Panduan Mudah Dan Cepat Membuat Puri Yang Berkhasiat Untuk Bayi

Hari ni hanya nak santai-santai, kita explore makanan yang boleh dijadikan puri untuk bayi 6 bulan ke atas. Sudah pasti ibu-ibu mula excited untuk menyediakan makanan buat bayi anda. Sesungguhnya air tangan ibu ni banyak manfaatnya. Tetapi ibu perlu tahu, penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun juga perlu diteruskan.

pola-makan-balita

Namun begitu, anda perlu juga memehati sama ada bayi anda sudah sedia atau belum untuk menerima makanan. Apabila bayi anda telah berusia 6 bulan anda boleh menguji kesediaannya menerima makanan baru dengan cara:

  • Bayi anda boleh menegakkan kepala apabila didudukan
  • Menolak lidahnya ke atas dan ke luar apabila diletakkan makanan ke dalam mulutnya
  • Anda boleh menguji dengan meletakan sedikit makanan pada hujung lidahnnya, jika bibirnya ditutup atau bayi menolak ,ini bermakna bayi anda belum bersedia
  • Bayi anda mungkin meleleh air liur, membuka mulut apabila melihat anda makan
  • Bayi anda menangis dengan lebih kerap antara waktu makan, ini menunjukkan pemberian susu tidak lagi mencukupi bagi bayi anda!

Apa itu 4 Day Rules?

4 days rules adalah teknik atau cara untuk memastikan bayi mempunyai alahan ataupun tidak. Ibubapa tidak perlu gopoh untuk memberikan pelbagai jenis makanan kepada bayi bagi tujuan merasa. Tahukah anda, pada usia 6 bulan bayi belum pandai merasa tetapi tubuh mereka akan menunjukkan tindaakbalas sekiranya bayi mengalami alergik terhadap makanan tersebut. Kadangkala bayi akan sembelit atau cirit sekiranya makanan tersebut tidak sesuai untuk perut mereka.

Solid Food Baby

Bagaimana pula sekiranya ibu mahu mencampurkan makanan/puree tersebut? Ibu perlulah ada jadual untuk mencampurkan makanan bayi tanpa mengabaikan 4 day rules. Anda boleh rujuk seperti jadual di bawah.

weaning food

Cara Membuat Puree

Sebelum merancang untuk membuat puri, ibu perlu tahu jenis buah atau sayuran yang boleh diberikan kepada bayi mengikut usia mereka.

cartamakanbayi

Ok seterusnya, di bawah adalah langkah-langkah menyediakan puri sayur dan buah-buahan.

2179

Bagaimana untuk menyimpan puri?

Puri yang disimpan di dalam peti beku boleh bertahan sehingga 3 bulan, sama seperti susu ibu. Jika disimpan di peti sejuk sahaja, ia mampu bertahan sehingga 3 hari. Untuk penyimpanan puri, saya syorkan ibu anda menggunakan bekasyang  bertutup. Saya lebih suka menjadikan puri dalam bentuk kiub.

puree kurma 1

Bekas kiub berpenutup seperti di atas boleh didapati di GIANT. Ok, selepas kiub puri beku, anda boleh mengeluarkan puri tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas yang lebih besar dan dimasukkan ke dalam peti beku semula. Ambil beberapa kiub yang diperlukan sahaja untuk diberikan kepada bayi. Contoh seperti di bawah.

IMG_5421

Bagaimana cara paling mudah menyuap anak? Sekarang sudah moden, ada bekas yang hanya perlu picit sahaja, keluarlah makanan ke dalam sudu lalu disuap ke mulut bayi. Ia lebih memudahkan sekiranya berada di dalam perjalanan. Namun begitu, menyuap anak menggunakan sudu biasa seperti gambar yang paling atas masih praktikal dan lebih selesa untuk memberi anak makan di rumah.

Boon spoon collage 12 8 10

Menarik bukan? Pengalaman saya membuat puri untuk anak sulong sangat menyeronokkan. Perasaan seperti main masak-masak. Dengan warna makanan yang menarik, saya berasa sangat teruja. Lebih happening lagi apabila anak makan macam magik. Masuk mulut terus hilang.

Puri kegemaran anak saya adalah puri keledek ungu. Bukan anak sahaja yang suka, kami sebagai parents ni terliur jugak, makan keledek rebus. Dengan cara ini anak saya juga didapati alergik kepada pisang. Apabila diberikan pisang, anak saya akan muntah dan cirit.

Akan tetapi, sehingga ke suatu tahap, anak saya mula hilang tumpuan kepada makanan dan berat pula hanya naik sedikit sahaja. Kanak-kanak berusia setahun ke atas lebih banyak untuk explore persekitaran mereka. Namun begitu saya  tidak bimbang dengan khasiat yang diterima. Saya berikan anak saya Meal Shakes Shaklee yang kaya dengan vitamin dan mineral, baik untuk tumbesaran dan imunitinya sebagai kanak-kanak yang ceria dan cergas. Alhamdulillah, semakin hari semakin banyak perkara baru yang dipelajarinya.

Jom saksikan apa ibu-ibu ini lakukan bagi anak yang kurang selera makan dan sering sakit.

 

Ok, setakat di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini, tahun depan kita main masak-masak lagi ye. menanti kelahiran anak kedua November ini. InsyaAllah. Selamat mencuba ye ibu-ibu semua.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge