Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil Cegah Bongkok Sebelum Usia

Memiliki anak yang ramai sebenarnya menambahkan seri dalam kehidupan berkeluarga. Namun begitu,kehamilan yang kerap dalam tempoh yang terdekat mengundang risiko kepada kesihatan ibu. Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk pembentukan tulang dan tumbesaran. Oleh itu, ibu hamil memerlukan kandungan kalsium yang lebih banyak untuk dikongsi bersama bayi mereka berbanding keadaan biasa.

Tahukah anda bahawa kehamilan yang kerap dan rapat boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormone estrogen di dalam badan sekaligus mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Apabila penyerapan terganggu, struktur tulang juga akan terganggu. Keadaan ini lebih meruncing apabila kandungan kalsium di dalam darah sudah kehabisan dan ia mula menyerap kalsium dari tulang dan gigi. Hal ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada kedua-dua bahagian ini.?

kalsium4

Setelah kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang antaranya osteoposrosis. Maka tidak hairanlah kaum wanita adalah golongan paling terdedah kepada masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghampiri usia menapouse.

Apakah Kesan kekurangan Kalsium Kepada Ibu Hamil?

Kaji selidik mendapati sebahagian besar wanita di Malaysia menyedari akan kepentingan kalsium tetapi malangnya ramai yang masih ambil ringan dan menganggap usia mereka masih muda. Begitu juga dengan sesetengah ibu hamil yang kurang prihatin terhadap keperluan kalsium oleh tubuh mereka sekaligus mengundang pelbagai masalah kesihatan tanpa mereka sedari. Apakah kesan kekurangan kalsium?

Kenali Makanan Sumber Kalsium Terbaik

6-makanan-sumber-kalsium-terbaikSeperti yang kita sedia maklum, produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt adalah sumber kalsium terbaik dan amat disarankan oleh pengamal perubatan. Namun begitu, sesetengan ibu hamil tidak mampu untuk mengambil minuman bersusu ibu akibat alahan. Tidak kurang juga mereka yang sememangnya tidak meminum susu. Oleh itu, apakah produk bukan tenusu yang tinggi kandungan kalsium? Antaranya ialah:

  1. Sayuran hijau

Sayur hijau seperti bayam dan biji wijen adalah antara sayuran yang tinggi kandungan kalsium. Selain kalisum, bayam juga kaya dengan zat besi dan amat baik diamalkan oleh ibu hamil. Kobis dan brokoli juga antara sayur hijau yang tinggi dengan kandungan kalsium dan disediakan separuh masak agar khasiatnya tidak hilang dan rasanya juga lebih enak.

  1. Buah Buahan

Tahukah anda betik dan mangga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan bagus untuk kesihatan anda. Maka benarlah petua orang tua supaya mengambil betik untuk mengelak sembelit. Kalsium membantu kelancaran penghadaman dan system pencernaan selain menguatkan tulang dan gigi. Anda boleh mengambil pudding mangga atau betik sebagai pencuci mulut seleas makan.

  1. Ikan

Maka berbahagialah mereka yang gemar memakan ikan laut. Namun begitu, menurut kajian menyatakan bahawa ikan salmon dan ikan bertulang seperti markarel sahaja yang mengandungi kandungankalsium yang tinggi.

  1. Kekacang

Kacang mengandungi sumber kalsium yang tinggi iaitu 442 mg kalsium di dalam setiap 100 gram kacang.Kacang putih atau kacang kuda merupakan jenis kacang dengan tingkat kalsium yang begitu tinggi. Kebanyakan kacang putih memiliki sekitar 175 mg kalsium untuk setiap hidangan.Selain itu, kacang badam, walnut, hazelnut juga amat bagus dijadikan snek harian anda untuk keperluan kalsium oleh tubuh anda.

Sebagai ibu hamil, semestinya anda perlu mengambil makanan yang tinggi kalsium untuk menampung keperluan anda dan bayi secara optimum. Namun begitu bagaimana untuk anda merasakan pengambilan kalsium harian anda adalah mencukupi? Adakah anda merasakan makanan yang diambil setiap hari mampu menampung keperluan kalsium anda dan bayi dalam kandungan? Sekiranya jawapannya adalah TIDAK, maka anda perlulah beralih kepada makanan tambahan atau suppliment.

Ostematrix Shaklee Membekalkan Kalsium Secara Optimum Untuk Ibu Hamil.

bahan-oste

 Tahukah anda setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Oleh itu jelaslah bahawa ibu hamil memerlukan lebih daripada itu. OsteMatrix diformula untuk mudah diserap oleh badan. Kalsium dari susu datang dari pelbagai sumber dan kemungkinan sukar diserap oleh badan. Namun dengan 4 biji Ostematrix sudah menyamai keperluan kalsium orang dewasa.

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi. Ia juga termasuk magnesium, vitamin D dan zink mineral, tembaga dan mangan, untuk membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Pengamabilan 4 biji sehari (sebiji mengandungi 250mg kalsium) mencukupi untuk memastikan keperluan kalsium anda dan bayi mencukupi.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge