Mengapa Wanita Mengandung Berasa Panas Dan Banyak Berpeluh

Setiap kali mengandung saya mengalami masalah badan menjadi panas dan berpeluh dengan banyak. Hampir setiap malam terpaksa bangun untuk mandi kerana tidak selesa. Di pejabat pula, merasa diri busuk kerana peluh melekit walaupun bekerja di dalam berhawa dingin. Dari anak sulong lagi saya ada 4 hingga 5 pasang baju kelawar, ia agak selesa dan material tidak terlalu tebal. Kipas memang dipasang pada level yang paling laju. Mengapa wanita mengandung akan berasa panas dan lebih banyak berpeluh berbanding normal?

mencegah-rasa-gerah-semasa-hamil

Punca Ibu Mengandung Kerap Berpeluh dan Berasa panas

Kebiasaannya gejala ini bermuda dari 6 minggu pertama kehamilan dan menjadi semakin serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu. Keadaan kepanasan yang serius boleh menyebabkan ibu mengandung sentiasa dahaga yang luar biasa, pitam dan pengsan. Antara puncanya adalah:

  • Penghasilan hormon progesteron yang banyak membantu membuka saluran kecil darah yang berhampiran dengan permukaan kulit menyebabkan ibu mudah merasa panas dan berpeluh
  • Metabolisma badan meningkat semasa mengandung
  • Peningkatan bekalan dan peredaran darah. Aliran darah menjadi lebih laju berbanding normal.

Namun begitu, ibu-ibu perlulah peka sekiranya suhu badan meningkat lebih dari biasa. Kemungkinan bukan disebabkan oleh punca-piunca di atas tetapi disebabkan jangkitan kuman pada tubuh.

Tips Kawal Gejala Kepanasan Dan Kerap Berpeluh

25_ShowerFaucets_Portsmouth

1. Pakai pakaian yang sesuai.

Ibu hamil disarankan memakai pakaian yang menyerap peluh, fabrik yang lebih ringan, longgar dan tidak terlalu tebal seperti cotton. Fesyen dan fabrik yang tidak sesuai akan menyebabkan anda kurang selesa dan kepanasan.

2. Elak melakukan aktiviti yang mengundang panas.

Sekiranya anda ibu hamil yang aktif, elakkan melakukan aktiviti outdoor dan terhadkan kepada aktiviti di tempat yang teduh atau indoor. Berenang antara aktiviti yang sangat sesuai untuk mengawal suhu badan.

3. Elak berada di tempat yang panas.

Tempat yang panas bukan sahaja berada di bawah sinaran matahari, ibu hamil juga tidak digalakkan berada di tempat yang sempit dan berasak-asak. Ia mampu menyebabkan ibu hamil mudah pitam.

4. Sejukkan badan

Cara paling mudah adalah dengan berada di tempat berhawa dingin atau berkipas. Mandi dengan kerap juga membantu mengurangkan rasa panas badan.

5. Banyakkan minum air kosong

Kita menjadi lemah,lesu dan mudah letih sekiranya badan kekurangan air. Selain mengelakkan dehidrasi, minum banyak air kosong juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong dan lebih sekiranya melakukan banyak aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh.

minum

Maka tidak hairanlah ibu hamil sering merasa dahaga walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat. Pendek kata, penyelesaian paling mudah adalah kita perlu meminum banyak air kosong bagi memastikan bendalir dalam badan kekal seimbang dan ia membantu untuk mengawal suhu badan.  Amalkan pemakanan berkhasiat semasa hamil bagi memastikan anda kekal cergas dan bertenaga.

Minuman Yang Membantu Mengekalkan Kecergasan Ibu Hamil

IMG_6644

Minuman apakah yang special ni ya? Selain mengamalkan Set Ibu Hamil, anda juga boleh  mengambil Performance Orange Drink Shaklee yang sangat membantu menyeimbangkani kandungan eletrolite dalam badan sekaligus mengawal suhu agar tidak terlalu tinggi.

Selain itu, Performance drink ini membantu ibu hamil kekal cergas. Ia merupakan satu-satunya minuman kecergasan tanpa gula dan karbonat, selamat bagi ibu hamil. Ia juga mampu mengurangkan morning sickness di awal kehamilan. Berubahlah sekarang agar perjalanan kehamilan anda menjadi begitu indah.

Artikel menarik Untuk Dibaca:

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge