Petua Menghilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Cepat

Dulu, kini dan selamanya jewarat sangat tidak dialu-alukan kehadirannya apatah lagi bersinggahsana di muka berhari-hari. Tangan rasa gatal nak picit, muka jadi miang, berdenyut-denyut menjadikan diri resah serba tak kena. Bangun tidur bagaikan menyambung mimpi ngeri bila perlu berhadapan dengan orang ramai. Kena pula bekerja di kaunter, semua yang datang bagaikan sedang memerhati jerawat yang bersinar-sinar menanti untuk meletup di muka. Stress bukan? Itulah yang pernah saya alami semasa bergelar pelajar IPT. Tahap keyakinan diri pun jatuh menjunam bila jerawat mula tumbuh macam cendawan. Macam-macam petua dicuba untuk menghilangkan jerawat memandangkan pelajat IPT kena jimat berbelanja. Ingin tahu cara semulajadi untuk hilangkan jerawat? Jom cuba beramai-ramai!!

jerawat_animasi1Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan Secara Semulajadi

Pelbagai pencuci dah dicuba, ubat jerawat dan krim-krim jerawat juga tidak kurang hebatnya. Kalau boleh, semua penghapus jerawat ingin dicuba bagi menyingkirkan musuh wajah No. 1 ni. Dalam kerakusan kita untuk mendapatkan kulit yang cantik, apa salahnya kita mencuba tips dari dapur yang mudah dan murah. Ok, keyword kita pada hari ini adalah mudah,berkesan dan berbaloi-baloi. Antara TIPS yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat dalam masa yang singkat adalah

Tomato

tomatoTomato sememangnya terkenal sebagai agen kecantikan kulit dan sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads, pori terbuka pada permukaan kulit. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Caranya mudah sahaja, belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minitbkemudian Cuci dengan air.

Lendir Aleo Vera

gel-suc-aloe-vera

Aloe vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi. Fuhhh, banyaknya khasiat aleo vera ni. Selain merawat jerawat dan memudarkan parut, aleo vera juga bagus untuk melembapkan kulit dan dan memulihkan kulit yang rosak dan kering. Hanya ambil lendir aleo vera dan sapu pada wajah. Mudah bukan?

Timun

Timun-Hijau-Besar

Kebiasaannya orang menggunakan timun untuk menyegarkan mata yang sembab dan keletihan bagaikan panda. Untuk merawat jerawat, kita boleh kisar timun sehingga lumat dan di sapu di kawasan jerawat. Biarkan kering 30 hingga 45 minit dan bilas. Muka akan kelihatan segar dan muda gitteww.

Bawang Putih

khasiat-bawang-putih-untuk-kulitBawang putih merupakan remedi semulajdi yang mengandung antioksidan yang tinggi dan merupakan agen anti bakteria unutk membunuh kuman jerawat. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.

Madu

mezMadu ialah “a natural bacteria fighter and mosturizer”. Madu mengandung sifat penyembuh semulajadi yang terdiri dari enzim, antioksidan, dan anti bakteri yang dapat membantu membersihkan kulit. Ambil satu sudu besar madu dan sapukan keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu. Hasil?. Tiada lagi jerawat.

Kulit Kayu Manis

kulit-kayu-manisSelain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. Di nasihatkan menggunakan dengan lapisan atau bancuhan yang nipis untuk permulaan atau untuk yang mengalami masalah muka yang teruk kerana kulit kayu manis member kesan pedih terhadap kulit wajah. Boleh dicampur bersama madu sebagai masker untuk kesan lebih menakjubkan!

Vitamin

Aikk, tadi kata semulajadi? Ya, kita gunakan supplement yang semulajadi untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan dan selamat iaitu Set Kulit Cantik Shaklee yang terdiri daripada Vita C Sustained Release, Vita E Complex dan B complex.

Set kulit cantik shaklee terbaik

Selain daripada mengambil suppliment, Set Enfuselle Basic System Normal to Oily Skin amat disyorkan bagi penjagaan luaran kulit. Ia merupakan set penjagaan wajah khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat.

Pelaburan Yang Berbaloi-baloi.

Jika majlis perkahwinan and hanya tinggal seminggu sahaja lagi, tetapi jerawat seketul sahaja dah cukup untuk membuatkan anda stress maka beranak pinaklah jerawat di wajah anda. Sebelum yang seketul tu membiak, adalah lebih baik kita hapuskan segala punca dan unsur-unsur jahat pencetus jerawat. Tak nak lah nanti mak andam cakap bukan-bukan pulak. Bukan semua jerawat boleh cover dengan make up. Set jerawat ni pula tahan 4 hingga 6 bulan tau, sangat berbaloi-baloi bukan?

Tak percaya? Jom Lihat Video Cik Farizan ini (WAJIB TONTON)

Ini pula kisah benar Cik Farizan yang berperang dengan masalah jerawat selama 7 tahun. Alhamdulillah sekarang muka beliau yang cantik, licin dan berseri.

 

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Seram melihat jerawat berkilat bersinar macam sportlight pada wajah?

Bertindak segera untuk kulit yang sihat, segar dan berser-seri!!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

 order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

1 comment for “Petua Menghilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Cepat

  1. f March, 2015 at 1:40 pm

    kebanyakan bahan yang puan kongsikan ini ada benarnya untuk merawat jerawat. sebab, setiap bahan ini mengandungi khasiat yang baik untuk kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge