Pengalaman Bersalin Secara Induce, Bersediakan Anda?

Induce? Ramai yang gerun bila doktor mencadangkan proses induce untuk kelahiran. Dikatakan proses ini lebih menyakitkan berbanding natural birth. Saya melahirkan anak saya dengan proses induce pada usia kandungan 37 minggu. Sampai di Hospital Putrajaya, saya melapor diri kerana bayi dalam kandungan tidak bergerak hampir 24 jam.

 Setelah diperiksa, doktor pakar mencadangkan proses induce kerana bayi saya terlalu kecil dan sangat tidak aktif. Nak tahu perasaan saya? Masa tu saya langsung tiada perasaan  sebab pertama kali dan tidak merasa sebarang tanda-tanda awal kelahiran. Proses keguguran saya (anak sulong) berlaku dengan mudah apabila saya langsung tidak merasa sakit walaupun tidak diberikan sebarang ubat tahan sakit. Bangun dari tidur sahaja, katil hospital sudah dipenuhi darah. Apabila hendak membersihkan diri, bayi dan kantung keluar  serentak di bilik air. Setelah diperiksa, keguguran berlaku lengkap dan tiada sisa tertinggal di dalam rahim.

scan baby

Berbalik kepada kisah induce,kes saya terpaksa dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur, masa tu ambulans pun tiada. Suami saya menghantar sendiri saya ke HKL. Dalam hati macam tidak percaya saya akan melahirkan tidak lama lagi. Induce? Langsung tak mahu fikir. Esoknya hari Jumaat dan saya memang nak sangat bersalin pada hari Jumaat. Proses induce terbahagi kepada 2 iaitu melalui suntikan ke dalam pembuluh darah atau memasukkan ubat melalui lubang faraj dan saya diberikan kaedah kedua jam 11 pagi.

Keadaan di ward 3 Hospital Bersalin Kuala Lumpur langsung tidak mengganggu emosi saya. Tidak dinafikan riuh dengan suara tangisan bayi bersahut-sahutan dan tidak kurang juga ada ibu yang mengerang menahan kesakitan. Saya sempat melelapkan mata kerana semalaman tidak dapat tidur kerana menjalani pemeriksaan sebelum ditempatkan di ward menunggu.

labor pain

Pukul 2.00 petang perut mula rasa memulas. Sesudah makan tengah hari dan solat Zohor, sakit semakin kuat dan kerap. Saya yang seronok menyembang dengan makcik sebelah katil yang selamat melahirkan anak ke 11 kini kelu seribu bahasa. Muka dah tukar warna biru hijau. Pukul 4.00 petang, bukaan sudah 5 cm. Doktor yang memeriksa jalan hanya bagitahu, “Bagus puan, lepas ni boleh terus ke dewan bersalin”.

Suami datang melawat pada pukul 5.00 petang, saya sudah tidak mampu menjamah apa-apa makanan. Saya hanya mampu menjamah sebiji kurma dan secawan susu kambing sebagai bekal tenaga. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu, baru saya tahu penangan induksi. Saya masuk dewan bersalin jam 6.30 petang dan selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.08kg  jam 7.20 malam ditemani suami tercinta. Terlalu pantas dan inilah tujuan induksi, untuk mempercepatkan proses kelahiran. Tahukah anda, pengambilan vitamin C secukupnya membantu mengurangkan rasa sakit semasa proses bersalin?

baru lahir

Lahir pada hari Jumaat 21/9/2012

Apakah Itu Proses Kelahiran Secara Induce dan Siapakah Yang Memerlukannya?

Lazimnya tempoh kehamilan normal adalah antara 37 hingga 42 minggu. namun begitu kajian menunjukan bahawa akan berlaku risiko  kesihatan kepada bayi dalam kandungan sekiranya bayi masih belum dilahirkan selepas usianya 42 minggu. Oleh itu, kebanyakkan doktor akan menasihatkan proses induksi akan dilakukan selepas minggu ke 41 agar kelahiran berlaku sebelum minggu ke 42.

Kebanyakkan kes, wanita berjaya melahirkan bayi sebelum kandungan mencecah minggu ke 42. Namun begitu terdapat juga sesetengah wanita memilih untuk bertahan sehingga minggu ke 42 tetapi doktor akan sentiasa melakukan pemeriksaan antenatal 2 kali seminggu dengan memantau denyutan jantung bayi. Selain itu ibu perlu melakukan imbasan bagi memeriksa kandungan air ketuban bagi memastikan tiada sebarang risiko berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Graf menunjukkan peratusan minggu terawal ibu mampu melahirkan tanpa sebarang risiko.

Graf menunjukkan peratusan minggu terawal ibu mampu melahirkan tanpa sebarang risiko.

Terdapat 3 sebab Utama Proses Induksi Terpaksa Dilakukan  iaitu:

  1. Kesihatan Bayi – Sekiranya anda sudah terlebih hari (overdue) sehingga 7 hari, dibimbangiakan meningkatkan risiko terhadap kesihatan bayi sekiranya kehamilan dibiarkan berterusan.
  2. Komplikasi Kehamilan – Sekiranya anda mengalami masalah semasa  hamil seperti darah tinggi dan  kencing manis,induksi diperlukan untuk mengeluarkan bayi dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang risiko lain.
  3. Proses bersalin yang panjang – Sekiranya kantung ketuban sudah pecah namun proses bersalin yang dilalui memakan masa yang panjang, anda akan diber masa sehingga 24 jam sebelum do induksi untuk membantu mempercepatkan proses kelahiran.

Bagaimanakan Proses Perjalanan Induksi ?

birth-labor

  1. Langkah pertama induksi ialah memulakan kontraksi bagi membolehkan serviks melebar dengan lancar
  2. Pemeriksaan faraj akan mengesahkan sama ada serviks sudah mula melebar ataupun tidak sebelum keputusan memberi induksi diputuskan
  3. Sekiranya serviks masih belum terbuka, hormone prostaglandin akan digunakan dalam proses ini dimana ia dimasukkan ke dalam faraj sama ada dalam bentuk tablet, gel atau pessary. Ia akan berfungsi dengan perlahan-lahan dan membemaskan hormon berkenaan dalam masa 24 jam, melembutkan pangkal rahim dan memulakan sakit bersalin.
  4. Sekiranya serviks mula terbuka tetapi kontraksi masih belum kuat dan tetap, langkah seterusnya ialah memecahkan kantung ketuban.
  5. Ada sesetengah wanita tidak memerlukan kaedah memasukkan hormon untuk peringkat awal terutamanya yang pernah melahirkan tetapi bukaan serviks terlalu sedikit untuk tempoh yang lama. Ibu tersebut terus boleh dipecahkan kantung ketuban.
  6. Kantung ketuban dipecahkan dengan cangkuk plastic dan air ketuban akan meleleh tanpa henti buat seketika.
  7. Sekirannnya langkah ini tidak berkesan, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan hormon syntocinon yang akan disuntik ke dalam salur darah. Langkah ini akan beransur-ansur meningkatkan kekuatan kontraksi dan melebarkan bukaan serviks sehingga benar-benar terbuka sepenuhnya.
  8. Syntocinon sangat kuat dan denyutan jantung bayi dalam kandungan akan sentiasa dipantau bagi memastikan bayi kekal sihat sebelum selamat dilahirkan.

Sebenarnya tiada yang tetap diperuntukkan untuk sekali dos induksi. Ada wanita yang berjaya melahirkan beberapa jam selepas induksi. Malah proses ini mungkin mengambil masa beberapa hari bergantung  kepada jenis ubat penahan sakit yang diambil dan sama ada anda memberi tindak balas kepada hormone.

Perkara ini mengimbau kisah adik saya dimana beliau memerlukan induksi apabila kehamilan mencecah 41 minggu. Setelah di induksi 4 hari, bukaan rahim masih 4cm. Akhirnya adik saya terpaksa bersalin secara pembedahan (Ceaseran) selepas overdue 9 hari. Hal ini kerana ada sesetengan tubuh wanita belum bersedia untuk melalui proses kelahiran. Perlu diketahui bahawa proses induksi tidak semestinya anda melahirkan pada hari yang sama dan ianya memakan masa.

Namun begitu, terdapat juga situasi dimana proses induksi tidak dapat dilakukan sekiranya doktor mendapati uri berada di bawah (plasenta praevia), bayi berkedudukan kelintang atau kepala bayi tidak berapa pada tulang pinggul (engages) atau tali pusat bayi berada di bawah atau mungkin terkeluar dahulu jika kantung ketuban bocor hiingga boleh menyebabkan kematian bayi. Antara sebab lain anda tidak boleh di induksi  ialah jika anda pernah menjalani pembedahan pada rahim (fibroid atau membaiki anatomi rahim yang abnormal).Kepada sahabat saya yang menanti  waktu, semoga yang terbaik untuk anda semua. Selamat berjuang!!

Artikel Menarik Untuk Dibaca :

[ Untuk Suami Budiman, Dapatkan Set Bersalin Terbaik Untuk Isteri Tercinta]

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.