Susu ibu terbahagi kepada 2 iaitu Kolostrum dan Susu Matang (Foremilk dan Hindmilk). Kolostrum yang juga telah dikenali sebagai “susu pertama”, “cecair emas” atau “susu imun” bewarna jernih, melekit, cecair pekat yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu selepas hari pertama kelahiran bayi. Ia dihasilkan dalam jumlah yang sangat kecil untuk empat hari pertama dan kemudian digantikan dengan susu ibu (foremilk dan Hindmilk). Anda mungkin mula menghasilkan kolustrum pada bulan-bulan terakhir kehamilan . Akan tetapi, kebiasaannya kolostrum akan terhasil pada hari pertama bayi dilahirkan.
Apakah Manfaat Kolostrum?
Kolostrum merupakan imunisasi pertama bayi bagi memastikan tubuh mereka mampu untuk melawan penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak seperti cirit-birit, demam, radang paru-paru dan sebagainya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.Apakah manfaat lain kolostrum kepada bayi?
- Mengandungi banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
- Mudah dicerna
- Memiliki efek laksatif
- Memiliki kandungan imun yang tinggi
- Melindungi saluran pencernaan bayi
- Mengandung sel darah putih (sel hidup)
- Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Kaya dengan vitamin A)
Apakah Pula Kepentingan Kolostrum?
Menurut kajian terdahulu, pengkaji bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan pelindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan. Sifat laktasifnya pula mempercepatkan proses penyembuhan bagi penyakit demam kuning (Jaundice) yang sering dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Faktor Pertumbuhan yang ada di pada Kolostrum mampu mematangkan usus dan mengurangkan alergik. Vitamin A yang tinggi dalam kolostrum mampu mencegah penyakit mata pada bayi.
Antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA) iaitu sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Kira- kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu ibu terdiri daripada jenis SIgA dan kepekatannya boleh meningkat sehingga 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang.
Mengapa Isipadu Kolestrum Hanya Sedikit?
Jumlah kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur-ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 hingga 96 jam berikutnya.
Pada hari kelima,jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml dalam masa sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. KLIK SINI untuk mengetahui punca sebenar bayi lapar.
Oleh itu, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?
Tips Memastikan Bayi Mendapat Kolostrum Secukupnya di Awal Kelahiran
- Letakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan.
- Usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. KLIK SINI untuk teknik penyusuan yang betul dan berkesan.
- Susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu.
- Elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu.
- Elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula.
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.
Sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi pakar laktasi anda untuk khidmat nasihat dan sokongan. Ketahui Panduan Mudah Mengatasi Masalah Ibu Menyusu dan 20 Teknik penghasilan Susu Ibu. Bagi ibu-ibu yang bekerja, anda sudah mula boleh untuk mencari breast pump yang sesuai bagi meneruskan misi untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif. KLIK SINI untuk senarai breastpump yang terbaik, murah dan berbaloi-baloi.
Apa yang penting, ibu menyusu perlulah berada di dalam keadaan tenang dan perlu mengelak dari tekanan untuk memastikan penghasilan susu yang memberangsangkan. Sokongan daripada suami dan orang di sekeliling amatlah perlu. Untuk merangsang penghasilan susu, ibu-ibu juga boleh mendapatkan Set Penyusuan Shaklee. Ia bukan sahaja membantu penghasilan susu malah menjadikan ibu-ibu lebih tenang, cergas dan bertenaga.
Anda masih tercari-cari dan buntu untuk memilih set yang sesuai untuk anda dan bajet anda? Hubungi saya segera untuk mendapatkan khidmat nasihat ekslusif. Anda bertanya, saya menjawab! Atau KLIK ikon di bawah untuk membuat pesanan terus dan kedai dibuka 24jam!!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online
Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang
Call / sms / WhatsApp : +6017-6258658
Email : maziahjamaludin@gmail.com
Fanpage : Healthy Vita Garden
Facebook : Maziah Jamaludin