testis. Hal ini selalunya dapat dikesan melalui benjolan pada bahagian atas buah zakar sebelah kiri.

  • Saluran Sperma Tersumbat.

Hal ini terjadi sejak lahir apabila saluran sperma tidak terbentuk dengan sempurna. Selain itu, jangkitan bakteria dari hubungan seksual juga antara punca saluran sperma tersumbat.

  • Mati Pucuk.

Untuk menghasilkan ereksi, penis memerlukan aliran darah yg cukup. Penyakit pembuluh darah boleh menyebabkan mati pucuk. Kerosakan saraf juga mampu menyumbang kepada mati pucuk.

  • Merokok.

Warga-merokok-Marlboro

Merokok menambahkan lagi risiko kemandulan dan menyebabkan kegagalan untuk ereksi serta mati pucuk. Nikotin menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan kurang efisyen, termasuk di pembuluh darah dan alat kelamin.

  • Pengambilan Minuman Beralkohol.

Alkohol dalam jumlah besar dapat menurunkan kadar hormon testoteron sehingga mengganggu penghasilan sperma.

  • Kesan radiasi.

Radiasi akan memberikan kesan negatif terhadap jumlah dan kualiti sperma. Selain itu sperma yang terkena radiasi akan menjadi kurang aktif sekaligus akan merendahkan potensi untuk persenyawaan.

  • Pengaruh Ubat.

ubat

Beberapa jenis ubat mampu mempengaruhi tahap kesuburan. Antaranya seperti antibiotic, ubat tahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon.

Punca masalah Kesuburan Wanita

  • Tiub Fallopio Tersumbat.

Akibat jangkitan kuman pada tiub fallopio dalam jangka masa yang lama,tiub fallipio boleh rosak dan tersumbat. Hal ini menghalang proses persenyawaan. Antara sebab lain adalah mungkin disebabjan kehamilan luar Rahim di mana janin menempel pada tiub fallopio (ectopic) atau penempelan parut tisu didalamnya (endometrosis).

  • Endometriosis.

endometriosis1

Berlaku apabila tisu parut disebabkan pembedahan atau kandungan ectopic melekat sesame sendiri. Selain itu,lendir pada kilang telur yang tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya juga menyumbang kepada endometrosis..

  • Bendalir dalam Rahim terlalu Pekat.

Hal ini menyebabkan sperma tidak mampu untuk berenang dengan cepat. Cecair dalam rahim menjadi lebih berasid dan mampu mematikan sperma.

  • Berat badan berlebihan dan tidak seimbang.

Berat badan berlebihan atau berat badan tidak seimbang mengganggu kesuburan wanita. Hal ini kerana badan memerlukan 17% lemak dari tubuh badan di awal kitaran haid dan 22% sepanjang kitaran haid. Lemak mengandungi enzim yang diperlukan untuk menghasilkan hormone estrogen. Sekiranya lemak kurang atau berlebihan,ia jelas mengganggu tahap kesuburan wanita.

  • Rahim Terbalik

retro1

Kebiasaannya kedudukan rahim yang normal akan condong sujud ke depan. Akan tetapi,bagi rahim terbalik,kedudukan rahim condong ke belakang.namun begitu,berdasarkan survey, 20% kaum wanita yang rahimnya condong ke belakang yang menyebabkan kesukaran untuk hamil.

  • Faktor Usia.

Bagi wanita,tahap  kesuburan akan menyusut sekitar 35 tahun dan menurun secara drastic pada usia 37 tahun sehingga memasuki fasa menopause sekitar 45-50 tahun. Hal ini kerana,sel telur akan berkurangan setiap kali wanita mengalami menstrual dan habis menjelang menopause. Berbeza dengan kaum lelaki,di mana sperma terus terhasil selagi lelaki tersebut masih dalam keadaan normal dari sudut anatominya.

  • Tekanan atau Stress.

Gaya hidup yang penuh dengan tekanan antara penyumbang 15-20% kepada ketidaksuburan bagi kaum wanita.Gaya hidup yang lebih berdaya saing pada zaman sekarang mencetus tekanan sekaligus mengganggu ovulasi,mengganggu spermatogenesis,kekerapan hubungan suami isteri sekali gus mengurangkan potensi untuk mendapatkan cahaya mata.

Untuk mengetahui status diri anda, sebaiknya pasangan yang sudah 18 bulan mendirikan rumahtangga tetapi masih belum dikurniakan anak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar. Hal ini bagi memudahkan kita mengetahui apakah masalah sebenar yang menyebabkan ketidaksuburan.

Pakar akan mencadangkan kaedah yang paling sesuai untuk rawatan sama ada ia berpunca dari masalah kesuburan wanita, kesuburan lelaki atau kedua-duaanya. Selain itu, anda boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee yang diyakini ramai.

suburan

Testimoni Set Kesuburan Shaklee

testimoni set subur shaklee

testimoni_set_subur_shaklee

kolohuhu

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

 Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge