Mengapa Rahim Bengkak?

Assalamualaikum…

Berkaitan dengan isu yang melanda mengenai masalah rahim bengkak, saya ada merujuk blog Dr Malinda di mana ia jelas menggambarkan situasi sebenar apakah punca rahim bengkak, tanda-tanda, makanan yang perlu dielakkan, rawatan serta makanan yang membantu memulihkan masalah ini. Diharap perkongsian kali ini mampu memberi manfaat kepada pengunjung setia healthyvitagarden.com. Di bawah adalah rajah struktur rahim seorang wanita. Ia merupakan rumah bagi kita selama lebih kurang 40 minggu di dalam kandungan ibu. Sifatnya sangat unik dan merupakan salah satu anugerah tidak ternilai dari Maha Pencipta.

rahim

Secara anatominya, sistem reproduktif wanita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Kebanyakan wanita tidak pasti masa ada uterus atau ovary yang sebenarnya membesar. Kebiasaannya mereka hanya akan mengatakan bahawa rahim mereka bengkak. Oleh itu, sekiranya anda berhadapan dengan masalah sebegini, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan diagnosis dan khidmat nasihat doktor sama ada uterus atau ovary yang membengkak. Kemudian, anda boleh membawa gambar untrasound (scan) yang telah dibuat untuk merujuk kepada pakar.

mri_sagital1

Apakah yang dimaksudkan dengan Rahim Bengkak?

Masalah rahim bengkak di dalam bahasa sains nya disebut sebagai Uterine fibroid atau Ovarian Cyst. Menurut kajian, 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka langsung tidak mengetahui tentang perkara ini sehinggalah di diagnosis oleh mana-mana doktor dan secara kebetulan dikesan semasa melakukan scan atau ultrasound terhadap rahim mereka. Namun begitu, dalam 99% kes uterine fibroid, ia bukan sejenis kanser.

(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]

bedah fibroid

Sehingga kini masih belum ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah punca sebenar berlakunya uterine fibroid atau ovarian cysts. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan bahawa rahim anda membengkak hanya disebabkan oleh satu perkara sahaja samaada diet, produk mahupun suppilment. Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku dengan kombinasi beberapa faktor antaranya:

4 Faktor Utama Berlakunya Fibroid Dan Cyst

1. Hormon estrogen berlebihan

Chart1

  • Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Ketidakseimbangan hormone estrogen dan progesteron di dalam badan mampu membawa kepada risiko penyakit ini.
  • Risiko lebih tinggi sekiranya pesakit turut mengalami PCOS (Polycystic ovary syndrome) dan boleh menyebabkan masalah kesuburan.
  • Ketidakseimbangan estrogen akibat pengambilan pil perancang keluarga juga boleh mengaktifkan fibroid dan cyst.

2. Kesan lambakan xenoestrogen dalam badan.

source

  • Tahukan anda apakah itu xenoestrogen? Ia merupakan “estrogen sintetik” yang terdapat dalam persekitaran kita seperti di dalam makanan, air, bahan kimia dari industri dan penternakan.
  • Ia adalah estrogen palsu yang merangsang dan mengganggu fungsi estrogen di dalam tubuh badan kita.

3. Kegemukan atau obesity

MedicalComplicationsofObesity

  • Masalah kegemukan menyebabkan lemak yang berlebihan mengganggu sistem hormone dalam badan. Tanpa kita sedari, lemak-lemak berlebihan ini akan mengaktifkan sistem lain iaitu ‘Endocanabinoid system’ di mana ia boleh menyebabkan keradangan atau silent inflammation.
  • Selain ketumbuhan, obesiti juga boleh menyebabkan kanser dan pelbagai penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung, kencing manis, strok, sakit sendi (Osteoarthritis) dan sebagainya
  • Tahukah anda, peningkatan 5kg dari berat ideal (BMI) mampu menyebabkan peningkatan risiko kematian bayi pramatang.

4. Genetik / Keturunan

genetic fibroid 

  • Tahukah anda fibroid dan cyst merupakan pembawaan genetic? Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, tidak mustahil anda juga akan mendapat risiko penyakit tersebut.

Apakah tanda-tanda fibroid atau cyst?

 Seperti yang dinytakan di atas, kebanyakan wanita tidak menyedari kehadiran fibroid dan cyst. Namun begitu, sekiranya ia aktif dan membesar, ia akan menunjukkan simptoms tertentu antaranya:

  • Sakit di bahagian abdomen
  • Sakit semasa melakukan hubungan kemalin
  • Haid tidak teratur
  • Sakit senggugut (PMS) yang melampau
  • Perut membuncit
  • Pendarahan abnormal

Perlukah anda dibedah? Kebiasaannya anda tidak perlu dibedah sekiranya fibroid atau cyst tidak aktif dan membesar. Namun begitu jika ia menyebabkan pendarahan yang berterusan serta mengganggu fungsi sistem lain tubuh sepertu sistem usus, saluran kencing dan sebagainya, anda perlulah berbincang dengan doktor pakar anda. Kemungkinan besar anda memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

uterine_fibroids04

Bagaimana Cara Untuk Mengelak Risiko Fibroid dan Cyst?

Sekiranya anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst, anda boleh mengambil bebrapa langkah un tuk mencegahnya. Antara langkah yang dapat membantu anda adalah:

1. Jauhi makanan yang merangsang pertumbuhan fibroid. Antaranya seperti produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, minuman tinggi gula, karbohidrat ringkas, garam, kafein dan alcohol.

deep-fried-food

2. Mengambil buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen sebagai diet harian. Ia mampu menstabilkan estrogen dalam badan.

buah-buahn

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

diverticulitis_s8_high_fiber

4. Kawal berat badan

apple-fitness1

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Sekiranya suami merokok, minta agar mereka berhenti atau menjauhi anda sekiranya merokok.

1-quit-smoking-636

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.

kosmetik

Adakah Soya produk Memberi Kesan Buruk Kepada wanita?

Dalam isu ini, terdapat banyak berbahasan dan perbalahan mengenai soya. Ada yang yang positif dan tidak kurang juga yang membantah.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Soy products isolated on white

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid.

Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari. Tahukah anda, soya, kekacang dan flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Apakah Suppliment yang boleh diambil mereka yang mempunyai fibroid dan cyst?

suplemen-penambah-produksi-air-susu-ibu

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) – anti inflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea – powerful antioxidant

Bagaimana dengan GLA (asid gamma linolenik)?

Gamma

GLA mengandungi omega 6 yang sangat baik dalam membantu mengurangkan radang dan membantu menstabilkan hormone.

Sumber minyak borage dalam GLA adalah lebih baik berbanding EPO. EPO juga mengandungi omega 6 yang tinggi tetapi rendah kandungan asid gamma linolenik (GLA). Pastikan anda mendapatkan supplement dari sumber premium dan natural.

Minyak masak yang digunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, minyak bunga matahari juga mengandungi omega 6 tetapi minyak-minyak seperti ini (bersifat pro-radang) mampu menyebabkan keradangan . Hati-hati dengan penggunaan minyak yang kita gunakan untuk menggoreng kerana ia merupakan salah 1 punca fibroid dan cyst semakin membesar.

Apakah minyak masak apa yang terbaik?

Cooking Oil

Tahukah anda, semua minyak masak yang terproses atau ‘refined oil’ adalah tidak baik untuk kesihatan?

Minyak yang terbaik sememangnya olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil.Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa. namun begitu,yang baik sememangnya lebih mahal berbanding minyak biasa.

Oleh itu, bagi anda yang menggunakan minyak sawit, pastikan hanya digunakan sekali sahaja. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah ‘Air Fryer’ – ianya lebih baik kerana makanan di goreng tidak menggunakan minyak.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.

Article menarik untuk dibaca:

Salam Sayang,

HAKU

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Credit to : Dr Malinda Mohd Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge