Masalah Parut Bertompok Dan Bintik Hitam Berakhir Dengan Youth

Muka berparut sememangnya melemahkan semangat wanita untuk tampil yakin di depan orang ramai. Ditambah pula parut hitam, muka kelihatan kotor dan kusam. Rawatan biasa pastinya mengambil masa yang lama untuk kulit kembali pulih. Jika ada rawatan alternatif yang segera, mungkin merbahaya bagi kulit. Untuk rawatan laser pula, pastinya ia memakan belanja yang besar.

Akibat tidak sabar, nak jimat dan naluri wanita yang ingin tampil cantik, wanita mula mengenakan mekap yang tebal bagi menutup cela. Tidak kurang juga yang terdesak untuk mencuba pelbagai produk tanpa usul periksa asalkan masalah mereka selesai. Akhirnya yang didpaiti hanyalah, “Aku dah cuba macam-macam tapi tak jadi apa!!” Tak kurang juga yang menyebabkan kulit semakin teruk. Sedih kan? Ada ke jalan penyelesaian?

Ada ke produk yang selamat dan berkesan selesaikan masalah parut bertompok hitam ini,melindungi dan membaiki kulit agar menjadi lebih sihat?

[Kenali Produk-Produk Penjagaan Wajah YOUTH]

Percaya tak kalu saya katakan Shaklee mempunyai set penjagaan wajah yang memberikan kesan yang cepat, semulajadi dan selamat? Ya, Youth skincare menjadi fenomena apabila 500 set pertama habis tak sampai 3 hari dipasarkan!! Di sini saya kongsikan testimoni seorang guru yang mepunyai masalah alergik sehingga wajahnya akan menjadi kering dan bertompok hitam. Jom baca kisah Cikgu Yan ini.

[MUKA PECAH RUMAH]

Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. “Ni memang takde lain la ni mesti makan terung” tak pun “dah tau alergik terung sapa suruh makan”. Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada “mata” kerana seringkali jerawat pastinya ada “mata” dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa “fake” sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. Youth dilancarkan “on time” muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar “Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni”.

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai “ibu” segala masalah kulit kerana ia ibarat “trigger”. Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, “Vivix luar dalam”.

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan “sold out”nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.

Di sini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan YOUTH.

Che Yan boleh katakan YOUTH is the best dan YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best YOUTH.

Sedih bukan cerita Che Yan? Rutin seorang guru nak berdepan dengan kawan-kawan, anak murid dan ibu bapa. Rasa tak nak keluar rumah bila muka mula sakit. Alhamdulillah penggunaan produk Youth bersama suppliment Radiant 5 dan Vivix sangat membantu menyelesaikan masalah Che Yan dan lebih ramai lagi mereka di luar sana yang miliki masalah kulit yang sama.

Di sini saya bukannya suka-suka ‘claim’ Shaklee mempunyai set penjagaan wajah semulajadi yang terbukti berkesan tetapi ia menjalani analisis kulit secara ketat dan dibuktikan secara klinikal.

Baik wanita mahu pun lelaki,kulit yang cantik dan sihat adalah idaman semua peringkat usia. YOUTH™ adalapenyelesaian bagi semua masalah kulit. YOUTH™ sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Sekiranya anda masih muda, bersedia dari sekarang untuk kulit kekal sihat, lebih muda dan cantik.
  • Sekiranya anda ada masalah kulit, Youth sedia merawat apa sahaja masalah kulit anda.
  • Sekiranya anda sudah berusia. Why not? Youth terbukti secara klinikal memudakan kulit 10 tahun dari usia sebenar!

Nak Tahu Lebih Lanjut? Boleh Whatsapp Saya Sekarang.

Youth Consultant

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Vitamin Sihat

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge