Perlu Bersenam Semasa Hamil?

Tiada halangan untuk bersenam semasa mengandung. Banyak faedah yang boleh dicapai dengan amalan aktiviti ini. Senaman membantu wanita hamil menerima pelbagai faedah daripada memulihkan keadaan minda yang positif, meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan kesakitan semasa mengandung.

Secara tidak langsung, ia juga memberi persediaan kepada wanita hamil untuk berhadapan dengan saat kelahiran. Senaman dapat menguatkan otot dan membina daya ketahanan, sekali gus memudahkan wanita hamil mendapatkan semula bentuk badan asal selepas bersalin.

senaman ibu hamil

Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada anda dan janin dalam kandungan.

Senaman yang disarankan di bawah biasanya selamat untuk dipraktikkan oleh bakal ibu. Namun, tidak semua senaman yang dicadangkan ini memberi manfaat kepada wanita hamil terutama mereka yang sedang melalui trimester ketiga. Walau bagaimanapun, wanita hamil perlu berjumpa dahulu dengan doktor yang merawat sebelum meneruskan rutin senaman.

Apakah Senaman Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Hamil?

Berjalan
Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita hamil. Salah satunya adalah berjalan. Berjalan membina kecergasan tanpa menyakitkan lutut dan pergelangan kaki. Ia juga mudah untuk dilakukan di mana-mana dan tidak memerlukan peralatan melainkan kasut yang baik sebagai sokongan kaki. Ia juga selamat untuk dilakukan selama sembilan bulan kehamilan.

Berenang
Pakar kecergasan dan penyedia penjagaan kesihatan menyatakan berenang ada lah senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil. Senaman lebih ideal kerana ia menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki), memberi kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.

Aerobik Berimpak Rendah
Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobik adalah jadual waktunya yang konsisten untuk setiap senaman. Sekiranya anda mengambil kelas untuk wanita hamil, anda akan berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk diri anda dan bayi.

Tarian
Jantung akan dipam setiap kali anda menari mengikut rentak dan perlu selesa ketika melakukannya. Boleh dilakukan di rumah atau mengikuti kelas tarian yang ditawarkan namun elakkan daripada rutin yang memerlukan anda melompat mahupun berpusing-pusing.

Regangan
Senaman berbentuk regangan amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi otot dari kecederaan. Jangan lupa untuk menambahkan senaman regangan dalam rutin senaman kardiovaskular anda.

Latihan Mengangkat Berat
Anda tidak perlu berhenti dari melakukannya latihan mengangkat berat sekiranya ia telah menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. Namun, anda dinasihatkan agar mengurangkan jumlah berat sebelum ini. Latihan sebegini dapat membantu menguatkan otot jika dilakukan dengan langkah yang selamat dan teknik yang betul (pergerakan perlahan dan terkawal).

Teknik dan langkah-langkah bersenam ketika mengandung

Shaklee Independen Distributor

Maziah Jamaludin

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Klik Sini Untuk Order

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge