Cara Menangani Masalah Mual dan Muntah Dan Kronik Dikalangan Ibu Hamil

Sebelum ni entri saya mengenai cara bagaimana untuk mengelak morning sickness. Tapi kali ini,saya ingin share bagaimana pula cara untuk menangani mual dan muntah atau morning sickness yang kronik.

Sehingga sekarang rasa mual dan muntah semasa hamil masih belum diketahui puncanya, namun ia sering dikaitkan dengan perubahan kadar hormon dalam tubuh. Apabila seseorang wanita itu hamil,kadar hormon HCG dar plasenta meningkat dan progesterone dari kilang telur akan berkurangan.

Mungkin inilah punca menyebabkan ibu hamil mengalami  rasa mual dan muntah-muntah di peringkat awal kehamilan di mana hormone mula berubah terutamanya pada trimester pertama (1 hingga 3 bulan pertama). Bila masuk bulan ke empat, rasa mual akan mula berkurang dan akan hilang dengan sendirinya.

vomiting

 

Apakah itu Hiperemesis Gravidarum?

Hiperemesis Gravidarum adalah rasa mual dan muntah yang teruk dan kronik (berlarutan). Antara tanda-tandanya ialah :

  • Berat badan turub 2 hiingga 5 Kg atau lebih semasa peringkat awal kehamilan.
  • Tidak dapat menelan apa-apa  makanan atau minuman
  • Air kencing bewarna kuning pekat/gelap atau tidak kencing selama 8 jam.
  • Kerap muntah sehiingga kadang-kadang dalam selang masa sejam sekali.
  • Rasa mual dan pening yang amat sangat sehingga selalu muntah setiap kali mengambil makanan.

Bagaimana Menangani Mual dan Muntah yang Kronik?

Berikut adalah beberapa tips menangani rasa mual dan muntah:

  • Elakkan makanan berbau kuat mahupun bau-bauan seperti asap rokok atau minyak wangi yang boleh menyebabkan anda rasa mual dan muntah.
  • Anda boleh mengamalkan pengambilan halia dalam menu harian seperti air halia dan air teh halia. Selain itu anda juga boleh mengambil vitamin di pasaran bagi mengelakkan muntah.
  • Makanlah makanan yang boleh anda makan agar perut tidak kosong. Bukan makanan kegemaran yang membuatkan anda muntak setiap kali mengambilnya.
  • Jangan terus berbaring selepas makan,sebaliknya duduk tekag beberapa saat supaya tidak muntah dan mual.
  •  sebaliknya tunggu sehingga 30 minit selepas makan barulah minum. Minum banyak air di luar waktu makan.
  • Amalkan diet ibu hamil yang lengkap dan seimbang
  • Dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Berjumpa doctor jika rasa mual dan muntah berterusan disertai  dengan demam.

Ibu hamil harus mengambil berat masalah ini kerana jika dibiarkan ibu boleh kehilanngan banyak air sehingga tubuh menjadi lesu dan tidak bertenaga. Ia juga mengancam kandungan anda. Bertindak bijak bagi kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Sesungguhnya zuriat adalah amanah yang perlu dipelihara sejak dari dalam kandungan.

Ibu hamil yang masih tercari-cari suppliment semulajadi yang selamat untuk diri dan bayi boleh hubungi saya untuk konsultansi. Untuk info sulppiment ibu hamil,anda boleh KLIK SINI.

Shaklee Independen Distributor

Maziah Jamaludin

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.