Hari pertama bekerja di bulan Februari 2016, negara masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan wabak denggi yang kian meruncing. Baru-baru ini sahaja saya sempat menziarahi sahabat di Kelana Jaya Medical Center apabila keempat-empat anak beliau dijangkiti wabak denggi berdarah. Secara umumnya, tren kes denggi pada masa ini menunjukkan peningkatan kes. Untuk minggu lepas iaitu minggu ke 3 (bagi tempoh 17 hingga 23 Januari 2016), sebanyak 3,645 kes denggi telah dilaporkan, meningkat 145 kes (4%) berbanding tempoh yang sama minggu sebelumnya iaitu 3,500 kes. Ini merupakan jumlah kes tertinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015 dan ia sangat membimbangkan.
Bagaimana Denggi Berdarah Boleh Membawa Maut.
Tahukah anda bahawa virus denggi itu akan menyerang sistem saliran badan di mana ia menyebabkan kebocoran atau salur darah menjadi lebih telap. Ini bermakna cecair dalam darah ‘hilang’ dari badan dan masuk ke ‘third space’ iaitu ruang-ruang yang sepatutnya tiada air seperti dalam perut, paru-paru dan otak. Apabila cecair dalam darah kurang, darah menjadi pekat dan nilai Hb (Heamoglobin) serta PCV (Packed Cell Volume) akan meningkat. Sekiranya doktor tidak perasan dan hanya melihat kekurangan platelet sahaja, anda dalam bahaya. Bila darah jadi pekat, sistem buah pinggang akan gagal berfungsi. Cecair yang berlebihan dalam otak dan paru-paru juga mengancam nyawa anda. Ini adalah penyebab utama kematian dalam demam denggi berdarah.
Kebiasaannya apabila anda demam yang berlarutan melebihi 3 hari dengan suhu 38 darjah celcius, diikuti dengan sakit-sakit sendi,sakit belakang, sakit belakang mata dan dakit kepala anda disarankan untuk menjalani ujian darah ujian darah FBC (Full Blood Count) dengan segera. Jika demam sudah berkurangan, akan muncul bintik-bintik merah di bawah kulit terutamanya pada tapak kaki dan tangan tetapi ia hilang apabila ditekan. Sekiranya anda mengalami gusi berdarah, pendarahan pada hidung dan muntah berdarah, ia agak terlewat untuk anda menerima rawatan kerana ia sudah mencapai tahap yang agak serius sebelum anda tidak sedarkan diri.
Bacaan platelet, Hb dan PCV yang berterusan menentukan perkembangan demam denggi anda. Semakin rendah bacaan platelet, semakin tinggi Hb dan PCV menandakan keadaan bertambah serius. Jangan panik! Platelet yang normal ialah antara 150 000-400 000 dan apabila ia menurun kepada 100 000 kebiasaannya anda akan ditahan di wad untuk pemantauan yang lebih serius.
6 Tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
- Minum air kosong / air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
- Kajian baru-baru ini mengatakan bahawa jus daun betik juga mujarab digunakan sebagai penawar denggi. Anda perlu tumbuk daun betik yang matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
- Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan dimakan buahnya atau anda juga boleh mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
- Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk diminum pada waktu pagi dan petang.
- Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Buah tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi sesuai untuk mengantikan kekurangan air dalam badan terutamanya untuk yang kurang minum air.
KLIK SINI untuk info lanjut mengenai rawatan alternatif ini.
Penggunaan Suppliment Tambahan Dalam Membantu Menyembuhkan Denggi
Namun begitu, denggi masih lagi tiada penawar yanag khusus. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan imunisasi atau antibodi bagi menentang virus denggi yang sememangnya gemar “memakan” platelet. Oleh itu, saya sememangnya ‘highly-recommend’ untuk anda mencuba pengambilan supplemen untuk kembali sembuh:
Pengambilan nutriferon adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh.
Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.
Anda juga boleh mengambil Performance Drink di mana ia membantu dalam mengembalikan keseimbangan eletrolit dalam badan dan mampu mengelak dari risiko dehidrasi.Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.
Kisah Isteri Kepada Pelanggan Saya Yang Ditahan Di Wad Akibat Denggi
Tidak mungkin saya lupakan apabila kisah seorang suami dengan menaiki motosikal datang membeli Set Demam Denggi ini untuk isterinya yang kini terlantar di hospital. Paras platelet semakin membimbangkan.
Atas kepercayaan terhadapt artikel di blog ini, beliau bersetuju untuk bertemu di Petronas UPM bagi mendapatkan suppliment ini. Saya memberikan jadual dan dos untuk kesan yang optimum serta tidak berhenti berdoa agar isteri beliau diberikan kesembuhan segera. Ya, niat saya bukanlah sekadar untuk menjual tetapi untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan agar usaha dan ikhtiar mereka diperkenankan. Sesungguhnya Allah sahaja yang memberi penyakit,Dia juga yang menyembuhkan dan sebagai hambaNya kita dituntut agar berusaha serta tidak mudah putus asa.
Beberapa hari kemudian pelanggan ini call saya semula dan memberitahu bahawa isterinya sudah boleh keluar wad. Syukur Alhamdulilla!! Beliau ingin menambah order Set Demam Denggi ini untuk diberikan kepada isterinya secara berterusan.
Oleh sebab itu, saya memang sarankan sangat-sangat supaya anda ambil supplemen ini.
Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin