Kisah Benar Saya Dan Shaklee

Sebenarnya saya baru tahu kewujudan Shaklee ni semasa hamil anak sulong tahun 2012. Masa tu hanya ambil pil kalsium (Ostematrix) sahaja. Produk-produk lain dan apa-apa mengenai Shaklee memang saya tidak tahu langsung.

Alhamdulillah, 27/7/2014 ni genap setahun saya bersama Shaklee. Sekejap sahaja masa berlalu tetapi warna-warni sepanjang bersama Shaklee menjadikan saya lebih enjoy!! Jom singkap kisah disebalik tabir yang menyebabkan saya terjebak ke dalam kancah Shaklee ni.

first-anniversary

Ok, saya selamat melahirkan anak sulong September 2012. Masa tu ada masalah susu merudum. Ada usha-usha juga Set Menyusu Shaklee tapi langsung tak tergerak hati untuk bertanya lebih lanjut,apatah lagi untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee. So anak sulong sempat menyusu badan 4 bulan ye. Sedih sangat2.

Bagaimana Bertaut Kembali Dengan Shaklee?

Kisah saya mula berjinak-jinak dengan Shaklee ni hanya niat untuk menambah pendapatan sampingan. Ramadhan tahun 2013 macam-macam saya mahu cuba. Akhirnya tercetuslah idea untuk mambuat dan menjual kuih raya. Masa tu bisnes Shaklee belum terlintas di fikiran. Hari-hari bermain dengan tepung menyiapkan order kuih raya yang tak seberapa. Letih dan pilu bila melihat suami sebelum sahur bangun teman dan tolong saya menyiapkan pesanan.

Bila dapat jual, dapat hasil, Alhamdulillah rasa berbaloi dan sangat gembira. Tapi suatu hari, hati amat terkesan dengan kata-kata rakan sekerja yang memandang remeh kerja membuat kuih. Tetapi semangat untuk menambah pendapatan sampingan masih membara. Dalam diam-diam saya berbincang dengan kawan melalui WhatsApp, dan kawan saya mencadangkan agar saya mencuba bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, dengan sokongan suami , saya bertemu dengan Puan Adilah Manaf dan pada 27/7/2013 secara rasminya saya bergelas Shaklee Indipendent Distributor dengan ID 987156. Maka bermula lah perjalanan saya dengan Shaklee yang penuh warna warni.

Saya bersyukur sanagat kerana dalam bulan Ramadhan yang berkat lagi mulia, macam-macam perkara baru yang saya lalui dalam hidup saya. Bila dikenang-kenangkan, hampir tak pernah terlintas dalam fikiran saya yang tangan kasar ni mampu membuat biskut raya dan seorang yang langsung tidak pernah berniaga, mula mencari tapak untuk bisnes. Tetapi saya percaya akan rezeki dari Allah. Jika kita mintak, Allah akan berikan. Percayalah!!

name card

Apa yang Saya Dapat Dengan Shaklee?

Pada mulanya saya hanya berusaha membuat sebanyak mungkin jualan. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar upline serta doa ibu serta suami saya, bulan October 2013 saya mencapai ranking Supervisor.  Tetapi apa yang saya lebih gembira adalah selain dapat membantu suami menambah pendapatan, saya juga dapat membantu pelanggan-pelanggan saya dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Selain itu, dulu saya merasakan produk Shaklee ni mahal. Tak mampu beli untuk diri sendiri dan mak saya yang kurang sihat di kampung. Selepas mendaftar ahli, rupanya ada banyak sangat keistimewaan mendaftar keahlian dengan Shaklee. Paling saya teruja dengan harga produk yang lebih rendah dan sangat berbaloi. Saya masih ingat, produk pertama yang saya hadiahkan kepada mak adalah Advanced Joint Health Tablet sebab mak saya mengalami sakit lutut yang agak kronik sehingga perlu mengambil suntikan untuk menghilangkan kesakitan.  Hati anak mana yang tak sedih melihat keadaan mak begitu. Selepas mengamalkan AJHT, mak memberitahu yang lututnya sangat selesa dan boleh solat seperti biasa. Subhanallah, Allah telah memberikan penyembuhan kepada mak saya.

testi mak muni

pia

Kerana terlalu gembira, macam-macam supplement saya bawakan kepada mak untuk kesihatan nya dengan harapan agar Allah kembalikan kesihatan mak. Sangat teruja melihat mak kembali sihat dan ceria. Tidak kurang juga dengan pelanggan-pelanggan saya yang kembali sihat, susu badan semakin meriah, kulit semakin cantik, badan semakin bertenaga  dengan izin Allah. Syukur, syukur,syukur!!

Cuba anda bayangkan anda berada di tempat saya. Mahunya berlinang air mata gembira dan sesungguhnya inilah yang dikatakan warna-warni di dalam Shaklee. Shaklee menggembirakan saya dan orang lain. Alhamdulillah.

Selain itu, dalam group Shaklee saya juga diajar untuk meningkatkan amalan rohani seperti memperbanyakkan solat, sedekah, zikir dan sentiasa dekat dengan Pencipta agar sentiasa berada pada landasan yang betul dan tidak lalai.

Adakah saya akan Berjaya?

Ya InsyaALlah. Allah sahaja yang akan menunaikan impian saya samaada cepat atau lambat untuk terus berjaya dalam Shaklee. Saya tahu saya sedang berada di atas landasan yang betul dan akan terus berusaha untuk terus maju.

syarikat betul

Mengapa saya begitu yakin? Kekuatan Shaklee terletak kepada produknya yang diyakini ramai selamat, bermutu tinggi dan yang pastinya halal. Sudah ramai di luar sana yang mengenali dn mengakui keberkesanan produk Shaklee ini. Tugas saya hanyalah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada orang lain dan terus melangkah ke puncak kejayaan bersama Shaklee

Ok, sampai disini sahaja kisah benar saya dan Shaklee. Sekiranya anda tercari-cari peluang pekerjaan yang menarik, mulia dan mampu menjana pendapatan yang lumayan, anda wajib untuk KLIK SINI.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi –  Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge