Pulau Pinang, Kau Tunggu Aku Datang!

Tahun lepas dihantar berkursus ke Kuala Terengganu, tahun ini ke Pulau Pinang pula. Alhamdulillah, seminggu yang penuh pengisian selain berkursus, sempat juga berjalan sekitar Pulau Mutiara, menziarah nenek, menziarah kawan-kawan di sana. Ini merupakan pengalaman pertama menginap di pulau pinang, di Bayview Hotel, Georgetown.

penang

Sebelum ke Penang, kami menziarah nenek di Bagan Serai, Perak. Subhanallah, rindu nye di rumah tempat saya dilahirkan. Padi baru nak menguning, nyamuk pun kurang. Pagi-pagi lagi suami menahan tempirai menangkap ikan kecil kononnya nak bawa balik Putrajaya nanti. Tapi ikan dalam baldi asyik berkurang je, jauh betul ikan nak melompat keluar ke parit semula. Rupanya, nenek & sepupu tangkap ikan tu bagi makan kucing. Maaf suami, saya tergelak besar dengan andaian anda sebelum ini. Hahaha..

Hari isnin gerak ke Penang, bercadang untuk menaiki feri. Hati agak gentar sebab penyakit mabuk laut masih tebal bersarang dalam diri. Hujan renyai-renyai suami kata, “Ok, tak jadi naik feri sebab hujan, angin kuat & kita hanya boleh duduk dalam kereta je”…Terkilan tak dapat naik feri tapi sedikit lega sebab tak perlu mengadap gayat naik feri.So, naik jambatan aje la..hihihi.

jambatan

View Dari Kamera handphone ku

Sampai di Bayview Hotel, si abang paling teruja. Tapi dia memang selalu je teruja kalau jumpa sesuatu yang baru. Gembira bila tengok gelagat si abang, adik pula muka selamber je tak ada perasaan. Yang penting, “i got mama this whole week!”. Sampai je bilik, si abang terus merasmi bath tub sementara suami mengangkat barang-barang. Esoknya mama dah mula berkursus.

DELUXE BAYVIEW

Sumber Google. mirip kediaman kami sebelum si abang jd Ultraman..hihihi

Alhamdulillah, kursus berjalan lancar. Anak-anak duduk dengan ayahnya pun tidur je sebab sedap tidur dalam aircond. Tamat sesi kursus hari pertama, bawa si abang mandi kolam. Di sini ada 3 kolam untuk kanak-kanak. kolam dewasa dan kolam air panas.Mama dan Nurul Izzah jadi pemerhati tegar je.

mandi

Hari kedua juga kursus alhamdulillah tenang je mama bila suami hantar gambar whatsapp anak-anak sambung tidur. Selesai kursus, kami pergi menerjah Bukit Bendera Cable Car Station. Pengalaman pertama menaiki cable car memanjat Bukit Bendera. Maaf, saya bukan sahaja mabuk laut tetapi gayat tempat tinggi. Hati tak tenang, lemah lutut bila sampai di atas. Sekejap je di atas sana, sempat la juga mengambil gambar sekeluarga sebagai kenangan.

tak sempat minta tolong orang ambil gambar..

tak sempat minta tolong orang ambil gambar..

Hari ketiga, setelah tamat kursus, saya berkesempatan bertemu sahabat-sahabat tercinta, Jue di USM & Ita di Hospital Pulau Pinang. Bersyukur atas pertemuan, benarlah jika sudah jodoh memang tak kemana. Walaupun dalam mengejar masa, sempat juga bertemu tetapi masa yang sangat singkat rasa tidak puas bersembang dan melepaskan rindu.

Hari terakhir check out, disebabkan bertembung dengan solat Jumaat, kami singgah ke rumah seorang lagi sahabat di Seberang Jaya, Fuzy. Di sini lama juga melepak sebab menunggu suami selesai solat Jumaat. Rasa sekejap je seminggu dah berada di Penang. Nak cerita panjang lebar, memang panjang lagi kalau boleh. Malam kami sampai kembali ke rumah nenek dan tidur semalaman sebelum bertolak pulang ke Putrajaya.

kami

Apa yang dapat disimpulkan, Bayview Hotel Georgetown ni sangat menarik jika ingin bercuti bersama keluarga, tempat makan pun banyak berhampiran hotel. Anda hanya perlu jalan kaki jika mahu ke Padang Kota Lama. Sarapan pagi saya suka sangat bubur ikan dan Omelete Cheese. Orang yang serve omelete cheese dah tahu order suami tiap kali pergi beratur. Pilihan makanan yang banyak di restoran, juga terdapat restoran 360 di tingkat atas, berputar tau!

bayview

Disebabkan bergerak dengan anak-anak yang kejap nangis, kejap berak, kejap nak tidur, nak susu, nak air degung degang, kami banyak menghabiskan masa berehat di hotel yang luas dan selesa. Keluar selepas habis kursus dan pulang semula ke hotel untuk solat maghrib. Tetapi ku sangat merindui Penang. InsyaAllah akan kembali semula ke sisni. PulaU Pinang, Kau Tunggu aku datang!

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Allah kami akan kembali, Pulau Pinang Kau Tunggu Aku Datang!!

2 comments for “Pulau Pinang, Kau Tunggu Aku Datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.