Misteri HQ Shaklee di Empire Gallery Subang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi-pagi isnin selalunya memang blues lah..tapi dari melayan blues,baik melayan misteri…baru mencabar minda, betul tak?

Apa yang misterinya HQ Shaklee di EMPIRE Gallery, Subang?

Suatu hari seorang kawan bertanya di mana HQ Shaklee? Senang je jawab, tingkat 3A, Empire Gallery Subang. Then kawan bertanya,” Tingkat 4 tak ada ye?”.  Mati-mati pertahankan yang tingkat 4 ada,lepas tingkat  3A la. Kawan yang first time dating ke HQ senyap je.

Comfirm!! Saya yakin dengan jawapan tanpa bukti yang sahih. Logik kan? Lepas tu berkobar-kobar nak ke HQ Shaklee,nak buktikan yang saya ni betul 100%..Dalam hati “kalau dapat ambil gambar botton lif ni memang masak la kau!”

Jeng..jeng..jeng!!!

mystery

Tips Mengatasi Masalah kekurangan Platelet Secara Semulajadi

Masalah kekurangan Platelet

Platelet amat penting dalam mekanisma hematosis yang membantu dalam proses pembekuan darah. Kekurangan platelet boleh menyebabkan pendarahan dan Demam Berdarah Dengue (DBD) serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.Lalu membuka mata betapa bahanyanya kekurangan platelet dalam darah.

Ok,sebelum tu jom kenal-kenal dulu dengan platelet. Platelet ni dalam bahasa sains juga dikenali sebagai  trombosit,keping darah atau plat darah. Platelet merupakan komponen dalam darah yang sangat penting. Pletelet memiliki bentuk tidak seragam di mana ia juga tidak memiliki warna,tidak berisi, lebih kecil dari sel darah merah dan sel darah putih serta mudah pecah.

Jom Tonton Dulu Apa Kata Pakar Nutrisi Kami Mengenai Denggi,Masalah kekurangan Platelet

8 Punca Keguguran Bayi

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku pada trimester pertama iaitu dalam 12 minggu pertama. Perkara ini tidak mustahil berlaku walaupun sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil. Dianggarkan sebanyak 75% daripada semuaa persenyawaan akan gugur pada 12 minggu pertama ini.

Antara puncanya ialah :

6b1bf-quranpadakromosom

 

1. Kromosom tidak Normal

  • Kromoson adalah struktur yang membawa genetic terdiri dari 23 pasang,2 set dari ibu dan 1 set dari bapa. mengikut kajian 60% keguguran disebabkan oleh kromosom tidak normal.
  • Hal ini berlaku apabila ovum dan sperma bertemu, salah satu kromosom akan menjadi rosak dan embrio yang terbentuk menpunyai kromosom yang tidak normal dan mengakibatkan keguguran.
  • Jika terjadi keguguran kali pertama, anda jangan terlalu risau. Peluang anda untuk hamil selepas itu adalah tinggi. Namun sekiranya mengalami keguguran lagi.anda disarankan untuk membuat ujian kromosom di makmal dan jika didapati kromosom tidak normal,anda boleh merujuk pakar genetik.

Keguguran Kandungan Pertama Adalah Normal. Kenali Simptom Keguguran.

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Mengimbau kisah 2 tahun yang lalu,setelah 7 bulan berumahtangga,Alhamdulillah saya disahkan hamil. Tetapi rezeki masih bukan milik kami,anak yang dikandung meninggal pada usia kandungan 15 minggu. Namun bayi saya gugur genap pada usianya 17 minggu di Hospital Kuala Pilah.Teringat tarikh ini, 13/12/11. Menarik pada nombor tetapi rindu bila dikenangkan.

Ramai  pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan akan mengalami keguguran. 20% -30% dari kandungan pertama akan mengalami keguguran namun potensi  untuk hamil semula adalah sehingga 85%-90%.

keguguran awal

Keguguran Di Awal Kehamilan

Penyakit Asma/Athsma,Cegah Sebelum Parah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia healthyvitagarden.com. Alhamdulillah masih mempunyai masa untuk meluangkan masa dan  berkongsi info bermanfaat buat anda dan diri saya juga.

Hari yang indah,pagi yang ceria ..Mengimbau kenangan 21/9/2012 di Hospital Kuala Lumpur, berjuang melahirkan insan suci ke dunia manakala pada hari lahir anak saya yang pertama 21/9/2013, terpaksa ke bahagian kecemasan Hospital Serdang kerana saya diserang athsma.

Sememangnya saya merupakan penghidap athsma sejak kecil lagi. Tetapi penyakit ini hilang setelah saya aktif bersukan dari sekolah rendah hingga ke Universiti. Namun penyakit ini datang menjengah kembali sejak hamil anak sulong. Mahu atau tidak, hari demi hari pelbagai info telah saya gali untuk dikongsikan bersama. So,apa-apa pun kita perlu kenali dulu apakah yang dimaksudkan dengan  penyakit athsma.

asma1