Assalam. Viral baru-baru ini berkenaan tragedi ibu yang maut gara-gara terjun dari tingkat 26, dikatakat akibat kecewa tidak dapat menyusukan anak yang berusia 10 hari dan masih jadi perdebatan di media sosial.Ramai yang mengecam ibu menyusu yang kononnya memberi tekanan kepada ibu menyebabkan meroyan dan tidak kurang juga yang menafikan ia semata-mata disebabkan oleh kegagalan menyusukan anak. Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri yang gagal menyusu anak pertama dan saya akui ia memberi tekanan ditambah pula dengan badan yang masih lemah dan letih selepas kelahiran.
Sebaik melahirkan anak sulong, saya ditempatkan di dalam wad 4 katil, 3 orang melahirkan dan seorang di tahan wad kerana keguguran. 2 orang lagi melahirkan anak kedua dan ketiga. Pada waktu malam saya hanya menyusukan anak sekejap dan membiarkan bayi saya tidur kerana saya sendiri keletihan selepas melahirkan. Keesokkannya pagi-pagi lagi nurse sudah masuk mengambil bayi untuk dimandikan dan mengambil darah bayi saya kerana bayi kekurangan gula dalam darah.
Saya ditahan di wad selama 3 hari kerana anak saya mengalami sedikit komplikasi semasa kelahiran. KLIK SINI untuk kisah saya melahirkan bayi sulong. Sepanjang 3 hari di hospital, saya menyusukan bayi sehingga 2-3 jam untuk 1 sesi menjadikan saya sangat keletihan dan saya tidak terfikir mengenai pam susu. Selepas pulang ke rumah, saya mengalami bengkak susu. Saya sangat stress kerana badan masih sakit selepas bersalin,kemudian diikuti dengan sakit bengkak susu. Barulah saya terfikir untuk membeli pam susu. Saya akui kekurangan ilmu penyusuan menyebabkan saya begitu stress.
Bengkak susu berlarutan walaupun susu di pam. Hanya mampu menangis kerana suami sahaja yang ada untuk membantu. Malam menjelang, bengkak susu semakin serius, saya mengambil keputusan untuk ke klinik dan apa yang saya dapat ialah ubat untuk mengurangkan production susu. Alangkah ceteknya ilmu penyusuan saya, begitu juga suami yang sememangnya tiada pendedahan semasa anak sulong. Bengkak susu lega tetapi anak pula menangis tidak henti-henti sampai ke siang. Esoknya baru kami bertolak ke kampung untuk berpantang di rumah mak.
Sepanjang perjalanan anak hanya melekat sahaja untuk menyusu sehinggakan saya terlelap semasa anak di pangkuan. Sampai di rumah, anak menangis sahaja dan mak menyusuh saya memberikan anak menyusu melalui botol. Saya pam sejam hanya dapat 2oz sahaja. Sekali minum anak tidur dengan sangat lama. Masa tu mula saya menangis memikirkan tentu anak saya lapar malam semalam kerana menangis sepanjang malam selepas ambil ubat bengkak susu. Stress? Ye sama memang tertekan masa tu. Saya cuba hubungi pakar laktasi sebuah hospital tetapi yang saya dapat hanyalah, “Maaf puan, saya sedang sibuk”. Sedih.
Keesokkannya ketika anak berusia 1 minggu, saya mula mencari susu formula untuk anak sulong. Bermulalah perjalanan yang sangat memilukan hanya kekurangan ilmu dan pendedahan terhadap penyusuan susu ibu. Pelbagai makanan semulajadi yang dipercayai mampu meningkat penghasilan susu saya cuba tetapi masih tidak menampakkan hasil. Anak sulong mula minum susu formula seawal 1 minggu dan bayi mula reject direct breastfeeding. Begitu tertekan perjalanan penyusuan bayi sulong saya. Susu formula diberi dalam 1-2 kali sahaja dalam sehari, selebihnya saya berikan susu yang dipam kerana bayi tidak mahu direct breatfeeding. Hari demi hari, susu semakin berkurang terutamanya apabila saya mula bekerja dan saya semakin stress. Anak sulong menyusu susu badan sehingga usia 4 bulan sahaja.
Apa perasaan saya?? Mereka yang pernah gagal, pasti anda tahu betapa beratnya perasaan seorang ibu yang gagal menyusukan bayi. Sedih, down, tertekan semua ada. Lagi-lagi terbaca stigma yang mengatakan ,”susu lembu hanya untuk anak lembu”,”minum susu lembu nanti anak degil macam lembu”. Allahuakbar. Mak dan suami banyak memberi sokongan moral sehingga saya menyatakan hasrat untuk hamil semula dalam masa terdekat agar dapat menyusukan semula anak sulong kami.
Ye, saya nekad tetapi rezeki hamil semula setelah anak sulong berusia setahun 5 bulan. Saya mula menggali ilmu penyusuan dan akui banyak kesilapan saya lakukan sehingga gagal menyusukan anak sulong sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama. Saya mula mendalami dan menulis artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu dan semakin yakin untuk menyusukan anak kedua. Anak kedua saya lahir ketika si abang berusia 2 tahun 2 bulan dan Alhamdulillah susu si adik banyak dan ada rezeki untuk si abang. Si abang mahu menghabiskan susu adik yang berlebihan.
Syukur Alhamdulillah anak kedua kini hampir setahun dan masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Namun begitu, luka masih terguris bila ada golongan yang menyelar ibu-ibu ynag memberikan susu formula kepada bayi mereka tanpa mengetahui sebab dan punca sebenar mereka berbuat begitu. Walaupun sedih tidak dapat menyusukan anak sulong, namun saya sedar bahawa rezeki itu dari Allah SWT. Kita mampu merancang dan hanya Dia yang layak menentukan. Saya akui kelemahan saya dan setiap masalah ada penyelesaiannya. Sudah banyak group-group yang support ibu menyusu dengan tips-tips yang berguna dan insyaAllah kita mampu usahakannya. Apa yang penting, usaha, berdoa dan tawakal agar diperkenankan. Dan ketahuilah bahawa ibu-ibu selepas bersalin sangat-sangat memerlukan rehat dan sokongan terutamanya dari orang terdekat. Perjalanan ibu menyusu bukanlah mudah seperti yang disangka dan tabik spring untuk ibu menyusu!! Have a nice breastfeeding journey!!
Artikel Menarik Untuk Dibaca:
- Tips dan Jadual Mengepam Untuk Ibu Bekerja Elak Susu Merudum
- Senarai Milk Booster Popular Di Kalangan Ibu Menyusu
- Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul Dan Berkesan
- Panduan Mudah Atasi Masalah Ibu Menyusu
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Vitamin Sihat
Facebook : Maziah Jamaludin
12 comments for “Bagaimana Perasaan Apabila Gagal Menyusu Anak Sulong?”