Kalau dahulu wanita kebanyakan nya menjadi surirumahtangga sepenuh masa dan proses penyusuan tidak menjadi masalah besar. Namun zaman sekarang, ramai wanita bekerjaya dan ada sesetengahnya stress bila memikirkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk menyusukan anak secara eksklusif sekuang-kurangnya sehingga 6 bulan.
Sesuatu yang membanggakan sebagai kaum wanita.Walaupun dalam kesibukan sebagai surirumah mahupun bekerjaya ,breastfeeding masih menjadi perkara normal buat ibu-ibu kerana tahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik buat bayi mereka.
Sesuatu yang saya sendiri tertanya-tanya,bagaimana nak menguruskan bekalan susu jika travel menaiki flight?? kalau naik kereta , mungkin boleh lagi nak uruskan stok susu.. Tak perlu ape-apa prosedur,Cuma perlu tahu rules penyimpanan EBM.. kalau flight?? Mesti tertanya-tanya,boleh ke nak bawak stok susu? Boleh ke nak pam susu dalam flight? tahan ke susu dalam cabin?
So, hari ni saya nak share beberapa tips hasil dari blogwaliking malam tadi. SHARING IS CARING..hihihi
Firstly , ada 4 perkara yang perlu kita periksa sekiranya berhadapan dengan situasi begini:
1. Comfirmkan dengan pihak penerbangan samaada boleh bawak susu ke tak..
– Declare susu anda untuk mengelakkan susu anda di ambil sewenang-wenangnya. kalau MAS, boleh saja di bawa di dalam luggage atau hand Carry. Kalau flight Korean Airline, anda perlu declair “Liquid Medication:, dan boleh di bawa di dalam luggage.
– Kita tan mahu anjing-anjing mencium susu untuk bayi kita. So,untuk flight-flight lain,ambil sedikit masa untuk merujuk pihak penerbangan . Dapatkan info dan pengesahan mengenai stok susu yang bakal kita bawa.
2. Sediakan 1 beg khas hand carry untuk mengepam susu dalam flight dan simpan stok susu yang dipam.
-Benda yang paling perlu diingat terutama yang terpaksa melalui penerbangan yang agak lama untuk mengelak bengkak susu.
– Beg ini penting agar kita tidak mengganggu untuk mencari accessory pam bila berada di dalam flight.
– Pastikan aurat terpelihara,boleh tutup dengan shawl. Beg simpan susu perlu lengkap dengan ice pack/gel pack agar susu kekal sejuk.
3. Melabur sedikit untuk mendapatkan beg penyejuk atau Fridge to Go atau Beg Coleman.
Disamping itu,berdoa agar susu kekal sejuk walaupun berada di dalam cabin.
4. Lakukan eksperimen terhadap keadaan susu.
– Ok macam ni. Contoh kalau kita plan untuk simpan bekalan susu yang diperah di dalam kabin. So,cuba simpan stok susu tersebut di dalam cooler box atau beg penyejuk. Stok susu di balut dengan tualadan gel pack.
– Biarkan selama 5 jam atau 18 jam (bergantung kepada tempoh flight ,sampai airport dan perjalanan pulang ke rumah). PERHATIKAN dan buat kesimpulan,bagaimana cara untuk mengekalkan susu beku.
**JIKA OUSTATION KURANG DARI 5HARI, tak perlu bekukan susu. Sebab nanti bila travel, pulang ke rumah, susah pula nak pastikan susu beku maintain beku. lagipun susu beku dah mencair.KITA TIDAK BOLEH BEKUKAN SEMULA.
LANGKAH PENGURUSAN SUSU DAN EBM SEPANJANG TRAVELLING
Dalam flight ke destinasi:
1. Perah/pam susu setiap 2-3 jam
2. Simpan susu dalam cooler beg yang diletak gel pack/ice pack/chiller
Di destinasi/Hotel :
1. Membuat permohonan atau meminta izin pihak hotel untuk menumpang peti ais mereka.
2. simpan susu di dalam fridge hotel (susu tahan sehingga 5 hari) atau boleh simpan susu di dalam freezer (kalau nak bekukan)
3. Pastikan label susu anda. Macam biasa,nama, tarikh,masa mengepam, dan nombor bilik anda.
Dari Hotel Nak ke Airport, kemudian pulang ke rumah:
1. Isikan chiller/gel pack/ice pack di dasar cooler bag
2. Letakkan susu di atas ice pack/gel pack
3. Letakkan lagi ice pack/ice gel di atas susu (ice pack – susu – ice pack)
4. Letak tuala atau surat khabar di atas permukaan bagi menutupi susunan ice pack td.
**Semua dia atas bertujuan untuk memastikan susu kekal sejuk beku.
Apabila sampai ke rumah :
1. Just check,susu yang masih ada Kristal ais, boleh di simpan semula ke dalam freezer
2. Jika susu cair semua, susu perlu digunakan dalam masa 24 jam .
Sekian entry untuk kali ini..
Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin