Bahaya HB LOW Ketika Hamil dan Bayi Dalam Kandungan

Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman kehamilan saya sebagai seorang pembawa thallesimia. Apa yang jelas di sini, sememangnya tahap  Hb saya rendah  antara (Hb low) dan apabila disahkan hamil anak pertama, bayi saya disahkan meninggal di dalam kandungan.Tiada degupan jantung dikesan semasa kehamilan mencecah 15 minggu.

Pada tahun berikutnya saya disahkan hamil anak kedua. Hb masih low tetapi mendapat pantauan khas dari klinik kesihatan ibu dan anak. Kehamilan mencecah 34 minggu, tumbesaran bayi terhenti. Ketika usia kandungan 37 minggu, bayi saya tidak menunjukkan respon  dan kurang bergerak. Saya terus ke Hospital Putrajaya dan kes dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

 

Semasa pemeriksaan di Hospital Putrajaya, bayi saya disahkan kecil dari saiz normal dan dipaksa untuk melahirkan bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.08kg selepas 8 jam induce. Sebelum keluar dari labor room, saya diberitahu bahawa bayi saya disyakki hanya mempunyai sebelah sahaja buah pinggang atas pemeriksaan ke atas tali pusatnya yang sangat halus dan tidak cukup saluran.

Mengapa Hb Low Bahaya Kepada Ibu Hamil?

Seperti kisah saya dia atas, semuanya disebabkan Hb saya yang sentiasa rendah semasa hamil. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi sebagai pembawa thallesimia, agak sukar bagi saya untuk meningkatkan tahap Hb saya. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom kita singkap sebab lain dan kesan sekiranya HB rendah kepada ibu dan bayi. Atasinya sebelum terlambat!!

Punca HB LOW Ketika Hamil

  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam pemakanan
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kekurangan asid folik
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar Hb  normal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir.

 Risiko HB LOW Ketika Hamil

ibu hamil

  • Mengalami Keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • Risiko mengalami penyakit berjangkit

Risiko HB LOW Ketika Hamil kepada Bayi Dalam Kandungan.

bayi dalam kandungan

  • Lahir pramatang atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia
  • Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut.
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth.

Semua risiko terhadap bayi dalam kandungan terjadi kepada kandungan pertama dan kedua saya.

Apakah Kepentingan Hb ketika Hamil?

Kandungan Kurang Dari 5 Bulan

Pada waktu ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu proses pembentukan organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, dan anggota- anggota lain. Sekiranya darah kurang 11g dan jantung gagal terbentuk dengan sempurna, bayi akan mengalami keguguran. Sekiranya jantung terbentuk dengan sempurna tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin akan hidup tetapi mengalami kecacatan (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sifatnya sempurna tetapi darah terlalu cair, ia akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, iaitu mungkin bayi dilahirkan akan selamat tetapi fungsi otak yang kurang (lambat).

Kandungan 5 Bulan Hingga 7 bulan

Ketika ini pembentukan bayi sudah sempurna. Tetapi sekiranya kandungan darah terlalu cair (Hb terlalu rendah) jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh  mati dalam kandungan ibu.

7 Bulan Ke Atas

Sifat bayi sudah sempurna namun dalam usia begini jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan Hb. Sekiranya Hb terlalu cair, atau rendah kurang dari 9g, jantung tidak kuat da nada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Sekiranya jantung mampu bertahan dan bayi selamat dilahirkan, bayi mungkin lebih kecil saiznya.

cute baby

Alhamdulillah, dan inilah yang berlaku kepada bayi kedua saya. Lahir kecil (2.08kg) dan disyaki memiliki hanya sebelah buah pinggang. Namun menatap wajah kecil yang sangat comel menyebabkan rasa syukur mengatasi segala-galanya.

Jom tonton video  ibu muda ini yang mengalami masalah HB low sehingga terpaksa ditahan di wad..Apa yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

 

Cara Atasi HB LOW Ketika Hamil

Makan Makanan yang tinggi kandungan zat besi:

  • Daging lembu sebesar kotak mancis (2 keping)
  • Daging ayam (bahagian dada).
  • Kerang (20 biji)
  • Ikan Bilis

Jangan mengambil pil tambah darah bersama air susu (sumber tenusu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin.

  • Sebaiknya ambil bersama air masak atau air buah-buahan
  • Hb akan bertambah 1g/dL sekiranya kita ,mengambil vitamin selama 10-14 hari secara konsisten.

Namun begitu,anda diberi pilihan atau short cut bagi menangni masalah ini. Hari ini saya ingin memperkenalkan Set Anemia Ibu Hamil dihasilkan bertujuan khas untuk mengatasi masalah Hb low dan anemia.

hb low ibu hamil

 Vitalea Iron Formula

  • Pelengkap nutrisi yang mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral terutama mereka yang mengalami anemia

B Complex

  • Mencegah anemia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan pembentukan antibodi

Vitamin C Sustained Release

  • Mengoptimumkan lagi penyerapan  zat besi dalam darah.Pilihan di tangan anda.

Sekiranmya anda inginkan yang terbaik, lakukan yang terbaik. Melabur sedikit wang untuk kesihatan anda dan bayi adalah suatu perkara yang berbaloi untuk menjamin kesihatan jangka masa panjang. Dapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di nombor yang tertera.

order-sekarang

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

4 comments for “Bahaya HB LOW Ketika Hamil dan Bayi Dalam Kandungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.