Cara Menggunakan Alat Ujian Kehamilan (UPT) Dengan Betul

Sebelum mendapatkan pengesahan kehamilan di klinik, ternyata bakal-bakal ibu lebih teruja untuk mengetahui terlebih dahulu adakah dirinya hamil atau sebaliknya. Seawal sehari haid tidak muncul sudah mula untuk membuat ujian kehamilan. Tidak kurang juga yang melakukannya hampir setiap bulan. Mana la tahu mereka yang mengharapkan cahaya mata sekian lama tiba-tiba keputusannya positif. Nak lompat? Nak menjerit? Nak menangis? Di sini saya kongsikan tips untuk menggunakan Alat Ujian Kehamilan (UPT) dengan betul untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Uji kehamilanTerdapat pelbagai jenis UPT dengan pelbagai harga di pasaran. Dari serendah kurang RM 1 (biasanya di pasaran online) sehingga yang mencecah hampir RM30. Woww?? RM30 hanya sekali pakai dan buang? Akan tetapi apa yang paling mahal adalah kepuasan apabila mendapatkan result positif yang dinanti sekian lama dan ia akan menjadi kenangan terindah bagi pasangan. Betul ke betul??

Dapatkan UPT dan OPK Murah Beli

Bagaimana Alat Ujian Kehamilan Bertindak?

UPT ni bertindak dengan cara mengukur kadar hCG ( human chorionic godotrophin) di dalam urine. Ia adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan akan meningkat pada awal kehamilan. Jadi bila kita lakukan ujian kehamilan pada waktu ini dan alat UPT tadi menunjukkan terdapat dua garis bewarna merah, maka secara automatiknya ia menunjukkan ada hormon hCG dalam urine anda, atau dengan kata lain anda sedang hamil.

how_to_use_hcg_cassette

Proses penempelan embrio ke dinding rahim berbeza bagi setiap wanita. Kebiasaanya proses penempelan embrio terjadi pada hari ke-6 hingga hari ke-12 selepas hari pertama menstruasi (haid) berakhir. Akan tetapi, ada juga beberapa situasi di mana penempelan embrio sudah berlaku hanya 1 hari selepas haid terakhir. Inilah yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada setiap wanita yang menyebabkan adanya ujian UPT menunjukkan tanda negatif sedangkan proses kehamilan telah berlaku.

Cara Menggunakan UPT dengan Betul Untuk Result Yang Tepat.

Keberkesanan atau ketepatan UPT ini ada yang sehingga 99%. Oleh itu, masih ada kebarangkalian bacaan akan menjadi error atau invalid. Bagaimana menggunakan UPT dengan betul untuk medapatkan keputusan yang tepat? Ikuti beberapa tips mudah ini:

  1. Lakukan ujian kehamilan ini 3-4 hari setelah lewat datang haid. Sekiranya result negatif tetapi masih belum didatangi haid, mungkin ia terlalu awal. Lakukan semula ujian kehamilan selepas seminggu.
  2. Baca arahan pada UPT kerana setiap jenis UPT mempunyai cara penggunaan yang berlainan.
  3. Masa terbaik untuk membuat ujian adalah di awal pagi. Air kencing pertama mengandungi hormon hCG yang tinggi.
  4.  Dapatkan urin di pertengahan proses membuang air kecil untuk keputusan yang lebih tepat.
  5. Sekiranya menggunakan UPT yang jenis rendam, rendam sehingga ke takat MAX yang dinyatakan selama 30 saat.
  6. Ambil bacaan selepas5 hingga 20 minit kerana keputusan hanya sah dalam jangka masa ini sahaja.

UPT positif

Ragu-ragu dengan UPT yang samar-samar? Anda boleh mengulangi ujian kehamilan keesokkan harinya atau selepas 2-3 hari. Kebiasaannya bacaan yang samar-samar juga menunjukkan keputusan yang positif. Namun begitu, anda juga boleh ke klinik untuk mendapatkan kepastian. Doktor akan membuat ujian darah untuk mengenalpasti jumlah hCG dalam darah atau membuat ultrasound bagi memastikan kewujudan janin di dalam rahim.

Artikel Menarik Untuk Dibaca:

Setelah disahkan hamil, anda perlulah lebih prihatin dengan kesihatan dengan menjaga kesihatan serta pemakanan bagi melahirkan bayi yang sihat dan memiliki IQ yang tinggi. mengapa saya menyentuh mengenai IQ, tahukah anda perkembangan otak bagi paling pesat adalah semasa dalam kandungan sehingga mereka mencecah usia 2 tahun. Maka rangsangan semasa hamil amat memberi kesan kepada perkembangan bayi. KLIK SINI untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Set Ibu Hamil Shaklee yang sangat bagus diamalkan semasa hamil.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge