Pengalaman Menceraikan Susu Badan..Tak Sangka Trick Kedua Saya Berjaya!!

Saya yakin, mesti ibu-ibu mempunyai pengalaman tersendiri semasa menceraikan susu badan. Anak kedua saya sudah 2 tahun, tapi saya masih tidak terfikir untuk menceraikan susu. Dalam hati terdetik, “nanti pandai la dia berhenti sendiri..” Rasa sayang pula nak lepaskan sebab kali ini saya begitu struggle untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Hanya berbekalkan pengalaman kawan-kawan, saya mengambil mudah untuk menceraikan susu sehinggalah saya disahkan hamil anak ketiga.  Tetapi saya silap, anak semakin berakal, semakin sukar usaha untuk menceraikan susu badan. Emosi agak terganggu kerana keletihan menyusukan dan hamil dalam masa yang sama. Fuhhh..

Pengalaman Menceraikan Susu Dengan Izzah

Masa menyusukan Izzah adalah mengalaman yang sangat membahagiakan. Lebih-lebih lagi ia merupakan dendam yang terbalas apabila saya gagal menyusukan anak yang sulong. Maklumlah, masa tu saya akui ilmu penyusuan sangat cetek.

Jadi, bila nak bercerai susu tu, saya tidak sampai hati. Setiap kali Izzah menangis, saya pujuk dengan susu badan walaupun Izzah sudah melebihi usia 2 tahun. Ubat paling mujabat sangat lah orang kata. Ya betul! Mudah sangat-sangat nak pujuk dan tak banyak ragam. Ia berlarutan sehingga saya disahkan hamil anak ketiga. Masa tu Izzah sudah berusia 2 tahun setengah dan payudara saya terasa sangat sakit.

Lupa nak beritahu, sebenarnya Izzah sudah minum susu formula dan susu badan saya sudah kering sejak awal kehamilan. Tetapi kes ombak rindu, Izzah sentiasa nak mengemping setiap hari terutamanya sebelum tidur!! Lagipun, Izzah sudah pandai bercakap dan dia sendiri mengaku susu sudah tiada.

Izzah fully breastfeeding masa usia 4 bulan.

Tips pertama saya lumurkan dengan asam jawa. Budak dah besar, disuruhnya lap sebab nampak asam jawa menepek. Cara kedua saya berjaya menceraikan susu hanya dalam masa seminggu. Nak tahu tips kedua saya tu?? Ok, saya share trick saya last sekali nanti. Sebelum tu saya nak berkongsi 7 tips mudah yang boleh dilakukan untuk menceraikan susu.

Tips Mudah Untuk Menceraikan Susu Badan

  1. Beritahu anak mengapa perlu berhenti.

Sentiasa pesan dengan anak sebaiknya sebelum masuk 2 tahun,”nanti 2 tahun Izzah kena berhenti minum susu mama tau..”

Memandangkan Izzah dah lebih 2 tahun, ayat lain sikit..”Izzah, susu mama lepas ni kena bagi baby pulak..Izzah dab besar, dah pandai..”

Memang dia angguk, tapi nak juga..huhuhu..maklum la budak dah besar..akal dia pun panjang sikit. Bukan emosi kita sahaja, emosi anak juga perlu dijaga. Dah macam main tarik tali juga , kadang-kadang dia terima, kadang-kadang tidak makan saman dengan pujukan kita.

2. Jangan berhenti secara mendadak. Kurangkan dahulu masa penyusuan.

Biasanya nak bercerai susu ni memakan masa sedikit. Perlu dilakukan peringkat demi peringkat. Memaksa anak terus meminum susu botol bukanlah cara terbaik. Jangan abaikan jika mereka sudah mengamuk, layan perasaan mereka dan pujuk lagi.

3. Jangan offer susu jika mereka tidak meminta. Beri pilihan lain.

Izzah memang hanya akan minta susu bila dia betul-betul mahukannya. Jika dia request susu badan, biasanya saya akan offer susu botol dahulu. Hal ini mengurangkan kekerapan Izzah mencari susu badan.

4. Lengahkan masa bila anak minta susu badan.

Ajak anak bermain dahulu boleh mengurangkan kekerapan anak meminta susu badan.Izzah suka meminta susu badan di dalam kereta. Dalam suhu lebih sejuk dari Cameron Highland, memang layan habis kalau dapat susu badan. Apa yang saya buat, banyakkan bercerita tentang sekeliling supaya anak lupa dengan permintaan dia tadi.

Layan Izzah pergi pasar borong..hihihi

5. Tetapkan masa dan jangan menyusukan anak lama-lama.

Izzah biasanya meminta susu badan hanya untuk mengemping. Bila dah kenyang susu botol, saya akan berikan tetapi dengan pesanan,”boleh nak susu mama..tapi sekejaaapppp je, janji?”

Memang sekejap je sebab biasanya dia terlelap cuma nak berhenti terus dan tidak meminta-minta tu saya masih usahakan.

6. Minta suami tidurkan anak.

Tips ni saya ada terbaca dalam beberapa blog tetapi sagat tidak berkesan kepada Izzah. Izzah memang langsung tidak boleh tidur dengan ayah. Lain baunya kot..Hihihi..

7. Letakkan perisa yang bukan-bukan pada payudara.

Tips terakhir ni la yang menjadikan usaha saya untuk menceraikan susu akhirnya berjaya. Mula-mula letak asam jawa, gagal. Kali kedua saya mendapat nasihat dari rakan seperjuangan agar mencalit nescafe. Izzah terus menolak, susu mama tak sedap katanya.

Alhamdulillah, hampir seminggu dah Izzah tidak meminta susu badan. Cuma sekali di kampung bila masing-masing mamai tengah malam. Anak minta, mak pun bagi je. Kalau siang, mama offer pun Izzah dah tidak mahu.

Yeayy!! Izzah dah berjaya wean off..Dan boleh tolong mama memasak..

 Proses menceraikan susu badan bukanlah perkara yang mudah tetapi saya percaya ibu-ibu boleh lakukannya. Selain usaha-usaha yang dinyatakan di atas, kita juga perlu berdoa agar segalanya dipermudahkan. Memandangkan saya hamil, menceraikan susu anak yang melebihi usia 2 tahun tu dah jatuh tahap wajibul dah. Hihihi..

Fokus saya sekarang adalah untuk bayi dalam kandungan yang kini mencecah 22 minggu. Tetapi manjanya budak yang menyusu badan ni, jangan diabaikan. Lebih-lebih lagi bila mereka bakal mendapat adik sebab Izzah memang cemburu bila saya mengambil atau mendukung kanak-kanak lain. Sekian sahaja perkongsian saya.

 

Artikel Menarik Yang Lain:

 

 

2 comments for “Pengalaman Menceraikan Susu Badan..Tak Sangka Trick Kedua Saya Berjaya!!

  1. f October, 2017 at 9:40 am

    Wah syok baca artikel ni, boleh tambah ilmu utk masa depan 😍😍

  2. f October, 2017 at 12:51 pm

    Sama dengan anak saya yang ke2. Perempuan juga. Banyak akal.
    Thanks Puan atas perkongsian.
    😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge