Kenali Faktor Kehamilan Ektopik (Kehamilan Luar Rahim) dan Rawatannya

Kehamilan ektopik adalah salah satu kes kehamilan yang abnormal. Ia juga dikenali sebagai kandungan luar rahim. Ini merupakan keadaan di mana embrio yang terbentuk tidak mampu melekat pada dinding rahim ibu (lapisan endometrium).Tempat yang biasa berlaku penempelan kandungan ektopik ialah bahagian tiub Fallopian,pangkal rahim (serviks)atau perut (abdomen) dan ovari. Kes seperti ini berlaku 1 dari 100 kehamilan dan sangat merbahaya keranaakan menyebabkan pembengkakan atau pecahnya tiub Fallopian akibat pertumbuhan embrio.

ectopic

Apakah Faktor Yang Menyebabkan Risiko Hamil Ektopik?

Keadaan ini sekiranya dibiarkan mampu mengamcam nyawa ibu kerana kehamilan ektopik akan menyebabkan pendarahan yang banyak (di dalam rongga obdomen) apabila kandungan ektopik tersebut pecah. Dalam kes kehamilan ektopik yang berlaku di bahagian abdomen dan janin tidak mampu bertahan hingga 32-34 minggu akan dilahirkan secara pembedahan. Seandainya doktor dapat mengesan kehamilan ektopik pada abdomen di peringkat awal, doktor biasanya akan menasihatkan kandungan tersebut digugurkan. Antara factor-faktornya ialah:

  • Jangkitan kuman pada tiub Fallopion.
  • Ibu yang pernah hamil ektopik sebelum ini.
  • Ibu yang pernah menjalani pembedahan pada tiub fallopian, pembedahan akibat apendiks (apendiks pecah) atau pembedahan membuang ovarian cyst.
  • Kecacatan kongenital pada saluran tiub fallopian.
  • Ibu yang mengamalkan seks rambang serta mempunyai sejarah penyakit kelamin seperti gonorrhea, chlamidia dan sifilis herpes.
  • Ibu yang mempunyai PID (Pelvic Inflamatory Disease)

Apakah symptom kehamilan Ektopik?

Kehamilan ektopik sememangnya tidak boleh dikesan dan tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum berlakunya pendarahan atau saluran fallopian pecah. Pada usia kehamilan 7 minggu ke atas selalunya pendarahan (leak) akan berlaku dan diikuti tanda-tanda berikut iaitu:

  • Rasa sakit pada daerah pinggul salah satu sisi kiri atau kanan
  • Mengalami rasa nyeri yang sangat kuat dan semakin kuat pada daerah perut bahagian bawah kiri atau kanan sehingga ke seluruh abdomen.
  • Sakit pada bahagian bahu atau shoulder pit pain – repered pain.
  • Pengsan
  • Rasa sakit perut yang muncul akan menjadi semakin sakit.
  • Gejala lainnya ialah kulit ibu kelihatan lebih pucat
  • Adanya tekanan darah rendah (hipotensi)
  • Denyutan nadi meningkat

**Sangat penting untuk melakukan imbasan ultrasound sebaik sahaja mengetahu diri hamil untuk memastikan lokasi kandungan sama ada di luar rahim atau di dalam rahim.

ektopik

Apakah Rawatan yang Wajar Bagi Kehamilan Ektopik?

Pengesanan awal amat penting untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Umumnya rawatan bagi kehamilan ektopik terbahagi kepada 2 iaitu:

Menerusi pembedahan.

  • Kebanyakan kes ektopik ini dirawat secara pembedahan bermakna salah satu daripada tiub fallopian yang terlibat akan dibuang.
  • Pembedahan ini boleh dilakukan melalui pembedahan laparoskopi (yang tidak menyebabkan patur besar) atau secara open surgery (laparatomy).

Ubat-Ubatan

  • Ada kes tertentu ektopik boleh dirawat menerusi suntikan METHOTREXATE.

Kesimpulannya, ibu-ibu haruslah peka dengan simptom-simptom abnormal yang mungkin berlaku terutama kepada ibu-ibu yang mempunyai risiko seperti yang dinyatakan di atas. Dapatkan pemeriksaan segera apabila mengetahui diri hamil bagi memudahkan perkara ini dikesan. Tindakan yang cepat menyelamatkan nyawa anda.

 Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.