Mengapa Bayi Tidak Kenyang Semasa Menyusu Badan?

Mengapa Bayi Lapar?
Mengapa Bayi Tidak Kenyang?
Apa itu Hindmilk? Foremilk?

Ramai yang email kepada saya bertanyakan mengapa bayi tidak kenyang dan lapar apabila diberi susu ibu sepenuhnya berbanding apabila mereka memberikan bayi mereka susu formula. Dalam ilmu penyusuan, ibu-ibu perlu tahu mengenai jenis-jenis susu. Susu ibu terbahagi kepasa 2 iaitu Kolostrum dan Susu Matang (Foremilk dan Hindmilk). Ia penting bagi ibu-ibu untuk faham mengenai fungsi setiap jenis susu dan mengetahui punca sekiranya bayi yang menyusu badan masih lapar atau dehidrasi.

Crying-Baby

Mengapa Bayi Tidak Kenyang?

saiz-perut-bayi-susuibu

Pernahkah anda mendengar mitos bahawa susu ibu di payudara kanan adalah makanan manakala susu di sebelah kiri adalah minuman. Oleh itu, sekiranya mahu anak anda kenyang, susui dengan payudara kanan dan untuk menghilangkan dahaga bayi adalah sebaliknya. Mitos itu adalah TIDAK BENAR sama sekali!

Tahukah anda sebenarnya kedua-dua payudara mengandungi Foremilk dan Hindmilk yang bertujuan menghilangkan dahaga dan kelaparan bayi?Sekiranya bayi anda masih meragam, ia mungkin disebabkan bayi anda tidak mendapat susu hindmilk yang kaya dengan lemak dan penuh berkrim di hujung penyusuan.

Cara terbaik untuk memastikan bayi kenyang semasa menyusu badan adalah dengan membetulkan cara penyusuan anda. Berikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara. Sebelah lagi ibu boleh pam dan simpan sebagai stok sekiranya bayi sudah kekenyangan.

Masalah Ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk.

cream-on-top-

ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk biasanya berlaku apabila ibu menyusukan bayi hanya beberapa minit pada setiap payudara. Oleh itu, bayi hanya mendapat foremilk sahaja dan menyebabkan bayi mendapat lebihan laktosa. Lebihan laktosa kepada bayi boleh menyebabkan kembung dan bayi menghasilkan najis bewarna hijau.

Sangat penting bagi ibu-ibu untuk memberikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara sehingga ia seolah-olah kosong (payudara tidak pernah kosong sepenuhnya, kerana mereka sentiasa menghasilkan susu) sebelum menawarkan susu dari payudara yang lain. Hal ini adalah bagi memastikan bayi turut menerima hindmilk yang berada di belakang payudara. Hindmilk mampu mengurangkan gejala kembung perut dan najis hijau. Gejala lain disebabkan ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk antaranya:

  • Bayi menyusu sepanjang masa (tidak puas)
  • Kembung perut
  • Najis berdarah
  • Penambahan berat badan yang perlahan
  • Ruam lampin akibat najis berasid.
  • Bayi membuang air besar sebaik sahaja menyusu
  • Bayi memuntahkan susu dengan banyak
  • Gejala kolik akibat lebihan laktosa.

Namun begitu, terdapat juga ibu-ibu yang sememangnya mempunyai lebihan bekalan foremilk. Hal ini juga turut menyebabkan ketidakseimbangan foremilk. Bagaimana ia boleh berlaku? Ia selalunya terjadi apabila ibu sering tidak menghabiskan susu pada sebelah payudara pada setiap waktu penyusuan.

Oleh itu,bagi ibu mempunyai lebihan susu, anda TIDAK PERLU lagi memberikan makanan kepada bayi anda. Cukup untuk anda mengenyangkan bayi dengan susu ibu sehingga habis pada sebelah payudara dalam jangka masa 12 hingga 24 jam kemudian pam susu payudara dari sebelah lagi sekiranya bengkak.

Selain itu anda perlu mangurangkan “supply” susu dengan mengurangkan ”demand”. Anda boleh menggunakan kobis sebagai remedi bagi mengurangkan bekalan susu (mengeluarkan lebihan susu).Tahukah anda, semakin berkurang susu di payudara ibu, semakin tinggi kandungan lemak dan menyebabkan bayi lebih cepat kenyang? Happy breastfeeding!!

Jom saksikan video Puan Farah Wahida yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN  sehingga sanggup…………………..

.

Penyusuan bayi merupakan suatu perjalanan yang sememangnya sukar dan memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang ibu. Pilih pemakanan yang tinggi dengan protein,kalsium . dan serat bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga untuk menghasilkan susu yang pekat dan meriah.

Makanan Yang Membantu Untuk Susu Pekat Dan Meriah

  1. ESP (Energy Soy Protein)

ENERGIZING-SOY-PROTEIN-ESP-SHAKLEE-1

  • Ibu menyusu pasti cepat lapar dan dahaga. ESP membantu ibu menyusu agar kenyang lebih lama dan ia mudah disediakan. RESEPI ESP
  • Kandungan protein yang tinggi menjadikan ibu lebih cergas dan sentiasa bertenaga untuk meneruskan penyusuan bayi.
  • Protein menjadikan susu ibu semakin pekat dan berkhasiat.
  • Bonus untuk kulit ibu dan bayi. Selepas bersalin biasanya pasti ada stretch mark bukan? ESP membantu memudarkan stretch mark. Luka lepas bersalin pun cepat pulih.

2. Alfalfa Complex

alfafa1

  • Alfalfa mengandungi sumber serat,protein dan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Alfalfa sendiri mempunyai sifat yang merangsang penghasilan susu ibu.

3. Ostematrix

zinc

  • Ostematrix merupakan sumber kalsium ekslusif yang sangar diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Ramai yang memandang remeh mengenai kalsium tetapi tahukah anda ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari untuk menghasilkan susu ibu.
  • Pastikan kalsium yang diambil mengandungi vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang berkesan dan mampu mengelak karang dalam buah pinggang.

Selain vitamin, ibu menyusu juga memerlukan makanan yang berkhasiat, kaya dengan sumber vitamin B, vitamin C, zat besi, beta carotena, dan asid folik bagi memastikan ibu sentiasa sihat untuk penghasilan susu ibu yang lancar. Pengambilan air kosong yang banyak merangsang LDR (Let Down Reflex) dan mempercepatkan penghasilan susu.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

1 comment for “Mengapa Bayi Tidak Kenyang Semasa Menyusu Badan?

  1. f July, 2015 at 11:47 pm

    1st time baca tentang semakin berkurang susu di payudara ibu, semakin tinggi kandungan lemak dan menyebabkan bayi lebih cepat kenyang? Kena gali lebih bnyk ilmu lepas ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge