Keguguran Kandungan Pertama Adalah Normal. Kenali Simptom Keguguran.

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Mengimbau kisah 2 tahun yang lalu,setelah 7 bulan berumahtangga,Alhamdulillah saya disahkan hamil. Tetapi rezeki masih bukan milik kami,anak yang dikandung meninggal pada usia kandungan 15 minggu. Namun bayi saya gugur genap pada usianya 17 minggu di Hospital Kuala Pilah.Teringat tarikh ini, 13/12/11. Menarik pada nombor tetapi rindu bila dikenangkan.

Ramai  pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan akan mengalami keguguran. 20% -30% dari kandungan pertama akan mengalami keguguran namun potensi  untuk hamil semula adalah sehingga 85%-90%.

keguguran awal

Keguguran Di Awal Kehamilan

Antara 10 simptom-simptom keguguran :

blood-in-the-water

Pendaraahan Ketika Hamil

  1. Pendarahan – Terdapat tompok-tompok darah keluar dari faraj yang semakin lama semakin banyak dan kerap. Namun begitu,ada juga yang berlaku pendarahan kepada kehamilan normal.
  2. Sakit – Anda mengalami sakit pada abdomen,kekejangan pada pelvic,dan sakit di bawah pinggan seperti senggugut. Kesakitan yang berterusan sebelum atau selepas pendarahan berlaku. Kekejangan yang kuat mungkin antara tanda-tanda keguguran.
sakit belakang

Sakit belakang

3. Sakit belakang – Kebiasaannya ibu hamil akan bereasa sakit belakang dan tidak selesa. Namun,kesakitan yang menyucuk dan kerap merupakan salah satu tanda keguguran.

4. Kehilangan tanda kehamilan – Badan kembali rasa seperti normal,tiada lagi alahan,muntah-muntah,pening dan sebagainya. Hal ini kerana hormon  yang diperlukan untuk menyokong kehamilan sudah merudum dan tidak lagi diperlukan untuk mengekalkan kandungan.

baby-scan

Tiada kelihatan berkelip pada imej scan

5. Tiada denyutan jantung bayi – Denyutan jantung bayi boleh dikesan memalui untrasound seawal 7 minggu kehamilan.  Sekiranya tiada denyutan jantung bayi,kemungkinan bayi sudah meninggal atau tidak berkembang dan  inilah yang terjadi kepada saya.

pergerakan bayi

6. Tiada pergerakan janin – Pergerakan bayi boleh dirasai seawal 18-24 minggu. Seekiranya tiada pergerakan atau pergerakan bayi kurang dari 10 kali dalam masa 12 jam,sila berjumpa doctor anda.

negatif

7. Ujian kehamilan (UPT) bertukar menjadi negative – Sekiranya ujian diambil 2 hari berturut-turut, hari pertama positif tetapi hari kedua negative. Ini menunjukkan tanda-tanda kehamilan atau kandungan luar rahim (ektopik).

abort8w101

Lelehan keluar bersama daging

7. Lelehan pada faraj – Sekiranya keluar darah berketul-ketul atau seperti daging keluar dari faraj,kemungkinan besar  keguguran sudah terjadi.

8. Servik terbuka – Dalam kehamilan biasa dan normal,servik akan kekal tertutup sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. namun begitu,sekiranya serviks terbuka pada awal kehamilan,risiko keguguran adalah tinggi.

9. Paras hormone HCG merudum – Badan perlu mengekalkan hormon HCG untuk mengekalkan kehamilan. Sekiranaya hormone HCG merudum,kemungkinan besar akan berlaku keguguran.

Namun begitu,keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan mampu memberi tamparan hebat kepada individu lebih-lebih lagi yang sudah lama mananti untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya kenapa ia terjadi, dan tidak kurang juga yang menyalahkan diri sendiri. Begitu juga saya yang agak sedih sebab buntu dan memikirkan harapan untuk menimang cahaya mata lenyap begitu sahaja.

Justeru itu, amat penting untuk kita mengetahui bahawa kebanyakan sebab keguguran ini memang tidak dapat dielak dan terjadi dengan sendirinya.  Hampir 10-20% keguguran tidak diketahui sebab dan puncanya dan berikut adalah 8 sebab yang sering dikaitkan dengan keguguran.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

kolohuhu

 Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge