Dalam arus pembangunan yang serba moden, membesarkan anak-anak menjadi sesuatu yang sangat mencabar. Kebenarannya,sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk memilih makanan yg terbaik buat anak-anak, ia mempengarugi gaya hidup anak tersebut apabila mereka meningkat remaja dan dewasa. Namun,apa yang kita perlu yakin bahawa makanan yang di proses sememangnya tidak berkhasiat untuk pembesaran mereka.
Di luar sana, saya melihat berapa ramai anak-anak kecil yang cerewet dalam memilih makanan, cuba menutup mulut apabila disuap makanan,menggeleng kepala. tak kurang juga dengan percubaan ibu bapa mereka untuk memujuk, mengugut atau merasuah kanak-kanak untuk mendapatkan mereka untuk sekurang-kurangnya untuk merasa makanan tersebut. Adakah ia begitu sukar untuk membesarkan anak-anak denagn memberikan makanan yang sihat dan berkhasiat? mampukah saya bergelar seorang ibu mengidangkan anak-anak dengan jus buah-buahan dan sayur-sayuran kepada anak saya kelak? Tetapi ianya tidak mustahil kerana kita perlu tahu bahawa ia memerlukan usaha dan keyakinan yang tinggi bahawa pemakanan yang sihat adalah penting untuk anak-anak kita.
Berikut adalah antara alasan yang diberikan apabila anak-anak seorang picky eaters:
1. Ibu Bapa takut untuk barkata TIDAK. Kebanyakan ibu bapa menyatakan dengan memberi makanan yang anak mahu merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap mereka dan ingin melihat anak gembira. Persoalannya adalah ,mampukan kita menunjukkan kepada anak-anak kecintaan kita kepada makanan berkhasiat agar kita sendiri menjadi model kepada anak-anak.
2. Ibu bapa fikir tiada masalah bagi anak-anak untuk makan makanan ringan secara sederhana.
Walaupun ibu bapa sendiri mungkin tidak memakan makanan ringan,jangan sesekali menyatakan kepada kanak-kanak bahawa ia boleh dimakan “dengan kadar sederhana.” Apa itu “sederhana”? Sekali seminggu? Sekali sehari? Apa yang akan menjadi jumlah yang sederhana bahan kimia seperti pewarna tiruan, yang beberapa kajian telah dikaitkan dengan hiperaktif? Mungkin kita dibuai pemikiran bahawa kanak-kanak mempunyai beberapa tahun sebelum mereka perlu di ajar tentang kalori atau lemak. Tetapi hakikatnya , walaupun masih bayi ia tetap mempunyai risiko kepada obesiti kanak-kanak dan diabetes ,sama seperti penyakit dewasa.
3. Makanan disediakan Oleh Sekolah.
Amat mengejutkan apabila dibuat kajian ke sekolah-sekolah di mana kanak-kanak diberi dan didedahkan dengan makanan yang tidak berkhasiat . Dari prasekolah kanak-kanak dihidang dengan cupcake, biskut dan macam-macam lagi terutamanya ketika meraikan Birthday Party atau cuti sekolah.
4. Ibu bapa merasa mudah untuk menyediakan makanan segera yang diminati anak-anak.
Menggoreng nugget dengan hanya memanaskan minyak,siap dimasak dan boleh dimakan. Mana yang lebih mudah jika dibandingkan dengan kita perlu memotong ayam,merebus kemudian membuang tulang, gaul daging dengan sayuran untuk menghasilkan nugget atau ball yang berkhasiat dengan berdiri di dapur untuk satu atau dua jam untuk membuat makan? Tidak hairanlah, selepas bekerja sepanjang hari di dalam atau di luar, yang mungkin tidak begitu menarik, berada lama di dapur tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik.
Apa sahaja puncanya, persoalannya ialah, apa yang perlu dilakukan sekarang? Sama ada anda mempunyai lebih pengalaman dalam menjaga bayi atau cuba untuk menukar cara untk mendidik anak-anak yang kian membesar, di sini adalah beberapa cadangan:
1. Pastikan anak-anak anda benar-benar lapar untuk makan malam (atau apa sahaja hidangan yang anda sedang hidangkan).
Sebagai contoh, tidak membenarkan mereka mempunyai apa-apa gula-gula atau roti terlalu banyak selepas sekolah. Jika ia adalah dua atau tiga jam sebelum waktu makan, hanya memberikan buah-buahan dan sayur-sayuran jika mereka lapar.
2. Menyimpan makanan yang hanya anda mahu mereka makan.
“maaf,kita sudah tiada cookies untuk dimakan” lebih mudah kan ,dari menyatakan,” Maaf,kamu dah tak boleh makan cookies”.
3. Biarkan mereka terlibat semasa penyediaan makanan..
Contohnya kita sama-sama mengajak anak-anak mencari resepi sihat.sama-sama ke dapur untuk menyediakan makanan tersebut. biarkan mereka menghidupkan blander, mengambil pinggan, belajar memotong sayuran dan lain-lain aktiviti seumpamanya. semestinya merekalah yang palin teruja ketika hendak merasa apa yang mereka buat.
4. Duduk makan bersama anak-anak.
Kanak-kanak begitu dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka dan di antara satu sama. Pada mulanya, dalam fikiran anda mungkin anda tidak akan mempunyai makan malam yang santai dengan anak-anak tetapi saya tetap yakin bahawa satu hari dan tidak lama lagi ia akan berlaku.
5. Jangan memaksa anak-anak untuk makan sesuatu jika mereka benar-benar tidak mahu.
jadikan diri kita sebagai inspirasi dengan menyatakan makanan itu sangat enak. hal ini kerana, kadang-kadang sebelum merasa lagi mereka sudah menggeleng kepala. jangan Putus asa..
6. Anak anda mungkin perlu mencuba 10-15 kali makanan baru sehingga dia betul-betul menyukainya. Ibu bapa perlu rajin.mungkin bukan makanan yang sama tetapi susun atur yang berlainan. Mungkin lebih menarik minat anak anda.
7. Menyuap anak anda dengan makanan yang anda makan.
Ini amat membantu jika ingin memperkenalkan anank anda dengan makanna pejal. Selagi anak-anak anda boleh mengunyah makanan, ianya tiada masalah untuk anda menyuap mereka makanan yang anda makan sama ada di rumah mahupun restaurant. Dengan cara itu mereka akan mempunyai peluang untuk mengalami tekstur dan warna makanan yang ‘sebenar’ .
8. Anak Anda Bijak. Bercakap dengan mereka. Terangkan kenapa anda perlu membuat perubahan. katakan anda sayangkan mereka dan ambil berat terhadap kesihatan gigi dan tubuh badan si kecil anda. Anda mahukan mereka membesar dengan sihat & cergas. Mungkin mereka tidak suka akan perubahan tetapi kefahaman mereka mungkin membantu.
9. Jangan memandang rendah anak-anak anda.
anda tidak yakin anak anda akan makan makanan sihat yang anda sediakan. Cuba anda hidangkan hanya buah buahan sahaja untuk snek petang,jika ianya habis, anda berjaya!!.
Walau bagaimanapun, tiada kajian yang jelas menunjukkan bagaimana keburukan manis, lemak, makanan proses, dan makanan tiruan. Menukar diet anak-anak anda mungkin kelihatan menakutkan tidak kira apa umur mereka, tetapi ia tidak akan menjadi lebih mudah kerana mereka lebih tua, jadi sekarang adalah masa untuk memulakan! Saya tahu ia adalah mustahil. Sudah ramai yang berjaya dengan mengikuti garis panduan ini. Anda akan melakukan apa sahaja melihat anak-anak anda sihat dan ceria. Mengapa tidak menjadikan makanan berkhasiat sebagai keutamaan? Jom berubah!!
Anda sudah mencuba pelbagai cara untuk membantu selera makan anak anda tetapi masih belum berhasil? Berusaha dan berikhtiar itu sangat penting dan jangan mudah mengalah demi pertama kesayangan. So hari ini saya ingin mencadangkan minuman berkhasiat khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka.
Kelebihan Meal Shakes Untuk Kanak-Kanak
Meal shakes mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti lactoferrin, bacteriolysin, immuniglobin dan sebagainya dan sesuai untuk golongan pelajar, bayi 1 tahun ke atas, kanak-kanak membesar, vegetarian, ibu mengandung dan mereka yang mengambil makanan segera. Sekiranya anda buntu mengenai anak anda yang Picky Eater, Meal Shakes adalah pilihan bijak. Bagaimana Meal Shakes Menjadi Minuman Berkhasiat kepada Kanak- Kanak? Jom lihat khasiat Meal Shakes
Nutrisi lengkap
- Meal Shakes menyediakan 24 jenis vitamin , mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh.
- kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan vitamin dan mineral sukar diserap oleh badan.
- Meal Shakes menandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh
- Meal Shakes yang diperkaya dengan protein (tiada kandungan laktosa) membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak.
- Selain itu, protein merupakan elemen penting dalam pembinaan sel-sel kulit,kuku, rambut,organ, darah dan lain-lain lagi.
Membantu tumbesaran
- Meal Shakes mengandungi pelbagai nutrient seperti kalsium dan magnesium di mana ia membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.
- Asid folik dan biotin membantu sel-sel untuk proses pembesaran.
Anti Oksidan
- Vitamin A, C, E, zinc dan selenium yang terdapat di dalam Meal Shakes merupakan agen anti oksidan.
- Bagi kanak-kanak,anti oksidan sangat baik untuk melawan penyakit sekaligus meningkatkan tahap imunisasi mereka.
Detoksifikasi
- Meal Shakes kaya dengan serat di mana ia amat membantu bagi kanak-kanak yang sembelit.
- Membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus serta mampu mengatasi masalah obesity di kalaangan kanak-kanak.
Rasa yang lazat
- Sangat sesuai dijadikan pengganti kepada snak dan makanan ringan.
- Membantu kanak-kanak picky eater dan yang sukar makan untuk mendapatkan nutrisi harian lengkap.
Inginkan anak anda terus ceria dengan nutrient harian yang lengkap dan berkhasiat? Sebagai ibu bapa kita perlulah bijak untuk memberikan yang terbaik kepada mereka. Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan khidmat nasihat yang ekslusif!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin