Bersama Keluarga Kecilku Di KL Birds Park

Assalamualaikum..

3 Mei 2014 kami bersiaran dari KL Bird Park, apa khabar semua? Di harap semua ceria dan sihat sentiasa bersama keluarga tersayang. Hari ni saya nak bercerita mengenai trip bersama my lovely hubby & kid. Dah lama tak berjalan, hati melonjak nak bawa hero cilik (setahun 7 bulan) mengenal burung . KL Bird Park juga dikenali sebagai World’s Largest Free-flight Walk-in Aviary. Dengan keluasan hampir 20.9 hektar, kami mengambil masa lebih 2 jam berada disana bermain dengan burung yang berkeliaran di sekitarnya.

Website_Banner_2013

KL Birds Park terletak di kawasan yang sangat tenang dan indah di Kuala Lumpur Lake Gardens, hanya 10 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ia adalah rumah kepada lebih daripada 3,000 burung kira-kira 200 spesies burung tempatan dan asing. Banyak kan?? Tiket untuk dewasa RM25, kanak-kanak 3 tahun hingga 12 tahun RM12 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.

Sebelum masuk dalam bird park, suami awal-awal lagi dah bawa bekal Performance Drink bagi memastikan kami tidak keletihan memandangkan saya sedang hamil 3 bulan. Selepas lunch dan solat zohor, kami memulakan pengembaraan. Yang paling teruja semestinya si kecil. Hati kami terhibur bukan kerana burung semata-mata,tetapi dengan keletah si kecil yang sangat teruja melihat burung di sekitarnya.

So hari ni saya hanya nak share gambar-gambar kami di sana. Jom mengembara!!

Burung pertama yang ditemui

Burung pertama yang ditemui

Syahmi Isyraf sangat teruja sehingga tidak mengira siapa sahaja yang berada berhampiran dengan burung untuk turut sama mendekati mereka. Mama pun tidak tahu uncle sebelah dia tu warganegara mana.

KL Bird Park

Shuhhh..shuuhhh…

Ok kita berangkat ke stesen seterusnya..

Jom bagi makan burung unta

Jom bagi makan burung unta

Ayah feeding style...

Ayah feeding style…

Mama feeding style..

Mama feeding style..

10300106_738535846168773_5280830665273057931_n

Siapa lagi tinggi??

Ni la cerita di kandang burung unta. Agak berbau sedikit tapi kami memang tidak melepaskan peluang untuk bagi makan burung unta. Bagus burung ni, makan sawi. Vageterian sangat..Ok next!!

10325222_738538012835223_1525795864364265747_n

Santai di kolam ikan

Jangan tak tahu, di dalam bird park ini juga ada kolam ikan dan ikannya sangat jinak. Campak sebutir sahaja makanan ikan, semua meluru bagaikan irama dan lagu mengikut arah makanan.

10314017_738539252835099_6114626741243464691_n

Nak Jalan sendiri..Dont touch!!

Ini la hero cilik saya, setahun 7 bulan. Memang dah tak perlukan stroller. Sangat rajin berjalan sedangkan mama tertinggal di belakang. He so fast, so active and so adoreable. Ok next station!!

10171221_738535926168765_7147998866988647781_n

Ketemu merak yang sombong.

Muka takut tapi nak datang dekat jugak.Satu-satunya merak mekar yang kami jumpa. Yang lain semua malu-malu kucing. Ni merak ke kucing?

1911773_738539049501786_4304448019495962279_n

Syahmi Isyraf dah lari..merak menggoyangkan ekornya macam nak marak je.

Ok, kami meneruskan perjalanan. 2 jam belum tamat. Perjalanan masih panjang..

10294225_738536619502029_6313681790011449092_n

Kolam ikan kedua

Ok, kita feeds ikan lagi. Sebenarnya makanan burung dan ikan di sisi adalah sama. Anda boleh mendapatkan makanan ikan di burung di dalam bird park. Pastikan ada duit syiling 50sen 2 keping untuk membeli makanan ini di dalam capsul dari mesin yang disediakan. Lupa nak ambil gambar mesin capsul tu sebab sama je macam kat kedai-kedai runcit, yang dalam capsul ada mainan.

1907634_738535789502112_7963254807080544761_n

Last Station

Nama pun dah last, Syahmi Isyraf pun dah minta susu plus Meal Shakes. Burung pun teruja tengok susu Syahmi Isyraf.

10339622_738539319501759_4156893145548433529_n

Kaki Syahmi Isyraf melecet.

Kesian Syahmi Isyraf, berjalan sampai melecet. Ok, Dah nak balik, sebelum tu Syahmi Isyraf nak selfie dengan ayah dan mama..

10339736_738535676168790_5919662554738172705_n

Jumpa Lagi!!

Gambar tak berapa cantik sebab pakai kamera handphone sahaja. Ok, next trip kena bawak kamera power sikit.Yang penting kita happy!!

Alhamdulillah, hamil kali ni saya kurang alahan dan sentiasa cergas. Mual dan rasa berangin tu memang tidak boleh lari tetapi saya mengawalnya dengan mengamalkan Set Morning Sickness Shaklee selain Set Ibu Hamil yang memang serasi dengan saya. Seronok dapat melayan si kecil mengembara. InsyaAllah next planning ke Zoo Negara. Kita pergi melawat haiwan lain pulak.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

4 comments for “Bersama Keluarga Kecilku Di KL Birds Park

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.