Darah Tinggi Pembunuh Dalam Senyap

Kajian pernah dijalankan pada tahun 2006 oleh Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan (NHMS) dianggarkan 63% rakyat Malaysia menghadapi masalah kardiovaskular dan 33%  disebabkan oleh penyakit darah tinggi. Dan lebih membimbangkan apabila separuh daripada jumlah itu tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Perkara yang sama turut terjadi kepada negara-negara lain.

Tidak hairanlah apabila Hypertension atau penyakit darah tinggi ini dikenali sebagai “Silent Killer”. Ia membunuh dalam senyap ekoran tiada tanda-tanda awal atau symptom kepada sesetengah pesakit.

tekanan-darah-tinggi

Tekanan darah yang sihat bagi orang dewasa adalah pada paras 120/80 mmHg atau lebih rendah. Sekiranya tekanan darah mencecah 140/90 mm HG, seseorang itu diisytihar menghidap hypertension tanpa mengira usia.

 Systolic adalah tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan manakala Diastolic adalah tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Apakah Punca Hypertension?

1. Keturunan . Sekiranya ibu,ayah atau ahli keluarga yang memiliki penyakit darah tinggi, risiko bagi seseorang itu turut menghidap adalah tinggi. Punca ini tidak dapt dielakkan. Statistik menunjukkan bahawa risiko hypertension kepada kembar seiras lebih tinggi berbanding sebaliknya.

2.  Usia – Apabila usia meningkat,tekanan darah juga meningkat. Namun risiko ini boleh diatasi agar tidak melebihi tahap normal.

3. Garam – garam antara penyumbang kepada risiko darah tinggi terutamanya kepada mereka yang menghidap kencing manis, darah tinggi yang sederhana, warga emas dan mereka yang berkulit gelap.

4. Kolestrol – Kolestrol yang terbentuk pada dinding salur darah menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Kandungan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap hypertension.

5. Stress – Emosi yang tidak stabil menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

6.  Kurang Senaman – Kurang melakukan aktiviti senaman dan riadah juga boleh menyebabkan hypertension.

7. Alkohol, Kopi dan rokok

– Dianggarkan 10% daripada kes tekanan darah tinggi disebabkan oleh mengambilan alcohol secara berlebihan dan tekanan akibat cuba menahan diri dari mengambil alcohol.

–  Kafein – Kafein menyebabkan peningkatan sementara tekanan darah. Pengambilan kafein menghalang penyerapan nutrient terutamanya kalsium. Kepada penggemar kopi,disarankan mengambil sumber kalsium dalam pemakanan harian yang mencukupi.

– Merokok – Merokok adalah penyumbang UTAMA kepada penyakit tekanan darah tinggi.

9. Ubat – Antara ubat yang menyebabkan tekanan darah tinggi sementara adalah Kortikosteroid, Nonsteriodal (Ubat anti radang) , ubat selsema (anti alergik) dan pil pencegah kehamilan.

10.  Obesiti – Individu yang mempunyai berat badan 30% lebih berat dari berat ideal, berkemungkinan besar menghidap hypertension. Apa itu berat badan ideal, boleh KLIK di sini.

darah-tinggi

Namun begitu, wanita hamil juga terdedah kepada masalah ini. Hal ini kerana wanita hamil perlu makan lebih banyak dari biasa untuk menampung kandungan. Mereka juga sering lapar dan cepat dahaga. Minum air yang banyak membantu mengurangkan risiko hypertension.

 Apakah Tekanan Darah Tinggi Sekunder?

Darah tinggi sekunder merupakan penyakit/masalah kesihatan lain atau punca lain yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Cara rawatan hypertensi akan menjadi  lebih rumit berbanding darah tinggi primer. Hal ini kerana ia perlu merawat masalah ini terlebih dahulu.

Antara maslah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder adalah:

Istilah darah tinggi sekunder merujuk kepada tekanan darah tinggi yang terjadi akibat masalah kesihatan yang atau keadaan lain yang menjadikan tekanan darah menjadi tinggi.

Cara merawatnya tidak semudah rawatan darah tinggi primer, kerana ia perlu membasmi masalah kesihatan yang asal.

Beberapa masalah kesihatan yang menyebabkan hipertensi sekunder:

airway-photo

Apnea -Apnea merupakan satu keadaan di mana menyebabkan pernafasan berhenti ketika tidur. Kebiasaan nya mereka yang mengalami masalh ini akan tidur berdengkur dan menghadapi masalah obesiti. Lemak yang berlebihan akan menghimpit salur pernafasan.

Sindrom Cushing– Hal ini terjadi apabila korteks pada kelenjar adrenal merembeskan hormone steroid (kortisol) secara berlebihan.

Penyakit buah pinggang – Buah punggang berfungsi untuk mengawal keseimbangan air dan mineral dalam badan. Kerosakan buah pinggang menyebabkan gangguan keseimbangan cecair dalam badan dan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tingggi.

Kelenjar Adrenal – Kelenjar yang terletak di atas buah pinggang ini berfungsi merembeskan beberapa hormone yang penting dalam badan. Masalah kepada kelenjar ini mampu menyebabkan tekanan darah tinggi..

Hyperaldolsteronism – Berlaku apabila hormone aldosterone yang berfungsi untuk menstabilkan cecair dan mineral dalam badan dirembeskan secara berlebihan.

Pheochoromocytoma – Hal ini berlaku apabila kelenjar adrenal yang mengawal kadar degupan jantung dan penyempitan salur darah dihasilkan hormone adrenalin terlalu banyak.

**Masalah –masalah kelenjar selalunya berlaku apabila terdapat ketumbuhan atau tumor pada kelenjar terbabit.

Preclemsia – adalah keadaan perubatan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan sejumlah besar protein dalam air kencing wanita hamil. Jika tidak dirawat, ia boleh berkembang menjadi eklampsia, kejadian ini mengancam nyawa dan menyebabkan sawan semasa mengandung.

Untuk mengatasi masalah darah tinggi tidak semudah dengan hanya mengambil ubat darah tinggi atau supplimen. Anda perlu mengenalpasti puncanya terlebih dahulu sebelum merawat dari akarnya.

Jom Saksikan video bagaimana lelaki ini berjaya turunkan tekanan darah tinggi beliau…

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Dalam mengatasi masalah tekanan darah tinggi, kuncinya terletak pada sistem peredaran darah. Jika sistem peredaran darah sihat maka tekanan darah dalam tubuh akan stabil.Selain mengamalkan pemakanan sihat KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tips Mengurangkan Dan Mengatasi Penyakit Darah Tinggi

Shaklee Independen Distributor

 

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.