Keperluan Ibu dan Anak Ketika Dan Selepas Bersalin

Keperluan ketika melahirkan anak selalu dianggap ringan bagi sesetengah ibu-ibu. Tahukan anda, disaat melahirkan anak, si bapa dan siibu begitu sibuk untuk menguruskan hal masing-masing dan memerlukan banyak keperluan yang kita tidak ada ketika sebelum bersalin. Oleh itu, persediaan seawal 7 bulan kehamilan adalah perlu untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidk dijangka.

baby-stuff-3

Bagi mengatasi masalah kelam kabut, tertinggal barang adalah lebih baik untuk anda membuat checklist bagi memastikan keadaan tenang tatkala melahirkan anak.Di bawah adalah barang keperluan yang biasa diamabil kira ketika dan selepas bersalin

Keperluan baby

  • Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  • Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  • Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  • Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  • Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  • Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  • Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  • Tisu kena banyak…
  • Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  • Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  • Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  • Kain selimut baby-waktu malam
  • Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  • Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  • Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  • Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  • Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  • Cotton bud baby
  • Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  • Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  • Mandian, losen, syampu,bedak..
  • Apa-apa yang difikirkan perlu

 Keperluan Ibu

  • Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  • Kain batik n t shirt cotton
  • Stokin
  • Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  • Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  • Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  • Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  • Bra breast feeding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  • Bengkung…utk kempiskan balik perut

Keperluan Di Hospital

  • Buku mengandung, kad pengenalan, GL (Untuk kakitangan kerajaan)
  • Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  • Lampin sekurangnya 2 helai
  • Kain tuala
  • Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  • Tisu kotak
  • Air selusuh or mineral water
  • Pad
  • Baju ibu, kain sarung sekurangnya 2 helai
  • Selipar Jepun
  • Sapu tangan baby
  • Gelas atau cawan nak minum air
  • Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  • Stokin ibu
  • Pampers- 5 keping (lebih pun boleh)
  • Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  • Apa apa makanan sebelum berjuang
  • Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..

Sudah bersedia dengan semua kelengkapan? Bagaimana pula dengan pemilihan Hospital? Selalunya anda perlu untuk pergi ke hospital terdekat dengan kediaman. Namun begitu, saya mencadangkan anda ke Hospital Rakan Bayi di mana mereka akan mengajar dan memberi panduan awal penyusuan bayi sebaik sahaja selepas kelahiran. Untuk itu, ib u-ibu tidak perlu risau mengenai penyusuan ibu yang tertnya banyak cabarannya. Untuk senarai Hospital Rakan Bayi, KLIK SINI.

Sukar atau mudah proses bersalin itu telah tertulis. Tidak dinafikan proses bersalin merupakan proses yang amat kritikal di mana ibu-ibu bersabung nyawa untuk melahirkan seorang khalifah di muka bumi. Namun begitu, ingatlah bahawa Allah sedang mengampunkan dosanya saat wanita mula merasakan sakit untuk melahirkan zuriat.

Artikel menarik untuk dibaca :

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

2 comments for “Keperluan Ibu dan Anak Ketika Dan Selepas Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.