Kenali Punca Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Kolestrol adalah lemak yang dihasilkan oleh hati dan sangat penting untuk funsi sistem dalam badan.Kolestrol secara semulajadinya terdapat pada dinding sel atau di mana-mana bahagian tubuh termasuklah di otak, otot, saraf, kulit, hati, usus dan jantung.Kolestrol juga berfungsi dalam membentuk dan memelihara sel membrane, menapis molekul untuk keluar masuk dari sel, terlibat dalam sistem reproduksi dan membantu penghasilan hempedu. Akan tetapi tahukah anda, kolestrol yang tinggi mampu membunuh anda dalam diam?

kolesterol-jahat

Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi bukanlah penyakit, tetapi ia berpotensi menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya stroke, sakit jantung, diabetis, dan tekanan darah tinggi.Kolestrol yang berlebihan dalam aliran darah kebiasaannya akan disimpan di arteri termasuklah salur darah di jantung, pembuluh darah ke otak, dan saluran darah ke kaki.

Bagaimana Yang Dikatakan Kolestrol Tinggi?

Secara kasarnya kita melihat tahap kolestrol semasa melakukan ujian darah atau ujian kolestrol. Ujian Kolesterol ini juga dikenali sebagai Lipid Studies. Pemeriksaan kolestrol ini amat disarankan kepada lelaki berumur 35 tahaun ke atas dan wanita 45 tahun ke atas. Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl. Kandungan kolestrol terdii daripada:

 cholesterol-test
  • LDL (low-density lipoprotein cholesterol), Kolesterol tidak baik
  • HDL (high-density lipoprotein cholesterol,)Kolesterol baik
  • Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan.Lebihan kalori,alkohol,gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)

Jadual di bawah menunjukkan kandungan Jumlah Kolesterol dan maksudnya:

Jumlah Kolesterol Status
Kurang dari 200 Baik
200 — 239 Tinggi Sedikit
240 dan keatas Tinggi

Selain daripada ujian kolestrol, anda juga dapat mengesan tanda-tanda kolestrol tinggi dari perubahan kesihatan. Antara gejala yang sering dihidapi oleh golongan yang memiliki tahap kolestrol yang tinggi ialah:

  • Terasa Pening dari Bahagian Belakang Kepala (petanda strok)
  • Kejang pada bahagian leher dan bahu.
  • Kerap kejang di bahagian kaki dan tangan.
  • Kebas kaki dan tangan
  • Dadasebelahkirisepertitertusuk/nyeri – Saluran darah di jantung tersumbat (petanda sakit jantung)

Apakah Punca Sebenar Yang Menyebabkan Kolestrol Tinggi Dalam Darah?

1. Pemakanan

  • Mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolestrol.
  • Contohnya seperti telur, keju, minyak masak, kuih muih, dan pelbagai jenis makanab bergoreng.

2. Berat badan

  • Tumpuan lemak di bahagian perut dan pinggang bukan sahaja menyukarkan anda untuk memilih saiz seluar yang sesuai, malah ia juga meningkatkan kadar triglisedira dan menirinkan HDL atau kolestrol baik.

3. Aktiiviti harian

  • Kurang melakukan aktiviti atau kurang bersenam akan meyebabkan peningkatan kadar LDL (kolestrol jahat) dan mmerendahkan tahap HDL (kolestrol baik)

4. Usia dan jantina

  • Mencecah umur 20 tahun, kolestrol mula meningkat melainkan anda mengamalkan aktiviti dan pemakanan yang mencegah kenaikan tahap kolestrol.
  • Golongan lelaki lebih cenderung mempunyai tahap kolestrol yang tinggi berbanding wanita.

5. Tahap Kesihatan

  • Mempunyai penyakit lain seperti diabetis atau hipotiroid berisiko unutk peningkatan tahap kolestrol. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi mengelak risiko penyakit lain.

6. Sejarah Keluarga

  • Sesetengan orang masih memiliki kadar kolestrol yang tinggi walaupun telah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang.
  • Faktor keturunan juga mempengaruhi masalah kolestrol tinggi.

7. Merokok

  • Pastinya anda sendrii sedar akan keburukan merokok. Selain merosakkan paru-paru, merokok juga mampu menurunkan tahap kolestrol baik dalam darah.

Adakah anda mempunyai salah satu atau lebih daripada punca-punca kolestrol di atas? Ramai yang tercari-cari cara menurunkan kolesterol dengan mudah dan cepat. Jom lihat apa yang lelaki ini lakukan untuk menurunkan kadar kolestrolnya.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Gaya hidup memainkan peranan penting dalam merawat tekanan darah tinggi anda. Jika anda berjaya mengawal tekanan darah anda dengan pemakanan gaya hidup yang sihat, anda boleh mengelakkan, melambatkan atau mengurangkan keperluan untuk ubat.

Pastikan anda sentiasa memantau kesihatan anda. Jika toada tekanan darah tinggi,anda boleh pergi sendiri ke klinik-klinik paling kurang sekali dalam setahun. Dapatkan Tips Mengurangkan Dan Mengatasi Penyakit Darah Tinggi akibat kolestrol atau hubungi kami untuk khidmat nasihat.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

 

1 comment for “Kenali Punca Kolestrol Tinggi Dalam Badan

  1. f February, 2015 at 3:25 pm

    Terima kasih..banyak info berguna disini…
    Fuzy recently posted…10 Peranan Suami Kepada Isteri Yang Sering DiabaikanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge