Senarai Milk Booster Paling Popular Di Kalangan Ibu Menyusu

Apa itu Milk Booster?  Milk Booster adalah satu istilah di mana ia merupakan makanan yang mampu membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Tidak dinafikan, sesetengah ibu tidak memerlukan milk booster ini kerana penghasilan susu ibu bergantung kepada “demand & supply” serta mind set si ibu. Ada juga penghasilan susu dipengaruhi oleh keserasian terhadap breastpump. Namun begitu, penyusutan hasil tuaian susu akibat keletihan, stress, datang haid dan pelbagai faktor lain menyebabkan ibu-ibu mencari makanan yang serasi dengan badan mereka untuk membantu meningkatkan semula penghasilan susu.

milkbooster-susu-badan-meriah

Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan usia puteri saya Nurul Izzah dan masih fully breastfeeding. Minggu hadapan saya sudah mula kembali bekerja. Sebagai ibu bekerja yang menyusukan anak, menyimpan stok untuk bekalan anak bersama pengasuh adalah penting dan tuaian haruslah mencukupi. Untuk mengekalkan jumlah tuaian yang memberangsangkan, mind set, supply & demand serta pemakanan yang berkhasiat perlu dititikberatkan. Pelbagai milk booster kini menjadi trend ibu-ibu untuk dicuba bagi meningkatkan penghasilan susu antaranya:

1. Air Rebusan Longan Kering dan Kurma Merah

red

Rasanya sangat sedap dan senang untuk disediakan. Jika anda membeli  red dates dan dry longan, hanya perlu basuh dan masukkan ke dalam periuk bersama air, masak sehingga kembang kemudian tapis airnya. Tambah sedikit gula secukup rasa. Anda juga boleh mendapatkannya dalam bentuk serbuk 3 in 1, hanya perlu tambah air. Jangan tak tahu, minuman ini juga terdapat dalam bentuk minuman dalam tin. Namun begitu ia sedikit manis. Tambah sedikit air untuk rasa yang menyegarkan.

2. Lobak Putih

lobak

Seronok say baca mengenai lobak putih sebagai milk booster ni. Makan waktu malam, esok pagi bengkak susu. Fuhh, bestkan? Macam mana nak sediakan lobak putih ni? Hanya perlu rebus seperti masak bening atau lebih mudah, campurkan bersama sup ayam. Resepi terbaru yang saya jumpa, lobak putih ini boleh dibuat fries chip. Buang kulit, potong nipis dan salutkan dengan tepung (tambah sedikit garam & serbuk kari sebagai perasa). Goreng sehingga garing dan dimakan bersama sos. Mantop!!

3. Sayur Sawi

SAMSUNG DIGITAL CAMERA

 Selain dipercayai meningkatkan penghasilan susu, sayur sawi juga mampu melancarkan system pencernaan dan mengelak dari sembelit. Ia mengandungi vitamin A, B2, B6, C, Zat besi dan protein. Ia bagus diamalakan sejak hamil kerana sawi juga membantu mencegah hipertensi dan anemia semasa hamil.

4. Durian

durian

Ramai tidak tahu durian boleh dimakan semasa menyusukan anak dn ia adalah salah satu milk booster saya. Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan dan sangat bagus untuk kesihatan.

5. Keju a.k.a Cheese

tips-menyimpan-keju-yang-benar-agar-tidak-berjamur

Penggemar keju pasti teruja bukan? Cheese bukan sahaja sedap malah ia merupakan bonus bagi ibu-ibu di mana membantu penghasilan susu.  Keju kaya dengan vitamin A, B2, B6, B12, kalsium dan protein tetapi awas, pengambilan keju dengan kadar yang tinggi adalah tidak bagus kerana turut mengandungi lemak yang tinggi.

6. Barli

barli

Barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Hanya perlu rebus barli bersama air. Ambil airnya dan sedikit bijirin barli yang telah direbus, tambah sedikit gula untuk rasa yang lebih enak.

7. Bawang putih

khasiat-bawang-putih-untuk-kulit

Selain mempunyai ciri-ciri penyembuhan, bawang putih juga dikatakan membantu dalam meningkatkan bekalan susu ibu. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang ibu-ibu mengambil bawang putih cenderung untuk menyusu untuk masa yang lebih lama dan bayi suka akan rasa susu ibu. Bawang putih adalah ramuan penting dalam menu ibu berpantang. Sekarang anda juga boleh mendapatkan bawang putih dalam bentuk pil (Garlic Shaklee)

8. Halba

halba-01

Halba antara milk booster yang popular di kalangan ibu menyusu di negara kita. Ia juga dikenali sebagai Fenugreek yang mudah didapati di kedai runcit dan supermarket. Bila saya terbaca sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”(books of sufi healing) jelas menunjukkan halba sangat bagus bukan sahaja kepada ibu menyusu malah unutk kesihatan segenap masyarakat.

9. Makanan Sunnah

madu-kurma-01

3 makanan sunnah yang biasa kita dengar untuk meningkatkan penghasilan susu adalah madu, habbatussauda dan kurma. Ya, tidak syak lagi! Selain dapat mempelbagaikan menu dengan makanan sunnah ini, ia juga boleh dimakan begitu sahaja.

10. Suppliment Atau Vitamin

Tahukah anda tidak semua nutrisi makanan yang diambil secara alami dapat diserap sepenuhnya oleh badan. Oleh itu badan memerlukan makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai vitamin bagi menampung keperluan tubuh bagi memastikan ibu kekal sihat dan cergas bagi menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi. Antara suppliment yang boleh diamalkan adalah:

  1. ESP (Energy Soy Protein)

ENERGIZING-SOY-PROTEIN-ESP-SHAKLEE-1

  • Ibu menyusu pasti cepat lapar dan dahaga. ESP membantu ibu menyusu agar kenyang lebih lama dan ia mudah disediakan. RESEPI ESP
  • Kandungan protein yang tinggi menjadikan ibu lebih cergas dan sentiasa bertenaga untuk meneruskan penyusuan bayi.
  • Protein menjadikan susu ibu semakin pekat dan berkhasiat.
  • Bonus untuk kulit ibu dan bayi. Selepas bersalin biasanya pasti ada stretch mark bukan? ESP membantu memudarkan stretch mark. Luka lepas bersalin pun cepat pulih.

2. Alfalfa Complex

alfafa1

  • Alfalfa mengandungi sumber serat,protein dan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Alfalfa sendiri mempunyai sifat yang merangsang penghasilan susu ibu.

3. Ostematrix

zinc

  • Ostematrix merupakan sumber kalsium ekslusif yang sangar diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Ramai yang memandang remeh mengenai kalsium tetapi tahukah anda ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari untuk menghasilkan susu ibu.
  • Pastikan kalsium yang diambil mengandungi vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang berkesan dan mampu mengelak karang dalam buah pinggang.

Sekian sahaja senarai milk booster yang dapat saya simpulkan serba sedikit. Sebenarnya banyak lagi milk booster dan setiap ibu tidak semestinya mempunyai milk booster yang sama.  Pendek kata, makanan yang memberikan kesihatan akan menjadikan kita sihat, kurang stress, ceria, gembira dan positif menjana minda yang positif mampu memberi signal kepada otak untuk menghasilkan susu yang banyak. Oleh itu, mind set sebenarnya turut dipengaruhi oleh emosi dan kesihatan yang baik.

Jom saksikan video Puan Farah Wahida yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN  sehingga sanggup…………………..

.

Penyusuan bayi merupakan suatu perjalanan yang sememangnya sukar dan memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang ibu. Pilih pemakanan yang tinggi dengan protein,kalsium . dan serat bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga untuk menghasilkan susu yang pekat dan meriah.

Happy breastfeeding mommies!!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

1 comment for “Senarai Milk Booster Paling Popular Di Kalangan Ibu Menyusu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.