Cara Terbaik Memperkenalkan Botol Susu Kepada Bayi

Memperkenalkan penyusuan menggunakan botol adalah tidak digalakkan kerana ia mampu mengganggu penyusuan susu ibu. Pelbagai risiko bakal ditempuhi oleh ibu untuk beralih kepada fasa memberi penyusuan botol ini sekiranya ibu tersalah langkah dan teknik. Namun begitu ia perlu juga ditempuhi terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya dan bakal meninggalkan anak ke Taska atau pengasuh. Namun begitu apakah cara terbaik untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi?

baby bottle with EBM

Ternyata pengalaman mengajar saya agar lebh berhati-hati dalam memperkenalkan botol susu kepada bayi. Hal ini kerana saya gagal memberikan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan kepada anak sulong gara-gara terlalu awal memberikannya botol susu. Bayi refuse susu badan kerana keliru nipple ibu dan teat botol susu dan saya gagal mengatasi masalah itu. Terasa begitu mencabar perjalanan penyusuan saya dan cetek ilmu penyusuan yang ada ketika itu. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi sedikit teknik dan cara terbaik memperkenalkan botol susu hasil dari pembacaan melalui buku dan google.

Berbalik kepada penyusuan botol, jom kenali cara terbaik untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi.

1. Masa yang sesuai

Apa yang penting, untuk memperkenalkan penyusuan botol, susu ibu perlulah stabil. Kebiasaannya dalam masa 2 – 6 minggu adalah masa yang paling sesuai untuk mmperkenalkan botol susu. Mulakan dengan kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi. Sekiranya terlambat memperkenalkan botol susu ,risiko “baby refuse bottle ” adalah tinggi dan ibu akan menghadapi kesukaran untuk mengajar bayi memulakan penggunaan susu botol. Saya memperkenalkan botol susu kepada Nurul Izzah semasa berusia 21 hari (3 minggu). Success!!

2. Siapa yang perlu latih?

bapa susukan anak

Untuk mula memperkenalkan botol susu, ibu tidak digalakkan memberi sendiri penyusuan botol kepada bayi. Hal ini kerana bayi sudah mula mengenali bau ibunya dan lebih cenderung mencari payudara ibu. Oleh itu, tugas ini lebih sesuai diberikan kepada bapa atau orang ketiga.
Alhamdulillah Nurul Izzah berjaya menyusu botol kali pertama bersama ayahnya.

Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa ‘bottle-training’ kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang ” Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol” atau pun.. “Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x…oh sedap..sedap”.

3. Posisi Yang Betul

Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya tidak menggunakan posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).

4. Adakah pemilihan puting botol susu adalah penting?

Best-Bottles-Breastfed-Babies

Berdasarkan pengalaman saya, pemilihan puting botol susu adalah sangat kritikal apabila bayi sudah mula keliru dengan payudara ibu atau dalam bahasa halusnya, bayi HANYA mahukan payudara ibu. Pada fasa ini ibu bapa terpaksa bereksperiment bagi mencari puting botol yang boleh diterima bayi. Oleh itu, berbalik kepada masa paling sesuai memperkenalkan penyusuan susu botol. Sekiranya terlalu awal atau lewat, AWAS kerana banyak cabaran bakal ditempuhi.

5. Berikan susu ibu fresh.

Digalakkan memberi perahan susu ibu segar kepada bayi. Selain mengelakkan payudara ibu membengkak, ia terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu setelah mengalami perubahan suhu (EBM).

6. Merangsang bayi.

Cuba letakkan puting botol ditepi mulut bayi bagi merangsang bayi untuk menyusu. Seperti saya, saya menggunakan botol susu Avent Classic untuk percubaan pertama dan ianya berjaya. Selepas merangsang bayi, saya hanya meletakkan hujung puting botol di mulut bayi dan bayi akan menyedut sendiri puting sepenuhnya dan memulakan penyusuan.Elakkan dari memaksa bayi untuk menyedut puting botol kerana ia mampu menyebabkan bayi tertekan dan secara tidak langsung menolak pelawaan tersebut.

7. Waktu yang sesuai.

Waktu yang paling sesuai adalah cuba memberikan botol susu pada waktu malam dan ketika bayi dalam keadaan relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.

FEEDING-CUES-ENGLISH

8. Cara memujuk bayi

Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.

Alhamdulillah, anak kedua saya hari ini mencecah usia 35 hari dan setakat ini lulus ujian memperkenalkan penyusuan botol susu kepada si kecil,Nurul Izzah. Tidak dinafikan, saya terlalu berhati-hati dalam menyusukan Nurul Izzah bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang. Terasa masih banyak lagi ilmu penyusuan yang belum sempat di khatam. Bersyukur kerana suami banyak membantu dan turut mendalami ilmu mengenai penyusuan, penjaga kesihatan bayi, penjagaan ibu bersalin dan berpantang. Tidak hairanlah suami juga menjadi sumber rujukan saya dan sering meyakinkan saya dalam apa juga keputusan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak.

Last but not least – NEVER GIVE UP! Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan penyusuan botol.

Jom saksikan video Puan Farah Wahida yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN  sehingga sanggup…………………..

[vimeo clip_id=114857359 autoplay=1 automute=1 Height=450 width=600]

Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup…. from iReach HD on Vimeo.

SELAMAT MENCUBA!

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

Salam Sayang,

HAKU

1 comment for “Cara Terbaik Memperkenalkan Botol Susu Kepada Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.