Masalah Keputihan Boleh Menyebabkan Keguguran dan Kelahiran Pramatang

Putih hamilKeputihan adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Kehamilan telah menyebabkan faraj mengandungi gula yang tinggi dipanggil glikogen dan menyebabkan pertumbuhan kulat.

Selain ketidakselesaan dan kegatalan, keputihan juga mengundang pelbagai risiko semasa hamil. Ada beberapa factor mengapa ibu hamil sanagt mudah mengalami jangkitan di bahagian vagina sehingga menyebabkan keputihan.

 

 

  1. Perubahan hormon akibat peningkatan hormone astrogen dan progesterone yang dihasilkan oleh plasenta.
  2. Akibat Peningkaan aliran darah di rahim dan vagina yang mengakibatkan penghasilan cairan vagina bertambah.

Cairan berlebihan ini menghasilkan kulat mokroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Sebenarnya kulat ini memang sedia ada di dalam tubuh kita namun ketidakseimbangan jumlah yis dan mikroorganisma lain menyebabkan keputihan.

keputihan-pada-wanita

Kulat ini mudah membiak di bahagian vagina wanita hamil atas beberapa fakta sokongan loain antaranya:

  • Memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada badan sintetik seperti seluar jeans atau seluar dalam jenis nylon. Pakaian seperti ini  panas dan menghalang peredaran udara, lantas menggalakkan pertumbuhan kulat dan seterusnya berlaku keputihan.
  • Mandian buih berbau wangi atau pelapik seluar (pantiliner) dalam beraroma juga boleh menjadi punca keputihan.
  • Pengambilan antibiotic boleh mengganggu keseimbangan di antara mikroorganisma baik dan jahat yang ada dalam tubuh badan anda.
  • Mengalami diabetis gestasi.
  • Tidak menjaga kebersihan vagina.

 

Anda boleh mengenalpasti adakah anda mengalami keputihan melalui beberapa symptom yang berlaku kepada diri anda. Antaranya ialah jika cairan yang keluar dari faraj berwarna pekat dan putih seperti krim.

Anda juga boleh mengalami kegatalan, sakit, atau berlaku kemerah-merahan di dalam atau sekeliling vagina atau punggung. Di samping itu, satu lagi  tanda anda mungkin mengalami keputihan ialah anda berasa sakit semasamelakukan hubungan seks dan sakit semasa membuang air kecil.

Adakah Keputihan Membahayakan Kandungan?

baby prem

Bayi Pramatang

Sebenarnnya ia tidak berjangkit kepada bayi kerana bayi terlindung di dalam rahim. Namun keputihan yang tidak ditangani segera memungkinkan risiko berlaku pecah air ketuban dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.

Selain itu, ada kemungkinan bayi akan dijangkiti semasa dia keluar dari rahim melalui faraj semasa berlaku kelahiran. Bayi yang dijangkiti keputihan akan mendapat tompokan putik di mulutnya dan apabila menyusu, ia akan meninggalkan radang pada puting payudara di ibu.

Oleh itu, jika anda mengalami keputihan yang serius sehingga mengganggu rutin harian anda dan mendatangkan ketidakselesaan, eloklah anda mendapatkn rawatan doctor. Lazimnya doctor akan member krim anti kulat bersesuaian dengan usia kandungan.

Jika suami anda juga mengalami keputihan, dia juga perlu mendapatkan rawatan kerana keputihan suami boleh menjangkiti isteri semasa hubungan seksual.

Di samping rawatan doctor, anda juga boleh mengamalkan rawatan tambahan di rumah dengan beberapa kaedah, antaranya:

yogurt

  • Sapukan yogurt asli dengan bacteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Elakkan berendam dalam air panas/suam terlalu lama kerana persekitaran yang hangat dan lembap amat mudah membiakkan kulat. Juga elakkan maindian buih dan beraroma.
  • Pastikan bahagian vagina anda hingga ke punggung sentiasa kering.
  • Pastikan faraj cukup basah sebelum hubungan seksual.
  • Lap punggung hingga ke bahagian depan sehinga betul-betul kering.

Namun begitu mencagah adalah lebih baik dari merawat. Beberapa perkara perlu diambil berat untuk mencegah keputihan, perkara paling asas ialah pastikan vagina sentiasa bersih. Bilas dengan air bersih setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Anda juga perlu mengelak memakai seluar dalam atau atau pantiliner yang lembap. Dan elakkan daripada penggunaan sabun non pH balanced di bahagian vagina.

 Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge