Setiap ibu pasti teruja nak tahu perkembangan bayi dalam kandungan bukan? Kalau boleh tiap-tiap minggu nak scan bayi (saya lah tu), hihii. Pada usia kandungan mencecah 36 minggu, Doktor bagitahu berat bayi saya adalah normal dengan 3kg-3.2kg. Namun begitu saya melahirkan anak sulong secara induce dengan berat hanya 2.08kg, semasa kandugan berusia 37 minggu 2 hari. Untuk pengetahuan, berat normal bagi kelahiran di Malaysia adalah 2.5kg ke atas. Mengapa penting untuk kita tahu berat bayi dalam kandungan?
Berat setiap bayi dalam kandungan dan kadar pembesaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun begitu,bagaimana kita dapat tahu bahawa kandungan kita membesar dengan baik? Ada beberapa perkara yang diambil kira sebagai parameter bagi membantu doktor untuk menentukan berat bayi dalam kandungan hasil dari pemeriksaan ultrasound.
Antara parameter yang digunakan adalah:
- Adbominal circumference – AC ( Ukur lilit abdomen)
- Femur Lenght – FL ( Panjang tulang femur – tulang peha)
- Biparietal Diameter – Diameter kepala
- Head circumference – HC (ukur lilit kepala)
Daripada parameter di atas, beberapa formula boleh digunakan untuk menentukan berat bayi (BW) dalam kandungan. Setelah mendapat anggaran berat bayi, maka ia haruslah dipadankan dengan umur kehamilan seperti jadual di bawah:
Anggaran Berat Badan Bayi dalam Jadual Percentile
Purata | Anggaran berat bayi dalam rahem | ||
Umur Kehamilan | Purata berat bayi | 10th% | 90th% |
16 | 146 | 121 | 171 |
17 | 181 | 150 | 212 |
18 | 223 | 185 | 261 |
19 | 273 | 227 | 319 |
20 | 331 | 275 | 387 |
21 | 399 | 331 | 467 |
22 | 478 | 398 | 559 |
23 | 568 | 471 | 665 |
24 | 670 | 556 | 784 |
25 | 785 | 652 | 918 |
26 | 913 | 758 | 1068 |
27 | 1055 | 876 | 1234 |
28 | 1210 | 1004 | 1416 |
29 | 1379 | 1145 | 1613 |
30 | 1559 | 1294 | 1824 |
31 | 1751 | 1453 | 2049 |
32 | 1953 | 1621 | 2285 |
33 | 2162 | 1794 | 2530 |
34 | 2377 | 1973 | 2781 |
35 | 2595 | 2154 | 3036 |
36 | 2813 | 2335 | 3291 |
37 | 3028 | 2513 | 3543 |
38 | 3236 | 2686 | 3786 |
39 | 3435 | 2851 | 4019 |
40 | 3619 | 3004 | 4234 |
Sebagai contoh, jika umur kehamilan berusia 25 minggu, purata bagi berat bayi adalah 785 gram. Tetapi jika anggaran berat bayi yang diukur ialah 568 gram, ini bermakna bayi mungkin mengalami masalah.
Antara punca yang menyebabkan bayi mempunyai masalah berat semasa dalam kandungan adalah:
- Hypertensi kronik
- Anemia
- Masalah berat badan ibu sebelum hamil
- Pertambahan berat badan semasa hamil
- Diabetis semasa hamil
- Umur ibu semasa hamil
- Pemakanan ibu pada awal kehamilan
Pemakanan yang baik sangat penting bagi ibu hamil bagi memastikan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi. Oleh itu, ibu hamil sangat digalakkan SARAPAN. Tidak bersarapan menyebabkan ibu dan bayi tidak mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi pada waktu “kekosongan’ sehingga ibu mengambil makan tengahari. Sekiranya perkara ini berterusan, ia akan menyebabkan kelahiran pra matang dan risiko berlakunya kecacatan kepada bayi adalah tinggi. Sebagai contoh,pengambilan asid folik mampu mencegah berlakunya spinal bifida dan beberapa penyakit neural tubal defect.
Merokok dan pengambilan alkohol (arak) pula meningkatkan risiko perkembangan fizikal yang negatif terhadap bayi.Merokok boleh menyebabkan bayi lahir dengan berat kurang dari 2500 gram manakala alkohol akan menyebabkan bayi mengalami masalah mental yang terencat sebagai kesan dari “Fetal Alcohol Syndrom“.
Mengapa Penting Untuk Mengetahui Berat Bayi Dalam Kandungan?
Seperti yang kita sedia maklum, berat untuk kelahiran normal di Malaysia adalah anggaran 2500gram. Bagi bayi yang beratnya kurang 2500gram atau melebihi 4000gram biasanya doktor akan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Hal ini kerana bayi-bayi ini biasanya akan mengalami masalah ketika dan selepas dilahirkan.
Berat optimum bayi yang dilahirkan adalah dengan berat 3000g – 4000g. Sekiranya bayi yang dilahirkan dengan berat kurang dari 2000g, biasanya akan dihantar ke neonatal ICU untuk pemeriksaan lanjut.
Manakala bayi yang dilahirkan dengan berat melebihi 4500g atau >4250g biasanya berlaku kepada bayi yang ibunya menghidap gestational diabetis. Untuk kes sebegini ibu akan diberi pilihan untuk melahirkan bayi dengan kaedah cesarean section bagi mengelak sebarang risiko semasa melahirkan secara normal.
Bayi yang mempunyai berat melebihi 4000g biasanya memiliki bahu yang lebar dan kepala yang besar. Hal ini menyukarkan proses kelahiran secara normal. Kebanyakan doktor tidak akan mengambil sebarang risiko untuk meneruskan kelahiran secava normal vaginal delivery (NVD).
Oleh itu,untuk mengetahui berata bayi dalam kandungan adalah antara info yang penting dan perlu diketahui sebelum bayi dilahirkan.Selain itu,berat bayi juga menggambarkan kesihatan bayi dalam kandungan dan selepas dilahirkan.
Bagi ibu hamil, pastikan anda mengambil pemakanan yang sihat, seimbang dan lengkap untuk keperluan anda serta bayi dalam kandungan. Makanan tambahan atau suppliment amat digalakkan bagi memudahkan ibu hamil mendapatkan nutrisi lengkap sepanjang kehamilan bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diigini.
Sumber :drzubaidi.com
Setiap detik semasa hamil merupakan detik-detik yang sangat indah bagi si ibu. Sayangilah diri anda, sayangi kandungan anda..Bertindak segera dengan mendapatkan Set Ibu Hamil Shaklee. Ia merupakan gabungan makanan kesihatan terbaik dan mudah. Pengambilan vitamin yang betul akan membantu anda mendapat khasiat yang optimum. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat terbaik.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin
1 comment for “Mengapa Penting Untuk Tahu Berat Bayi Dalam Kandungan?”