Mengapa Suami Tidak Boleh Buat Banyak Perkara Dalam Satu Masa?

Wanita Begitu Istimewa : Mengapa Suami Tidak Boleh Buat Banyak Perkara Dalam Satu Masa?

Siap-siap kerja ofis, rehat-rehat minda sebentar sambil layan video ni, serius jadi rindu pula pada sang Arjuna.  Boleh saya tergelak sorang-sorang bila hampir 99% yang dikatakan dalam video ni memang kena dengan lelaki. Maaf ye En. Suami Perfect 10 ku, memang ada betulnya kan? Rasanya kalau puan-puan bagi suami tengok pun  boleh sengeh sorang-sorang. Apa respon si suami?

Saya memang suka membaca dan menonton video-video yang membandingkan wanita dan lelaki. Sebab apa? Untuk kita lebih faham dan menghargai pasangan kita yang sememangnya takkan pernah sama dengan kita. Bukan sahaja dari segi tingkahlaku  malah pemikiran, percakapan dan lain-lain lagi, setuju tak? Dan yang paling ketara, lelaki tidak boleh multitasking macam wanita. Setuju tak?

Pernah tak anda sedang siap-siapkan anak sambil pot pet pot pet pot pet mintak tolong, suami macam kaku, lepas tu siap tanya, “Ada apa abang boleh tolong?” Hahaha, macam dengar sepatah-sepatah tapi hakikatnya tidak. Sebenarnya lelaki memerlukan focus untuk membuat sesuatu kerja. Tidak seperti wanita, mulut cakap, tangan pakaikan anak baju, kaki berlari kejar anak, telinga dengar sambil mata tengok rancangan memasak. Mujur la mesin basuh automatic, boleh gerak sendiri.Betul tak?

head-scratch-2-13

Biasa lelaki tidak akan buat 2 perkara dalam 1 masa. Tidak heran semasa zaman belajar, lelaki hanya akan dengar dan lihat sahaja lecturer di hadapan, mulut nganga kadang mata pun pejam. Pelajar wanita, dengar, tulis nota pen warna warni, dengan peta minda lagi. Bila tengok je mereka ni macam kosong je, padadal otak tengah scan dan muat turun data. Setuju kaum lelaki?

Sama juga seperti di rumah, memang suami tolong masak tetapi masak sahaja. Tolong basuh kain guna mesin tapi sidai nye tidak. Mandikan anak setel, bilik air macam theme park. Itu normal bagi lelaki, jangan ada yang meroyan pula. Suami tolong dah cukup bersyukur kan?

multi_091611014657

Pada mulanya sukar juga saya untuk membiasakan diri dan memahami sikap lelaki ni. Maklum la, sebenarnya dalam alam rumahtangga la baru kita betul-betul dapat mengenali pasangan kita, ye tak? Alhamdulillah baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 4, saya bersyukur kerana suami banyak membantu walaupun hasil kerja tangan nya tidaklah sesempurna yang wanita mampu buat.  Suami kalau main game kat hanphone memang tak jadi apa dah, baju anak pun lain warna lain pasangan. Cakap tepi telinga pun tak berapa nak masuk. Kalau Nampak keluar perkataan dari mulut kita, rasanya melantun-lantun keluar balik. Errrr, tapi awak sweet..hihi.

Percaya tak dalam memasak wanita boleh buat lebih dari 5 perkara lain? Ok saya cuba senaraikan, sambil masak isteri mampu bancuh air, basuh pinggan, basuh kain, mandikan anak, pakaikan baju, sidai kain, lap air tumpah, kemas meja makan, layan mesej dari customer,fuhhhhh. Agak-agak lama sikit kerjanye, perlahankan api dapur, ye tak? Skill ni mak-mak je boleh buat kan? Jadi sambil-sambil buat kerja rumah dan sambil online urus business, saya masih boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Tapi kalau buat telur goreng je memang takde la kerja sampingan tu.

Walau apa pun perbezaan kita, janganlah ia dijadikan asbab untuk berantakan. Wanita ada kelebihannya yang tersendiri, begitu juga lelaki. Ya, memang kita berbeza tetapi setiap pasangan itu ada titik pertemuan yang menyempurnakan sesebuah hubungan itu. Bila difikirkan semula, mengapa lelaki merupakan kepala keluarga? Ya, sekiranya wanita menjadi kepala keluarga, mahu nya suami di cerai talak hari-hari kerana wanita melakukan sesuatu perkara lebih banyak menggunakan emosi. Akan tetapi emosi inilah yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak.

Bercinta Selepas Kawin

Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan sebagai suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak. Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Quran, dan juga dalam hadis Rasulullah SAW. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

marah4

Rasulullah SAW bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud :

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

kisah-cinta-romantis-dari-islam-indah-d-cea7af

Oleh yang demikian,hargailah kelebihan dan terimalah kekurangan masing-masing. Gunakanlah kelebihan yang ada itu sebaiknya dan sempurnakan kekurangan seadanya. Sayangi keluarga anda, fahami suami anda. Keberkatan kita untuk isteri terletak pada suami, jaga keberkatan kita insyaAllah, Allah akan jaga kita dan permudahkan segala urusan kita. Semoga kita dapat menjadi isteri mithali yang disayangi oleh suami dan Allah.

Ps: Jangan lupa share entri ni dengan suami masing-masing ye!

kolohuhu

 Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

4 comments for “Mengapa Suami Tidak Boleh Buat Banyak Perkara Dalam Satu Masa?

  1. f March, 2015 at 12:55 am

    ohh..

    tak boleh ke?

    diorang saja aje tu sebenarnya..
    titan recently posted…Top Affiliate Klikjer – Februari 2015My Profile

    • f March, 2015 at 1:38 am

      Secara psikologinya..tapi lelaki boleh boleh je buat banyak perkara dalam banyak masa..hihi

  2. f March, 2015 at 12:38 am

    suami sangat beruntung dapat isteri yang taat dan isteri pula terlalu beruntung suami yang bertanggungjawab..
    Hero Borneo recently posted…Kelahiran Blog WordPress Yang BaruMy Profile

  3. f March, 2015 at 3:52 am

    wahhhhh….si suami baca ni seronok la… betul suami saya pon kalau suruh 1 tak buat,pastu minta tolong perkara kedua tak buat lagi…minta tolong perkara ketiga…so perkara 1 dan 2 dah lupa nak buat….
    fuzy recently posted…UPT Samar Sangat Mengandung Atau TidakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge