7 Tips Mengatasi Masalah Kulit Kering, Kusam Dan Mengelupas

Memiliki kulit halus dan mulus merupakan dambaan setiap insan terutamanya kaum wanita. Namun begitu, seperti tanah yang kering akibat cuaca,kulit juga boleh menjadi kering, kusam dan tidak bermaya atas beberapa sebab antaranya pemakanan, rutin harian dan persekitaran. Hal ini pastinya akan mengganggu keyakinan dan keterampilan anda di khalayak ramai. Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan sedikit tips untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam dan mengelupas secara sihat dan semulajadi.

kulit kering

Tips Untuk Masalah Kulit Kering,Kusam Dan Mengelupas.

1. Banyak Minum Air Kosong.

Air merupakan sumber kehidupan, begitu juga dengan kulit kita. Pengambilan air yang cukup mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering dan kusam. Purata pengambilan harian hanya 8 gelas sehari iaitu antara 2.5L hingga 3L untuk menjadikan kulit keka lembut dan segar.

2. Mengambil makanna tinggi vitamin A & Vitamin C.

Vitamin A dan C merupakan sahabat kulit kita. Anda boleh memperolehi vitamin ini dari sumber buah-buahan seperti betik. mangga, epal, pisang, strawbery, kiwi dan yang pasti buah oren yang sudah sinonim denga vitamin C.

3. Mengambil makanan tinggi vitamin E.

Vitamin E sangat bagus untuk menjaga kelembapan, kesegaran, menjaga keanjalan kulit dan menegangkan kulit. Sumber vitamin E boleh didapati dari kacang Almond dan kekacangan lainnya umumnya.

4. Pengambilan Makanan kaya Omega 3.

Pengambilan omega sangat bagus untuk mehjaga kesihatan jantung serta otak. Ia juga mempunyai sifat anti keradangan dan mampu melembabkan kulit. Omega 3 boleh didapati dari maanan seperti ikan salmon, kelapa, buah avokado dan lain-lain lagi.

5. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mandi minnimun 2 kali sehari mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering,  kusam sekaligus mengelupas. Elakkan dari mandi menggunakan air panas dan gunakan sabun khas untuk kulit kering.

6. Riadah

Beriadah begitu berkait rapat dengan berpeluh. Peluh yang keluar semasa beriadah membantu sel-sel kulit mati dan kotoran pada pori tertanggal dan menjadikan kulit lebih bersih dan sihat. Bersihkan diri dan mandi setelah peluh kering dan menjadikan tubuh kembali segar.

7. Gunakan Pelembab

GUnakan pelembab selepas mandi untuk menjadikan kulit kembali segar. Ia mudah diserap ketika kulit masih basah dan lebih cepat bertindak. Pilih pelembab yang mengandungi bahan seperti inyak zaitun atau sher butter.

Selain dari tips diatas,anda juga boleh cuba untuk mengelak dari menggunakan bahan kosmetik yang mengeringkan lagi kulit anda seperti deodoran mahupun losyen yang mengandungi alkohol dan pewangi. Kulit yang kering akan menimbulkan masalah kulit yang lain seperti kulit menjadi kemerahan dan gatal sekaligus mengundang risiko penyakit kulit yang lain seperti psoriasis dan ekzema.

Ringkas dan mudah bukan? Lakukan dirumah untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembut dan segar. Tidak cukup dengan tips di atas, anda boleh mengamalkan produk yang terbaik untuk kulit anda. KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk semulajadi dan sahabat baik kulit anda agar bebas dari kulit kering, kusam dan mengelupas.

Shaklee Independen Distributor

Kawasan COD : Putrajaya – Bangi – Desa Pinggiran Putra – Puchong – Kajang – Serdang

Call / sms / WhatsApp :  +6017-6258658

Email : maziahjamaludin@gmail.com

Fanpage : Healthy Vita Garden

Facebook : Maziah Jamaludin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge