Posisi Terbaik Semasa Menyusukan Bayi

Pengalaman menyusu adalah saat yang menyeronokkan. Pemilihan posisi semasa menyusukan bayi tidak semestinya sama setiap kali menyusu. Ia bergantung kepada situasi dan keselesaan ibu dan bayi. Apa yang penting tubuh bayi haruslah rapat ke badan ibu dan mukanya bertemu dengan payudara. Mulutnya bayi haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan ibu juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

breastfeeding-muslim-woman

Berikut adalah beberapa posisi yang boleh di cuba oleh ibu sehingga bertemu dengan posisi yang paling menyelesakan untuk anda dan bayi.

Posisi Baring

side_lying_2000x1100_4x3

Posisi ini boleh diamalkan semasa ibu tidur bersama bayi atau ketika berehat. Ibu di dalam keadaan mengiring dan untuk lebih selesa, ibu perlu meletakkan bantal di kepala dan belakang badan. Selain itu, ibu juga boleh menggunakan tangan untuk menyokong kepala dan sebelah tangan lagi untuk meyokong payudara.

Kedudukan bayi pula perlulah ditinggikan sedikit agar perutnya rapat dengan perut ibu dan putting susu ibu menghadap mulut bayi. Sekiranya bayi masih kecil, ibu boleh menyokong belakang badan bayi agar rapat kepada ibu dengan menggunakankan bantal kecil atau lipatan selimut bagi mengelakkan badan bayi terpusing/terlentang.

Bayi anda akan menyusu dengan payudara di sebelah bawah dan anda boleh menyokong payudara menggunakan tangan. Sekiranya lenguh atau sebelah payudara sudah kosong, ibu boleh menukar posisi dengan menyusukan bayi dengan payudara sebelah lagi. Ibu boleh membawa bayi ke atas dada dengan menyokong kepala bayi dan berpusing perlahan-lahan ke sebelah lagi. Cara ini lebih baik dari ibu-ibu bangun untuk menukar posisi penyusuan.

Posisi Mendukung

cradle_2000x1100_4x3

Posisi ini paling biasa dilakukan dan kebanyakan ibu yang menyusukan bayi. Sesetengah ibu merasakan cara ini agak sukar terutamanya untuk memasukkan putting susu ke dalam mulut bayi. Oleh itu, kebanyakan ibu menggunakan posisi ini ketika bayi berumur 1 bulan ke atas kerana otot leher bayi lebih kuat.

Posisi ini biasanya berkesan kepasa bayi yang dilahirkan cukup bulan dan dilahirkan secara normal (melalui vagina).Kepada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan , posisi ini mungkun akan memberikan tekanan berlebihan pada bahagian perut dan menyebabkan kesakitan.

Untuk memulakan penyusuan dengan posisi mendukung, ibu perlu mengampu kepala bayi dengan tangan kemudian gunakan bantal di atas riba untuk mengampu bontot dan badan bayi. Pastikan bayi dalam keadaan mengiring di mana muka, perut dan lutut bayi menghadap ibu. Paut lengan bayi dengan lengan ibu, pastikan tulang pinggulnya menghadap perut ibu dan hidungnya menghadap putting ibu.

Pastikan anda dan bayi dalam keadaan selesa dan anda boleh memulakan penyusuan, Sekiranya perlu, anda boleh menggunakan bantal untuk mengampu belakang bayi. Ibu boleh bersandar dengan selesa.

Posisi Dukung Melintang

cross_cradle_2000x1100_4x3

Posisi ini bagus untuk bayi yang lahir kecil atau pramatang. Posisi dukung melintang ini boleh dicuba sekiranya ibu mengalami maslaah untuk melekapkan mulut bayi ke putting ibu. Hal ini kerana, posisi ini membolehkan ibu mengawal kepala bayi dan dapat melihat dengan jelas pelekapan mulut bayi pada payudara.

Kedudukan bayi adalah sama seperti kedudukan menyusukan bayi dengan posisi mendukung. Ibu hanya perlu memegang bayi dengan lengan secara bertentangan dengan payudara. Seperti posisi mendukung juga, pastikan badan bayi berada pada aras payudara menghadap ibu. Oleh itu, ibu boleh memaut punggung bayi ke dalam dakapan.

Posisi Bawah Lengan

cluthc_football_2000x1100_4x3

Posisi ini amat sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah payudara terlalu besar, puting susu leper, bayi lahir secara pembedahan atau sekiranya ibu mahu mengeluarkan semua susu di sekeliling payudara. Posisi ini membolehkan ibu mengawal kepala bayi dan dapat melihat dengan jelas pelekapan mulut bayi pada payudara. Posisi ini jua semuai untuk ibu yang melahirkan bayi kembar.

twins_2000x1100_4x3

Untuk melakukan posisi ini, bayi perlu diletakkan di bawah lengan ibu di mana badan bayi menghadap pinggang ibu, mulutnya menghadap putting susu dan kaki menjulur ke belakang atau sebelah ibu. Hulurkan putting susu ke mulut bayi dengan pegangan bentuk C. Gunakan pangkal lengan ibu untuk menyokong bahagian atas belakang bayi kerana bayi tidak boleh dipaksa ke payudara.

Sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi pakar laktasi anda untuk khidmat nasihat dan sokongan. Ketahui Panduan Mudah Mengatasi Masalah Ibu Menyusu dan 20 Teknik penghasilan Susu Ibu. Bagi ibu-ibu yang bekerja, anda sudah mula boleh untuk mencari breast pump yang sesuai bagi meneruskan misi untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif. KLIK SINI untuk senarai breastpump yang terbaik, murah dan berbaloi-baloi.

Apa yang penting, ibu menyusu perlulah berada di dalam keadaan tenang dan perlu mengelak dari tekanan untuk memastikan penghasilan susu yang memberangsangkan. Sokongan daripada suami dan orang di sekeliling amatlah perlu. Untuk merangsang penghasilan susu, ibu-ibu juga boleh mendapatkan Set Penyusuan Shaklee. Ia bukan sahaja membantu penghasilan susu malah menjadikan ibu-ibu lebih tenang, cergas dan bertenaga.

set menyusu

Anda masih tercari-cari dan buntu untuk memilih set yang sesuai untuk anda dan bajet anda? Hubungi saya segera untuk mendapatkan khidmat nasihat ekslusif. Anda bertanya, saya menjawab! Atau KLIK ikon di bawah untuk membuat pesanan terus dan kedai dibuka 24jam!!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge