Cara Mengelak Masalah Kejang dan Urat Simpul

Kejang betis adalah sesuatu yang menyakitkan walaupun id tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang. Tempoh berlakunya juga tidak lama,namun setiap kali ia menyerang, ia mampu membuatkan anda mengerang kesakitan.

Ibu hamil tidak terkecuali menghadapai masalah yang sama dan kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pakar kesihatan menyatakan bahawa masalah ini kerap dialami oleh ibunhamil kerana kandungan nutrient dah garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah ibu hamil berkurang kerana turut dikongsi bersama bayi yang dikandungnya.

pregnancy-leg-pain

Kekejangan Kaki

Perut yang semakin memboyot dengan berat bayi yang semakin bertambahseiring dengan usia kandungan memberi tekanan kepada salur darah pada bahagian kaki. Otot kaki tidak mampu menampung bebanan ini dan ia menyebabkan kejang.

Bagi menghilangkan ketegangan ini, ada beberapa kaedah yang boleh anda cuba antaranya:

rendam kaki air suam

Rendam kaki dengan AIR SUAM

  • Urut bahagian yang kejang.
  • Buat sedikit regangan dan menegakkan kaki dan menggerakkan tapak kaki
  • Bangun dan berjalan perlahan-lahan
  • Digalakkan lakukan senaman ringan atau pergerakan ringkas  sebelum tidur bagi mengelak kekejangan.
  • Lakukan senaman tapak kaki sebelum tidur dengan membengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas,lakukan secara berulang.
  • Mandi air suam sebelum tidur
  • Minum banyak air kosong

Selain itu, ibu-ibu juga sering mengalami urat simpul atau vena varikos dan ia kerap berlaku di kaki terutamanya betis. Ia berlaku kerana darah terkumpul akibat gagal mengalir dengan lancar.

Puncanya lebih kurang sama denganmasalah kejang, iaitu bebanan bayi yang semakin membesar menyebabkan plasenta (uri) dan uterus (rahim) menekan salur darah pada bahagian pelvic. Salur darah ini terpaksa bekerja sekali ganda berbanding biasa dan tekanan yang diterima menyebabkan darah dari kaki sukar mengalir kembali ke jantung.

Urat simpul boleh menyebabkan kegatalan pada kulit di mana urat simpul berlaku,pembengkakan pada tapak kaki dan buku lali, kejang dan lenguh.

Bagi mengelak urat bersimpul, anda perlu banyak melakukan pergerakan seperti berjalan atau senaman ringan.

JIka tidur, cuba mengiring ke kiri bagi mengelak seluran darah di bahagian kanan anda tertekankerana bahagian ini yang bekerja mengalirkan darah.

oste

Anda juga boleh mengamalkan ostematrix dari Shaklee bagi memastikan bekalan kalsium anda adalah mencukupi sepanjang kehamilan. Disamping menguatkan tulang, ostematrix membantu mengurangkan risiko kekejangan atau urat simpul ketika hamil.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambing

daftar-sekarang

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.