Atasi Masalah Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki atau tangan semasa hamil dalam istilah perubatan juga dikenali sebagai edema. Anggaran antara 50-80 peratus wanita hamil mengalaminya. Biasanya wanita hamil akan mengalami pertambahan berat badanlebih kurang 11-15kg. Pertambahan  berat ini mempengaruhi sistem tubuh secara keseluruhan.

Kandungan yang semakin membesar dan berat akan menyebabkan rahim semakin menekan saluran darah di pelvis. Akibatnya salur darah besar yang menerima darah daripada bahagian bawah akan terjejas. Tekanan itu akan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan darah akan terkumpul.

Cara Mengesan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Cara Mengesan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Darah yang terkumpul ini secara tidak langsung menyekat laluan air menyebabkan air dalam badan  mencari jalan alternatif untuk mengalir iaitu saluran darah kecil dan tisu-tisu di tapak kaki dan tangan.

Cara Mengatasi Masalah Bengkak Kaki Semasa Hamil?

Bengkak kaki akan menjadi ketara semasa kehamilan memasuki trimester ke 3 (usia kandugan mencecah 7 bulan ke atas). Tekanan menjadi bertambah apabila si ibu hamil bayi kembar dan berada pada musim panas. Bagaimanakah cara bagi mengatasi masalah bengkak kaki semasa hamil?

Tips Kaki Bengkak No.1 : Elakkan terlalu lama berdiri secara statik

Pergerakan yang aktif dengan melakukan aktiviti harian akan mengurangkan risiko pengumpulan darah pada kaki. Peredaran darah menjadi lancar sekaligus mengurangkan risiko kaki membengkak. Latihan tebaik adalah berjalan kaki dan senaman secara teratur.

Tips Kaki Bengkak No.2 : Tinggikan bahagian kaki semasa duduk dan baring

Gunakan bantal atau apa-apa medium untuk meletakkan kaki lebih tinggi untuk membantu peredaran darah yang lancar semasa baring atau duduk. Elakkan duduk bersilang atau menghimpit kaki kerana ia membawa risiko kebas dan kekejangan.

Tips Kaki Bengkak No.3 : Lakukan regangan ringan pada bahagian kaki

  • Luruskan kaki dan tolak jari kaki untuk dapatkan regangan ringan
  • Gerakkan jari kaki ke atas dan ke bawah
  • Buat pusingan pergelangan kaki mengikut arah jam dan melawan arah jam.

Aktiviti regangan ringan ini mampu meningkjatkan fleksibiliti sendi, meningkatkan kemampuan otot seta memperbaiki aliran darah. Oleh itu, lakukan aktiviti ini secara santai dan selesa.

Tips Kaki Bengkak No.4 : Baring mengiring.

Baring mengiring adalah posisi terbaik bagi ibu hamil.Elakkan berbaring terlentang kerana ia akan memberi tekanan kepada pembuluh darah (interior vena cava). Ia memberi risiko ibu sesak nafas dan boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.

vena-cava

Tips Kaki Bengkak No.5 : Aktif dengan senaman ringan

Mengandung tidak boleh aktif? Semasa mabuk memang kadang kala tak berdaya namun masuk trimester kedua, hormon mulai stabil. Ibu boleh melakukan senaman ringan, hobi dan apa sahaja yang diminati asalkan tidak memudharatkan kandungan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan berjalan kaki dan berenang. Merendam kaki dan badan hingga ke paras bahu mampu melegakan bengkak dan merehatkan otot. Tubuh akan menjadi lebih tenang.

Tips Kaki Bengkak No. 6:  Banyakkan Minum Air Kosong

Minum air kosong yang banyak sangat membantu aliran bendalir tubuh yang cekap. Disamping menjadikan tubuh lebih segar, pengambilan air kosong yang banyak membantu sistem perkumuhan bekerja dengan lebih baik.Air kosong membantu dehidrasi dan tidak akan menjadi punca menambahan berat badan bagi ibu hamil.

Tips Kaki Bengkak No.7 : Pilih kasut yang sesuai

Pilih Kasut yang Sesuai Ketika Hamil

Ibu hamil perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakkan kasut yang terlalu ketat dan yagng bertumit tinggi kerana ia menyebabkan ketidakstabilan dan memberi tekanan kepada bahagian kaki yang tertentu.

Anda boleh mengesan kaki anda mula membengkak bila memakai kasut, anda akan merasa kasut anda menjadi sempit disebabkan saiz kaki anda menjadi lebih besar dari biasa.Oleh itu semasa hamil anda perlu memakai kasut yang lebih besar sedikit.

Tips Kaki Bengkak No.8 : Pilih sarung kaki yang lembut pada kaki

Pemakaian sarung kaki sangat baik untuk kesihatan wanita dan lebih lagi kepada ibu hamil. Selain ia mengurangkan kesejukan ketika malam, lantai simen dan waktu hujan, ia juga membantu untuk mengurangkan kaki bengkak. Pastikan sarung kaki lembut pada kaki dan getahnyan tidak terlalu ketat. Stokin yang ketat mengganggu aliran darah pada kaki dan boleh menyebabkan kekejangan.

Tips Kaki Bengkak No. 9: Amalkan Pemakanan Sihat

Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih untuk menampung kehamilan. Selain mengamalkan makanan yang sihat seperti sayur, buah, bijirin, yogurt, ibu hamil boleh menambah khasiat dari pengambilan makanan tambahan berasaskansuppliment yang lebih mudah untuk diserap oleh tubuh.

Pengambilan suppliment seperti Vitamin B compleks, Asid Folik, Vitamin C, Kalsium, Zat besi, Protein, Omega 3 sangat baik untuk kesihatan dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Namun begitu anda perlu memastikan ia datang dari sumber semulajadi dan bukannya sintetik.

BONUS Tips Kaki Bengkak : Urutan Suami

Suami tak perlu gagah, tak perlu handsome, tak perlu sado.Asalkan mahu mengurut kaki sang isteri yang bengkak, lenguh dan ngilu semasa hamil sudah cukup membahagiakan, bukan? Gunakan minyak yang sesuai untuk mengurut kaki isteri. Nak guna krim serbaguna Herbal Blend pun boleh. Selain melembabkan kulit, ia juga mampu merawat tumit merekah.

Set Ibu Hamil Shaklee Bantu Masalah Bengkak Kaki

Pengambilan nutrisi yang betul dan mencukupi sangat penting bagi ibu hamil. Kebanyakan masalah yang dialami oleh ibu  hamil disebabkan kekurangan nutrisi dalam tubuh untuk menampung kehamilan. Kekurangan nutrisi bukan sahaja memberi kesan kepada bayi dalam kandungan malah ia meninggalkan kesan jangka panjang kepada ibu.

Sekiranya anda ingin mencuba SET IBU HAMIL SHAKLEE dan mendapatkan konsultasi produk serta tips pengambilannya, sila hubungi saya. Saya akan bantu anda sebaik mungkijn untuk mendapatkan penjagaan kesihatan optimum sepanjang tempoh kehamilan.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Klik Sini Untuk Order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.