8 Jenis Makanan Yang Perlu Di Elak Oleh Pesakit Gout

Kepada penghidap gout, penyakit ini bagaikan bom jangka yang boleh meledak bila-bila masa. Tersalah makan sahaja, pesakit akan menderita berminggu-minggu. Sendi akan berasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum akibat pengumpulan dan pembentukan kristal asid urik. Sekiranya anda penghidap gout, penjagaan pemakanan adalah sangat penting bagi mengelak gout menyerang dan membataskan rutin harian anda. Kenali 8 jenis makanan yang perlu di elak oleh pesakit gout.

  1. Kerang-kerangan

Kerang-kerangan seperti kepah, kerang, tiram, lala, kupang, siput sedut dan sebagainya begitu popular terutamanya apabila menu “shellout” menjadi tular di Malaysia. Namun begitu makanan ini sangat kaya dan tinggi dengan kandungan purin yang menyebabkan kandungan asid urik berlebihan dalam badan.

Oleh itu, menurut pakar kesihatan dunia, apabila anda disahkan menghidap gout, anda DISARANKAN untuk mengurangkan pengambilan makanan laut 4 hingga 6 auns sehari.

Sekiranya teringin untuk merasa, anda boleh mengambilnya dalam kuantiti yang terkawal.

2. Daging Merah

Setiap daging mempunyai kandungan purin yang berbeza. Misalnya, daging putih seperti daging ayam adalah lebih baik berbanding daging merah bagi penghidap gout.

Tiada masalah untuk mengambil daging merah sekali sekala. Cuma, pengambilan daging kambing adalah lebih baik berbanding daging lembu dan ayam belanda.

3. Alkohol

 

Pengambilan minuman beralkohol adalah sangat tidak baik untuk pesakit gout.Alkohol menyebabkan kandungan asid urik dalam badan meningkat dan lebih parah lagi apabila alcohol menyukarkan proses penyingkiran asid urik melalui perkumuhan.

Tabiat minum arak sememmangnya mempunyai banyak kesan buruk kepada kesihatan bukan salaha kepada masalah gout, malah turut membawa kepada risiko penyakit kronok seperti diabetes, masalah buah pinggang, jantung dan sebagainya.

Semasa gout menyerang, biasanya doctor akan menyarankan pesakit agar berhenti mengambil alkohol sepenuhnya.

4. Ikan Sardin, Mackarel, Bilis dan Herring

Bagi mereka yang menghidap gout, pengambilan ikan sardin, mackarel, bilis dan herring perlulah dielakkan sepenuhnya. Sebaliknya makanan laut seperti udang, belut, ketam dan udang kara adalah lebih selamat diambil sekali sekala.

5. Ayam Belanda

Tahukah anda bahawa ayam belanda dan angsa mempunyai kandungan purin yang lebih tinggu berbanding daging yang lain? Oleh itu, pesakit gout dan mereka yang berisiko perlu elah pengambilan daging ayamb belanda mahupun angsa.

Daging ayam dan itik adalah pilihan yang lebih baik dan lebih selamat.

6. Asparagus, Bayam, Cendawan dan Bunga Kubis

Asparagus, bayam, cendawan dan bunga kubis merupakan sayuran yang mempunyai kandungan purin yang tinggi berbanding sayuran lain. Namun begitu, kesan purin dengan pengambilan sayuran ini tidak ketara seperti pengambilan daging merah.

Sekiranya anda menggemari sayuran ini, anda boleh ambil dalam kadar yanag terkawal. Diet sayuran sangat membantu penyingkiran purin dalam badan. Tetapi harus di ingat, badan juga mudah menyerap purin dari sumber tumbuhan.

7. Minuman Yang Tinggi Gula

Pengambilan minuman yang tinggi gula bukan sahaja menyebabkan kegemukan malah pemanis dalam minuman tersebut merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak asid urik.

Terdapat suatu kajian mendapati lelaki yang mengambil minuman yang tinggi dengan fruktosa lebih berisiko menghidap gout. Namun begitu, wanita yang mengambil minuman yang tinggi gula setiap hari lebih berisiko menghidap gout berbanding mereka yang mengehadkan minuman manis hanya secawan sehari.

8. Organ Dalaman Haiwan

Elakkan memakan organ dalaman haiwan seperti hati, jantung, ginjal, pedal, otak dan usus haiwan kerana pengandungi purin yang sangat tinggi. Makanan kategori ini perlu dielakkan sepenuhnya! Ada banyak lagi makanan lain yang lebih sedap untuk dimakan.

Jadi, Apa Yang Boleh Dimakan Oleh Penghidap Gout?

Terlalu banyak benda yang tak boleh makan? Sebenarnya masih banyak lagi makananyang baik untuk pesakit gout amalkan. Ia termasuklah makanan dari hasil tenusu yang rendah lemak, karbohidrat kompleks, kopi dan buah-buahan terutamanya buah-buahan sitrus.

Penghidap gout juga digalakkan untuk mengambil air kosong yang banyak antara 12 hingga 16 cawan sehari, sekaligus membantu penyingkiran asid urik melalui perkumuhan. Anda juga boleh memilih jus-jus buah yang tidak manis, the serta kopi.

Akhir sekali, tahukah anda penyakit gout ini sebenarnya boleh dikawal dan pesakit boleh kembali menjalankan rutin harian kegemaran mereka. Jawapan terbaik untuk masalah Gout adalah:

Vivix Shaklee merupakan produk unggul dari Shaklee. Ia merupakan tonik semulajadi yang dirumus secara teliti dan sangat membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Vivix sudah banyak disiarkan di media massa dan kajian makmal juga membuktikan ramuan  utama di dalam Vivix mampu mmebaikpulih serta melindungi sel-sel DNA.

Melalui ujian klinikal juga, Vivix menunjukkan tindakbalas melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan. Ramuan utama Vivix melindungi tubuh dari keradangan serta tindakbalas yang tidak sihat disebabkan oleh pemakanan. Hal ini akan melambatkan proses penuaan sel tubuh.

Perkara yang utama untuk mencegah penyakit adalah dengan mengubah gayahidup kepada yang lebih sihat dan mengamalkan diet yang disarankan serta mengelak makanan yang mampu mendatangkan risiko gout.

Pengambilan Vivix Shaklee secara konsisten mampu mencegah berlakunya kerosakan pada buah pinggang dan hati sekaligus mencegah serangan gout dari berulang.

Dengan pengambilan Vivix jga, kita dapat mengawal faktor yang menyebabkan pengumpulan asid urik yang banyak di dalam tubuh seperti obesiti dan tekanan darah tinggi.

Di samping itu, Vivix Shaklee juga berupaya memulihkan kembali fungsi hati dan buah pinggang agar kembali normal. Hal ini membolehkan organ-organ tersebut menyingkirkan lebihan asid urik dari berkumpul di dalam badan sekaligus dapat mengatasi masalah gout.

Testimoni Pesakit Gout Dengan Ikhtiar Vitamin Shaklee

Testimoni Gout #1. Ayah gout berpuluh tahun, kini boleh tinggalkan painkiller.

Testimoni Gout #2. Gout tidak datang lagi selepas amalkan vivix dan jaga pemakanan.

Suka saya ingatkan di sini,apa yang penting adalah menjalani pemeriksaan dengan doktor dan ambil ubat yang disarankan. Ubah cara pemakanan harian dan lakukan senaman dengan kerap sesuai dengan usia dan kesihatan. Juga disokong dengan pengambilan suplement.

Tidak selama-lamanya kita ingin membiarkan orang yang kita sayang ataupun diri kita sendiri dibelenggu dengan masalah sakit gout. Sekurang-kurang ubah cara hidup yang lebih sihat.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan ataupun anda inginkan vitamin semulajadi Shaklee, anda boleh terus hubungi saya seperti dibawah 🙂

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

order-sekarang

Klik SINI untuk Panduan Mudah Cara Pembelian Secara Online

kambingUntuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge