Penyusuan susu ibu adalah suatu perjalanan yang sangat mencabar. Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu terutamanya bagi ibu-ibu yang merupakan pengalaman pertama melahirkan dan menyusukan bayi. Tidak kurang juga ada ibu-ibu yang kecundang dalam meneruskan perjuangan untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan. Adakah begitu sukar untuk menyusukan bayi?
Ketahui Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Menyusu
Selalunya ibu-ibu akan mengharungi saat-saat genting ini pada 2 minggu pertama selepaps kelahiran. Oleh itu ibu-ibu perlu mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dan cara untuk menghadapinya. Antaranya ialah:
Bengkak Susu
Sekiranya bayi tidak menyusu dengan betul dan kurang diberikan susu badan, susu akan berkumpul dan buah dada menjadi padat, Ini menyebabkan buah dada menjadi keras, berat dn sangat sakit sehingga adanya istilah demam susu.
Penyelesaian
- Perah dahulu susu agar payudara sedikit lembut sebelum meyusukan bayi.
- Payudara yang bengkak menyebabkan aliran susu tidak lancar.
- Tuam buah dada dengan tuala panas untuk melegakan kesakitan.
Puting Merekah dan luka
Perkara ini berlaku apabila bayi menghisap bahagian putting sahaja, bukan areola.
Penyelesaian
- Pilih kedudukan penyusuan yang betul dan selesa.
- Dekatkan bayi dengan buah dada dan pastikan bayi menghisap bahagian puting dan areola.
- Sapukan susu pada puting untuk membantu memulihkan putting (elakkan penggunaan krim atau losyen).
- Dedahkan putting kepada udara dengan kerap. Elakkan memakai coli sehingga kesakitan reda.
- Berjumpa doktor sekiranya terlalu sakit. Sementara itu, perah susu untuk mengelak penghasilan suus terjejas.
Kekurangan Susu
Penghasilan susu bergantung kepada konsep “Supply & Demand”. Antara punca kekurangan susu ialah:
- Bayi tidak diberi penyusuan sekerap yang dikehendaki
- Memberi bayi menghisap sebelah payudara sahaja.
- Ibu tidak yakin dengan penghasilan susu atau keupayaan diri untuk menyusu.
- Ibu mengalami tekanan perasaan.
Penyelesaian
- Susui bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam). Gerak bayi sekiranya bayi anda tidur.
- Susui bayi menggunakan kedua-dua belah payudara
- Ubat menu dan diet anda semasa menyusu. Pilih makanan yang meangsang penghasilan susu.
- Yakin pada diri sendiri yang anda mampu menyusukan bayi anda serta tenangkan fikiran.
Oleh itu, ibu-ibu yang menyusukan anak amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang terdekat terutamanya suami. Ibu yang sentiasa ceria dengan emosi yang stabil juga mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Cara Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu Dengan Cara Sihat Dan Semulajadi
Seperti yang saya katakana sebelum ini, penyusuan susu ibu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Untuk menjayakan penyusuan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan , banyak faktor yang perlu diambil perhatian. Sebenarnya tiada istilah susu tiada atau berkurang, apa yang penting adalah sebagai ibu kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan memenuhkan ilmu didada mengenai teknik penyusuan yang betul.Selain itu, ibu-ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai azam yang tinggi untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Di sini saya ingin kongsikan makanan yang boleh diambil oleh ibu untuk menggalakkan atau menambahkan penghasilan susu atau milk booster :
- Lobak putih
- Longan Kering
- Kurma
- Pucuk betik/betik muda
- Halba
- Habbatussauda/jintan hitam
- Pucuk pisang
- Daun cekur/pucuk manis
- Kacang soya
- Kekacang
- Jambu batu
- Sayuran hijau (sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda)
- Daun atau pucuk meranti
- Oat
- Madu
- Barli
- Pucuk pegaga
- Daun kucai
- Susu/produk tenusu
- Teh hijau jepun
- Bawang putih
- Kacang merah
Namun begitu, ibu-ibu juga perlu mengelak beberapa jenis makanan antaranya:
- Makanan laut yang tinggi kandungan merkuri
- Minuman berkafein
- Minuman bergas
- Minuman beralkohol
- Buah-buahan citrus yang terlalu tinggi kandungan vitamin C
- Makanan yang diketahui mendatangkan alahan kepada bayi
- Makanan pedas dan berempah
Setelah mengetahui masalah penyusuan dan makanan yang merangsang penghasilan susu, bagaimana pula teknik penyusuan yang betul? KLIK SINI untuk mendapatkan 20 teknik penyusuan yang betul.
Selain itu, anda juga boleh mencuba Set Penyusuan Shaklee yang mana ia terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan khidmat nasihat.
Artikel Menarik untuk Dibaca:
- Senarai Hospital Rakan Bayi Di Malaysia
- Pengurusan Susu Semasa Travelling Menaiki Flight
- Set Bersalin Terbaik Dari Shaklee
- Tanda-Tanda Awal Kelahiran
Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Bangi – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin