Awas!!! 5 Penyakit Kronik Akibat Jerebu Yang Mampu Membawa Maut.

Jerebu merupakan suatu fenomena di mana atmosfera dicemari habuk, debu, asap dan zarah-zarah udara kotor. Tahukah anda, tahap pencemaran udara di Malaysia kelihatan  semakin meruncing di mana sekolah di beberapa buah negeri  mula mendapat arahan agar ditutup kerana nilai IPU berapa pada tahap sangat tidak sihat. Perkara ini jelas mengancam kesihatan penduduk terutamanya golongan kanak-kanak, orang tua, mereka yang bekerja di luar dan perokok. Apakah penyakit yang mengancam kesihatan akibat jerebu?

Kesan-Jerebu-Di-Malaysia-Women-Online-Magazine.

Ancaman Penyakit Akibat Jerebu.

1. Jangkitan saluran pernafasan – Jangkitan salur pernafasan biasanya akan mengakibatkan batuk, selsema dan demam . Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya. Ia mampu mengundang maut.

2. Batuk berpanjangan – Batuk teruk boleh berpanjangan melebihi gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), ia mungkin disebabkan oleh aliran udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif terhadap udara yang kurang sihat.

3. Asma – Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Tanda-tanda awal penyakit asma akan menyebabkan keradangan melampau terhadap persekitaran dan jerebu akan memburukan lagi keadaan sekiranya individu sememangnya menghidap penyakit asma.

4. Sakit Jantung – Risiko sakit jantung ini lebih kepada perokok di mana menjadi lebih kronik semasa jerebu kerana udara persekitaran tidak sihat ditambah lagi dengan gejala merokok yang sememangnya mengancam kesihatan jantung.

5. Penyakit Kulit – Seperti yang kita sedia maklum, jerebu membawa udara yang tidak sihat, debu, asap dan dikenalpasti beberapa beberapa gas merbahaya seperti karbon monoksida, sulphur dioksida, nitrogen dioksida dan sebagainya. Selain meyebabkan mata menjadi pedih, ia juga membawa risiko kulit kering dan meningkatkan masalah kulit seperti eczema, psoriasis dan sebagainya.

Berdasarkan penyakit penyakit yang mengancam kesihatan akibat jerebu, orang ramai dinasihatkan agar mngikut arahan dari pihak berwajib bagi memastikan kita bebas dari sebarang risiko akibat jerebu. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah:

  1. Mengehadkan aktiviti di luar
  2. Segera mendapatkan rawatan sekiranya penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung dan penyakit paru-paru kronik di klinik atau hospital berhampiran.
  3. Minum air kosong dengan banyak
  4. Perokok dinasihatkan tidak merokok apabila IPU mencecah tahap tidak sihat (IPU 100)
  5. Sentiada basuh muka dan bahagian yang terdedah terhadap jerebu dengan air bersin (kerapkan mandi)
  6. Gunakan penutup hidung yang betul (nasal mask) semasa jerebu.
  7. Perokok digalakkan tidak merokok sekiranya terdapat kanak-kanak, orang tua atau sanak saudara yang berpenyakit di dalam rumah.
  8. Ambil supplement untuk meningkatkan tahap ketahanan badan dalam melawan sebarang penyakit berjangkit disebabkan jerebu. Ikhtiar ini sangat baik untuk diamalkan bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh dalam keadaan cuaca ayang meruncing ini.

Suppliment yang dicadangkan.

Set Jerebu Shaklee

Oleh itu, sebagai rakyat prihatin, patuhilan panduan yang telah disediakan oleh pihak-pihak berwajib bagi menangai masalah ini. Sesungguhnya kesihatan itu suatu nikmat dan peliharalah nikmat ini sebaik mungkin untuk kebaikan bersama. Salam Sayang,

Shaklee Independen Distributor

Maziah Jamaludin

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge